I Love My Followers

Blog ini adalah blog peribadi yang berkisar tentang kehidupan seperti usaha untuk hamil, kehamilan, kelahiran, penjagaan semasa pantang, penjagaan dan pendidikan anak, kesihatan dan kecantikan, keibubapaan dan perkahwinan.
Topik-topik lain juga ada mengikut keselesaan penulis.

Tuesday, April 1, 2014

Menu Sedap di AEON Permas Jaya

Antara tempat yang saya suka pergi shopping ialah kat AEON (Jusco) Permas Jaya, sebab kat situ cuma ada 1 level je, so takyah susah-susah nak naik lift. Hehehe... Dulu masa first jumpa dengan blogger pun kat sini jugak, kat area food court tu. So bolehlah dikatakan agak selesa jugalah kat sini. I like!


Jom tengok apa yang saya suka makan kat sini dan korang pun boleh cuba jugak tau sebab makanan ni sume memang sedap!


Grilled chicken (RM11)


Tengok gambar ni pun dah rasa meleleh air liur. Hahahaha. Yang ni memang feveret saya. Sedapnya sehingga menjilat jari dan sehingga takmo share makan dengan orang lain. Hahahaha...


Nasi ayam (RM5.70). Kalau nak tambah nasi, bayar extra RM1 je.


Kalau takde feel nak makan western, saya makan nasi ayam jer. Suami cakap biasa je nasi ayam ni, tapi tekak saya suka sangat. Hahahaha...


Chicken spagetti (RM4.90)


Saya tak pernah order benda ni. Ari tu bawak adik makan kat sini dan dia order chicken spagetti ni. Saya pun tumpanglah merasa, eh eh sedaplah pulak. Terus saya bedal sampai licin. Hahahaha... Adik saya tabah jelah dah tentu saya yang belanja. Hahahaha...


Teh tarik feveret. Tapi lupa harganya berapa.


Kalau pergi kat Jusco Permas ni, saya mesti order teh tarik kat food court dia tu. Saya suka teh tarik ni sebab ia kurang manis dan sesuai benarlah dengan tekak saya ni.


p/s : Kadang-kadang tak rasa lapar, tapi nafsu makan tu yang membuatkan saya rasa nak makan. :)

6 comments:

Rai Ourkizuna said...

hahaha..tabah gila adik ko kan..

aku belum pernah jumpa makanan kat food court yg sedap.. dan biasanya aku mesti blur tak reti nak makan apa.. tapi kalau lapo.. hulur roti kering pun aku balun je..takde komplen..ahaha

Mar Mansor said...

dullu selalu g jusco permas tu time lunch sbb nk beli nasi ayam goreng berempah kat tgh2 tu..sedap..beratur kemain

Nazira Zainal said...

Murahnya chicken spegetti tu, portion dia pon mcm bnyak je.

awanungu said...

sedapnya grilled chicken tuh. Lapar plak huhuhu

Ayu Zan said...

teh kat stall kecik tu ya? mmg sedap kan..

Sheila Salim said...

Assalamualaikum kak, wahh terliur sheila. semua ni makanan sheila suka. hihii

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Like Page Superb Vitamin For Life :)

Like Page Love Natuwrel :)

Hubungi Saya

Name

Email *

Message *