I Love My Followers

Blog ini adalah blog peribadi yang berkisar tentang kehidupan seperti usaha untuk hamil, kehamilan, kelahiran, penjagaan semasa pantang, penjagaan dan pendidikan anak, kesihatan dan kecantikan, keibubapaan dan perkahwinan.
Topik-topik lain juga ada mengikut keselesaan penulis.

Tuesday, April 29, 2014

E-filing : Borang Anda Telah Berjaya Dihantar

Ni namanya buat kerja last minit.


Tahun sudah, 28 April 2013 baru submit e-filing untuk tahun taksiran 2012.


Tahun ni pulak, 29 April 2014 baru submit e-filing untuk tahun taksiran 2013. Mama saya siap whatsapp tanya,


"Dah buat e-filing ke belum?"

"Tengah buat ni Ma"


Nasib baik internet laju, tak meragam, saya buat e-filing tu kejap aje, yang lamanya sebab cek 2-3 kali semua figure sebelum submit.


Alhamdulillah, sama juga macam tahun lepas, kali ni juga ada cukai yang saya terlebih bayar. Jadi LHDN akan refund semula duit. Bila agak-agaknya dapat tu? Bulan depan kot. Mmm.. tak kisahlah, tapi harap-harapnya dapatlah duit tu sebelum raya. Bolehlah buat untuk shopping raya. Hehehehe...


p/s : Aqiqah untuk Aimi belum lagi saya tunaikan. Plannya nak buat sebelum raya puasa, tapi suami cakap nak buat masa raya haji.

Berhenti Salahkan Diri Sendiri, Cari Punca Yang Relevan Dan Selesaikan Masalah

Sambungan dari entry Monday blues semalam.


Dipendekkan cerita, saya diskas masalah ni dengan suami. Pertamanya suami cakap - berhenti salahkan diri sendiri, iaitu pasal masalah tak bf Haziq dulu. Apa nak buat, masa tu kami berdua memang takde ilmu, takde pendedahan. Masa tu belum lagi aktif dengan dunia internet dan social media. So hidup kami ialah kisah harian kami je.


Mama saya pulak, memang tak bf kami adik beradik. Mak mertua memang bf kesemua anak-anaknya, tapi zaman dulu manalah ada pam-pam bagai, kene pulak mak mertua surirumah. So lain situasi dengan saya yang bekerja.


Jadinya, memang kami takde ilmu langsung pada masa tu. Kalau diingatkan semula, masa tu miss n ni bengkak dan sakit sangat. Susu memang banyak tapi saya tak tau nak buat macamana, tak tau nak approach anak macamana supaya dia latch to miss n. Kekok sangat. Blur. No idea at all. Suami pun sama.


Jadi dia cakap - benda yang lepas tu sudahlah. Kita takkan boleh putar balik masa yang lepas. Kata suami lagi, walaupun saya tak bf Haziq, tapi kami provide dia susu yang bagus juga iaitu Abbott Gain Plus dan Haziq memang serasi sangat dengan susu tu. Kata suami lagi, usah hukum diri sendiri, takde manfaatnya.


Jadi, saya dengar cakap suami. Saya berhenti menyalahkan diri saya. Saya terima keadaan kami suami isteri pada masa itu. Tiada ilmu tentang breastfeeding.


Seterusnya, kami cari punca yang relevan untuk selesaikan masalah. Saya juga review saranan rakan-rakan blogger yang sangat prihatin dengan keadaan saya.


1) Saya banyak masa dengan Aimi berbanding Haziq - saya cuba seimbangkan antara keduanya. Sambil bf Aimi, saya usap-usap Haziq jua. 2 in 1. Supermom. Semua pun boleh dibuat. Follow saranan Rai. Malam tadi, saya request suami layan Aimi, saya pulak landing depan tv dan biarkan Haziq landing kat badan saya. Kami cuddle to each other. Haziq pulak siap peluk cium saya masa tu. Saya rasa terharu sangat-sangat.

2) Manja dan tegas - bila saya baca komen kak irfa, terasa ada betulnya. Mungkin saya terlalu memanjakan Haziq. Tapi nak buat camne, hati ibu ni cepat sangat cair. Kalau suami marah/tegur Haziq, Haziq nangis, saya pun menangis sama. Boleh bayangkan betapa lembutnya hati saya ni? Tapi sekarang, saya cuba perlahan-lahan untuk memanjakan anak dengan cara yang betul. Manja dan tegas, supaya dia hormat.

