I Love My Followers

Blog ini adalah blog peribadi yang berkisar tentang kehidupan seperti usaha untuk hamil, kehamilan, kelahiran, penjagaan semasa pantang, penjagaan dan pendidikan anak, kesihatan dan kecantikan, keibubapaan dan perkahwinan.
Topik-topik lain juga ada mengikut keselesaan penulis.

Sunday, April 6, 2014

Cerita Terkini Haziq dan Aimi

Haziq & Aimi 
Cinta hati Mama dunia dan akhirat

Haziq (3y7m)

Sebagai seorang abang dan anak yang sulung, Haziq dah pun menunjukkan ciri-ciri melindungi adiknya Aimi. Contoh paling mudah, kalau ada orang nak amik adik dia, punyalah dia protect sehabis mungkin adiknya sampai tak boleh disentuh oleh orang lain.

Sungguhpun begitu, ada masanya Haziq belum boleh nak berkongsi barang mainannya atau apa sajalah kepunyaannya dengan Aimi. Aimi sampai menangis terlentang, pun dia tak nak bagi mainan. Hahahaha.. Sudahnya, saya harus pujuk Haziq dengan kata-kata pujukan dan pujian. Memang lepas tu dia sendiri akan bagi dengan senang hati kat Aimi.
Haziq sekarang dah masuk sekolah tadika. Untuk tempoh 3 bulan pertama ni, banyak perubahan yang baik yang dapat saya perhatikan. Kalau dulu nak pergi sekolah, pagi tu Haziq taknak mandi sebab sejuk katanya. Tapi lepas seminggu, dia sendiri yang nak mandi.

Haziq dah pandai baca Al-Fatihah tau.
"Alhamdulilliahirabbil 'alamin. Arrahmanirrohim. Maa likiyaumiddin. Allahummaba riklana fiima rozaqtana waqina aza bannar. Aaaaminnnn..."
Hahahahhaa.. Saya tak boleh tahan gelak bila dengar dia baca. Baguslah. Itu tandanya dia sudah mulai faham apa yang dia pelajari walaupun siap bersambung dengan doa makan!
Vocab Haziq dah semakin bagus. Dia tau sebut nama cikgu-cikgunya dan kawan-kawannya. Dia dah kenal semua pakcik makciknya dan sepupu sepapatnya yang ramai. Yang paling syok, dia dah boleh ceritakan semula dengan jelas apa yang dia lalui dan lihat. Contohnya, cerita pasal pergi zoo. Dia boleh cerita satu persatu haiwan yang dia tengok kat zoo.
Bila macam ni kan, saya terasa yang anak saya dah besar. Kadang-kadang, rasa macam "Haziq dah bersikap macam big brother sangat". Im happy :)


Aimi (1y 2m)

Kemanjaan Aimi memang tak dapat ditandingi. Yang paling ketara, 24 jam nak melekat aje dengan Mama dia. Sebab tulah saya sampai teringat-ingat kat Aimi, ada masanya sampai tersenyum sendiri. Dah macam bercinta pulak kan. Tapi itulah keistimewaan Aimi yang sentiasa mengikat hati saya sebagai seorang ibu.

Opss, time's up. Kita sambung lagi ya di lain entry. :)

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Like Page Superb Vitamin For Life :)

Like Page Love Natuwrel :)

Hubungi Saya

Name

Email *

Message *