I Love My Followers

Blog ini adalah blog peribadi yang berkisar tentang kehidupan seperti usaha untuk hamil, kehamilan, kelahiran, penjagaan semasa pantang, penjagaan dan pendidikan anak, kesihatan dan kecantikan, keibubapaan dan perkahwinan.
Topik-topik lain juga ada mengikut keselesaan penulis.

Tuesday, April 29, 2014

Berhenti Salahkan Diri Sendiri, Cari Punca Yang Relevan Dan Selesaikan Masalah

Sambungan dari entry Monday blues semalam.


Dipendekkan cerita, saya diskas masalah ni dengan suami. Pertamanya suami cakap - berhenti salahkan diri sendiri, iaitu pasal masalah tak bf Haziq dulu. Apa nak buat, masa tu kami berdua memang takde ilmu, takde pendedahan. Masa tu belum lagi aktif dengan dunia internet dan social media. So hidup kami ialah kisah harian kami je.


Mama saya pulak, memang tak bf kami adik beradik. Mak mertua memang bf kesemua anak-anaknya, tapi zaman dulu manalah ada pam-pam bagai, kene pulak mak mertua surirumah. So lain situasi dengan saya yang bekerja.


Jadinya, memang kami takde ilmu langsung pada masa tu. Kalau diingatkan semula, masa tu miss n ni bengkak dan sakit sangat. Susu memang banyak tapi saya tak tau nak buat macamana, tak tau nak approach anak macamana supaya dia latch to miss n. Kekok sangat. Blur. No idea at all. Suami pun sama.


Jadi dia cakap - benda yang lepas tu sudahlah. Kita takkan boleh putar balik masa yang lepas. Kata suami lagi, walaupun saya tak bf Haziq, tapi kami provide dia susu yang bagus juga iaitu Abbott Gain Plus dan Haziq memang serasi sangat dengan susu tu. Kata suami lagi, usah hukum diri sendiri, takde manfaatnya.


Jadi, saya dengar cakap suami. Saya berhenti menyalahkan diri saya. Saya terima keadaan kami suami isteri pada masa itu. Tiada ilmu tentang breastfeeding.


Seterusnya, kami cari punca yang relevan untuk selesaikan masalah. Saya juga review saranan rakan-rakan blogger yang sangat prihatin dengan keadaan saya.


1) Saya banyak masa dengan Aimi berbanding Haziq - saya cuba seimbangkan antara keduanya. Sambil bf Aimi, saya usap-usap Haziq jua. 2 in 1. Supermom. Semua pun boleh dibuat. Follow saranan Rai. Malam tadi, saya request suami layan Aimi, saya pulak landing depan tv dan biarkan Haziq landing kat badan saya. Kami cuddle to each other. Haziq pulak siap peluk cium saya masa tu. Saya rasa terharu sangat-sangat.

2) Manja dan tegas - bila saya baca komen kak irfa, terasa ada betulnya. Mungkin saya terlalu memanjakan Haziq. Tapi nak buat camne, hati ibu ni cepat sangat cair. Kalau suami marah/tegur Haziq, Haziq nangis, saya pun menangis sama. Boleh bayangkan betapa lembutnya hati saya ni? Tapi sekarang, saya cuba perlahan-lahan untuk memanjakan anak dengan cara yang betul. Manja dan tegas, supaya dia hormat.

3) Amalan agama dan keibubapaan - sudah saya amalkan, tapi mungkin belum cukup dan mungkin juga belum istiqamah. Seperti yang Sheila Salim cadangkan, itu memang sudah saya buat tapi ada masanya on off sebab kadang-kadang penat dan terus tertidur (malunya, inilah kelemahan saya). Tapi saya akan perbaiki diri biar amalan baca doa di ubun-ubun Haziq masa dia tidur tu, saya buat berterusan.

4) Cemburu kerana sayang - betullah kata Asha Lya dan Hafiza AizZawa. Haziq bersikap macam tu mungkin sebab dia cemburu. Jadi saya mesti lakukan sesuatu untuk atasi masalah cemburu dia tu. Saya sayang kedua-dua anak saya Haziq dan Aimi. Saya ingin jadi ibu yang terbaik untuk mereka berdua. Moga Allah izinkan.


Setakat ini, Haziq nampak ok sikit. Saya balik kerja semalam, terus diciumnya tangan saya, pipi saya kanan kiri dan dipeluk eratnya saya. Saya tau, ini abahnya yang suruh, tapi rasa ini satu permulaan yang balik untuk menormalkan semula keadaan yang haru biru sikit baru-baru ni. Actually memang itulah pun yang Haziq buat selama ni, tapi bila semalam dia peluk cium saya, terasa terkesan sungguh di lubuk hati saya yang paling dalam.


Semalam, saya buat solat sunat dan berdoa sebanyak-banyaknya kepada Yang Maha Esa. Saya menangis puas-puas mohon Allah sentiasa melindungi mereka yang saya sayang. Mohon Allah tetapkan iman saya dan ampunkan segala dosa-dosa saya. Mohon Allah beri petunjuk dan bantu saya dan suami untuk membina keluarga yang cintakan Allah dan Rasul.


Hidup ini adalah satu perjalanan. Apa yang berlaku pasti ada hikmahnya.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Like Page Superb Vitamin For Life :)

Hubungi Saya

Name

Email *

Message *