I Love My Followers

Blog ini adalah blog peribadi yang berkisar tentang kehidupan seperti usaha untuk hamil, kehamilan, kelahiran, penjagaan semasa pantang, penjagaan dan pendidikan anak, kesihatan dan kecantikan, keibubapaan dan perkahwinan.
Topik-topik lain juga ada mengikut keselesaan penulis.

Wednesday, April 2, 2014

Nak Try 8share Lah Pulak

Setelah 2 tahun lebih berblogging dan cuba iklan dengan Nuffnang, kali ni saya rasa nak try 8share lah pulak. Sebab apa, sama macam Nuffnang gak, saya tak perlu kuar satu sen modal pun untuk 8share ni. Yang penting, modal masa dan tenaga menaip jer. Oklah tu kan.


Kalau Nuffnang, kita letakkan iklan-iklan daripada advertiser kat blog kita. Kalau ada orang klik iklan tu, kita dapatlah sekurang-kurangnya doplohlimasen.


Kalau pulak advertiser pilih untuk beriklan di blog kita untuk satu tempoh masa ataupun sehingga reach target uv yang diorang nak, maka dapatlah kita jana income melalui cpuv yang diorang berikan.


Untuk 8share ni pulak, kita cuma perlu promote link (kat 8share ni diorang gunakan istilah "special") dan bila ada orang klik kat link tu, maka kita akan dapat doplohsen. Minimum cashout ialah RM50. Kita boleh promote link tu kat fb, twitter, google plus dan juga blog.


Sebelum ni saya cuma promote kat fb jer, dan dapatlah RM1 (bermakna ada 5 orang kawan yang dah klik kat link tu). Itupun saya dah happy giler sebab dapat sehinggit. Hahahaha...


Tup-tup lepas baca entry kat sini, saya rasa nak teruskan semula dengan 8share. Maka gigihla request tutorial dengan rakan blogger Rai, dia pun siap up satu entry lagi untuk saya. Hahahaha... Thank you my friend.


Weekend lepas, sibuklah menggodek sana sini demi 8share dan akhirnya berjaya juga buat tutorial tu. :)


Saya nak ajak korang join 8share, tapi terasa segan sebab dalam akaun 8share saya tu pun baru ada sehinggit, tapi kalau korang rasa - alah uni, apa pulak nak segan-segannya.... haaa MARILAH SERTAI 8SHARE sekarang jugak! :)


p/s : Sambil blogging, sambil jana pendapatan, sambil makan. Pastu runsing badan makin naik. Hahahahhaa...

5 comments:

Ayu Zan said...

lama da xjengah 8share ayu. ada berapa rm je ayu punya, ciput..

Asha Lya said...

8 share memang btl..lya dah pernah cashout sekali awal thn nie..hehe rm60 je lps kumpul selama 5 bln..kekadang earningnya susah nak naik.ok la drpd tak ada kan..bukan brbayar pun.just promote link je :)

Mar Mansor said...

8share saya cam tak aktif dah..ntah apa cite..sebab biasa bukak blog kat opis..internet opis byk 'blocking'

Rai Ourkizuna said...

haha..yey~~ syok tengok angka naik cepat kan...

Sheila Salim said...

Assalamualaikum kak, tak reti sheila nak update 8share tu. hehe account ada tapi tak reti punya pasal. terbiar terus. hehee singgah menabung digi sini~~~

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Like Page Superb Vitamin For Life :)

Like Page Love Natuwrel :)

Hubungi Saya

Name

Email *

Message *