I Love My Followers

Blog ini adalah blog peribadi yang berkisar tentang kehidupan seperti usaha untuk hamil, kehamilan, kelahiran, penjagaan semasa pantang, penjagaan dan pendidikan anak, kesihatan dan kecantikan, keibubapaan dan perkahwinan.
Topik-topik lain juga ada mengikut keselesaan penulis.

Tuesday, April 8, 2014

3 Series Vs Kecantikan dan Kesihatan

Semenjak masuk ke usia 3 series ni, saya perasan yang saya jadi amat kesah tentang bab-bab kesihatan dan kecantikan, padahal dulu, langsung tak peduli sangat pun. Entahlah kenapa.


Apa sahaja produk yang kait-mengait dengan kesihatan dan kecantikan, pasti saya akan baca (walaupun tak beli). Pastu mulalah kisah kalau terdedah lama sangat bawah cahaya matahari, taknak kulit hitam la, itulah, inilah.


Bila difikirkan semula, perubahan ni terjadi seiring masa saya kene pindah workstation akhir tahun lepas. Dah masuk 3 bulan, saya dah dapat menyesuaikan diri malah boleh dikatakan lebih menyukai workstation baru ni berbanding workstation lama.


Cuma ada satu pulak masalah yang timbul - saya banyak terdedah kepada sinaran cahaya matahari sebab banyak bergerak ke sana ke mari. Badan pun cepat berpeluh, termasuklah kat bahagian muka.


Belum sampai tengahari, muka dah berminyak dan berkilat, dah tak macam masa duduk kat ofis lama dulu sebab masa tu duduk sepenuhnya dalam aircond. Sekarang ni, oil blotters brand Clean & Clear yang kaler biru tu, dah jadi my bff dah pulak.


Dalam satu hari, pasti guna 2-3 helai blotters tu untuk serap minyak kat muka. Dah rasa macam zaman remaja lah pulak muka berminyak ni, padahal dah 3 series dah. Aduhaii....


Sampai suami pun tegur - sekarang kalau balik kerja, muka saya nampak agak gelap, berminyak dan kusam. Hua hua hua...


Ari tu kan, borak panjang dengan suami bab kecantikan muka ni (kebetulan masa tu anak-anak tidur awal). Suami cakap kalau muka ni, paling penting sekali ialah bab pencuci muka.


Dia cakap, dulu masa saya pakai Dermalogica, masa tu lah muka saya paling bersih lepas cuci muka. Segar dan bersih katanya. Tapi dah masuk 2 tahun saya stop Dermalogica, sebab harganya mahal ya ampun.


Last-last suami cakap, beli cleanser Dermalogica jelah. Ganti dengan cleanser saya sekarang ni. Mmmm...


Pastu ade satu hari tu, tengok syok berfb, boleh pulak masuk ke page Kaylena Beauty by Leuniey Natasha. Scroll punya scroll, ah sudah, tertarik pulak nak try produk ni.


Harganya RM183 untuk 1 set ada 5 barang (cleanser, toner, moisturizer, day cream, night cream). Siap whatsapp lagi admin page tu tanye pasal produk.


Sekarang belum decide lagi nak beli atau tak.


Bab kesihatan pulak. Dulu saya ni jenis susah nak makan tau. Kalau kata ayam kfc tu, nak abiskan seketul pun susah. Tapi sekarang, dapat dinner plate pun belum tentu cukup lagi. Hahahahaha... apa punya selera lah kan.


Ada masanya, saya tak rasa lapar pun, tapi NAFSU MAKAN tu yang buat saya nak makan dan makan (very unhealthy). Bila dah banyak makan, badan pun naiklah, yang lebih haru, badan saya ni jenis "buah pear", so perubahan ketara di bahagian bawah badan.


Disebabkan gemuk di bahagian bawah badan, teringin pulak nak gi slimming kat Dorra Slimming Centre kat Aeon Tebrau tu. Google punya google, ade kes customer Dorra kene pendarahan dalam rahim selepas buat treatment kat situ.


Makanya, tak jadi lah pulak nak gi slimming sebab dah takut. Huhuhuhu... Sekarang saya berusaha control makan tapi tulah, ada masa berjaya, banyak masa memang tak berapa berjaya. Hahahahha...


Errr... korang yang 3 series ada tak rasa macam yang saya cerita kat atas?

14 comments:

Nurzakiah Hanum said...

moning drop here early moning

Mizz Aiza (Dunia Kecil) said...

umur kita sebaya.. ada juga rasa macam tu.. walaupun aiza belum kahwin lagi, selera makan bertambah dan badan bertambah gemuk juga.. sekarang tengah disiplinkan diri untuk jaga makan dan bersenam, harap-harap berjaya..

aTieYusof Family said...

hihi...smalah kita Uni..perasaan nak jaga diri lebih tu dah ada..cuma sy ni malas je memanjang..haha..
nak bersenam tak start lagi..adoi!:)

Asha Lya said...

akan datang akan lya alami juga kali mcm tu

Sylarius Yusof said...

Usia 3 series ni adalah usia yang awesome dan istimewa. Pada peringkat ini manusia mencapai tahap 'equilibrium', di mana kecantikan, kematangan, kekuatan dan kecerdasan berada pada tahap yang setara.

Kakzakie said...

Sama macam kakak nak control makan agak payah apa lagi kita yg jadi tukang masak di rumah. Tak banyak sikit mesti kena teman en abe kita makan betul tak? tak kan tengok aje en abe kita makan. Mana boleh tahan hihi...

Hafiza AizZawa said...

dlm menuju angka tersebut kak.. yg penting jaga makan.. dan bersenam.. Fiza pandai nasihat jer.. huhu.. pdhl nk buat punyela malas...

Yumida Huda said...

skrg bertambah comel lepas kawin. paling risau kecomelan diri. dlm proses nk slimkan bdn

Kesuma Angsana said...

angka sekadar no aje.. teruskan ceria & jaga kesihatan sebaiknya

Rai Ourkizuna said...

aku start nak masuk anak tiga kot mmg terasa nak menjaga sangat sangat.. so far aku puas hati pakai barangan amway.. cuci muka, toner, moisturizer.. kadang2 moisturizer tu liat sikit lah..haha.. harga mahal sikit, tapi sebab tahan lama (lebih 6 bulan), so aku redhaaa..hihihi

makan vitamin, aku makan multivitamin nutrilite. amway gak.. complete package..senang.. lagi pun aku terasa bertenaga bagai.. so unless kalau kurang sihat ke apa.. baru tambah makan vitamin c ke apa..

anajingga said...

penjagaan dari awal memang bagus utk diri kita sendiri,kita perlu sayang dan hargai diri..maklumlah kita adalah tunggak kekuatan keluarga,lebih2 lagi kak ana dah 4 siries ni...

adianiez AIDA said...

alamak! aida da nak masuk 4 series!!!

Nur_cahayamataku said...

hi.. kita sebaya.. dan apa yang kita rasa, sama je.. memang kene jaga penampilan diri bila makin meningkat usia.. hehehe

Mar Mansor said...

tahun ni 3series..mesti nak rasa cantik jek..mesti rasa nak kurus cam sebelum kawen dlu..mesti rasa nak sihat je (berat bertambah, mengah bila bjalan)..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Like Page Superb Vitamin For Life :)

Hubungi Saya

Name

Email *

Message *