3) Amalan agama dan keibubapaan - sudah saya amalkan, tapi mungkin belum cukup dan mungkin juga belum istiqamah. Seperti yang Sheila Salim cadangkan, itu memang sudah saya buat tapi ada masanya on off sebab kadang-kadang penat dan terus tertidur (malunya, inilah kelemahan saya). Tapi saya akan perbaiki diri biar amalan baca doa di ubun-ubun Haziq masa dia tidur tu, saya buat berterusan.

4) Cemburu kerana sayang - betullah kata Asha Lya dan Hafiza AizZawa. Haziq bersikap macam tu mungkin sebab dia cemburu. Jadi saya mesti lakukan sesuatu untuk atasi masalah cemburu dia tu. Saya sayang kedua-dua anak saya Haziq dan Aimi. Saya ingin jadi ibu yang terbaik untuk mereka berdua. Moga Allah izinkan.


Setakat ini, Haziq nampak ok sikit. Saya balik kerja semalam, terus diciumnya tangan saya, pipi saya kanan kiri dan dipeluk eratnya saya. Saya tau, ini abahnya yang suruh, tapi rasa ini satu permulaan yang balik untuk menormalkan semula keadaan yang haru biru sikit baru-baru ni. Actually memang itulah pun yang Haziq buat selama ni, tapi bila semalam dia peluk cium saya, terasa terkesan sungguh di lubuk hati saya yang paling dalam.


Semalam, saya buat solat sunat dan berdoa sebanyak-banyaknya kepada Yang Maha Esa. Saya menangis puas-puas mohon Allah sentiasa melindungi mereka yang saya sayang. Mohon Allah tetapkan iman saya dan ampunkan segala dosa-dosa saya. Mohon Allah beri petunjuk dan bantu saya dan suami untuk membina keluarga yang cintakan Allah dan Rasul.


Hidup ini adalah satu perjalanan. Apa yang berlaku pasti ada hikmahnya.

CPUV #9 Whisper Mesh & Cotton

Rezeki anak-anak.. Alhamdulillah.. Kali ini berpeluang sekali lagi merasa cpuv baru iaitu Whisper Mesh & Cotton. Dah nampak dah iklan ni menari-nari. Cuma kali ni iklan tu tak landing kat blog ni tapi landing kat blog saya yang lain.


Tapi kan saya perasan, walaupun dapat cpuv, earningnya tak berapa kencang macam dulu-dulu punya cpuv. Kenapa yek? Korang ada rasa macam tu jugak tak?


p/s : Sama happy bila rakan blogger pun dapat cpuv, ada yang dapat berderet tu.:)

Monday, April 28, 2014

Salahkah Aku?

Saya rasa sekarang saya mengalami dilema keibubapaan. Saya punya dua orang anak. Namun mungkin atas faktor saya bf Aimi, saya rasa masa saya lebih banyak dihabiskan untuk Aimi seorang berbanding dengan Haziq.


Sabtu lepas setelah selesai menghadiri gathering bersama rakan-rakan, saya tunggu suami ambil kereta dari car park ke hall tempat gathering tu. Bersama 2 anak, saya berbual-bual dengan rakan yang masih ada selepas habis gathering. Haziq pula sibuk bermain dengan kanak-kanak seusianya.


Sambil berbual, mata saya memang tak lepas memandang Haziq. Saya nampak dia cuba menolak kerusi plastik yang telah disusun tinggi dan di atas tu ada seorang budak yang lebih besar umurnya dari Haziq.


Tapi tau sajalah, Haziq memang kuat. Dia tolak kerusi plastik bertingkat-tingkat tu sampai kerusi tu bergerak dan budak kat atas kerusi tu menjerit sebab takut jatuh. Saya pulak risau kalau anak orang jatuh dari kerusi tu / terhantuk kepala kat lantai.


Jadi saya tegur Haziq perlahan-lahan. Dengan suara yang lembut, penuh kasih, penuh sayang. Namun tanpa saya sangka, Haziq marah saya semula. Taulah kalau budak-budak marah macamana kan.


Taknak situasi bertambah buruk, sambil mendukung Aimi, saya bawa Haziq keluar dari hall dan tunggu suami di luar hall. Di situ jugak Haziq menjerit-jerit, saya kira dia memberontak agaknya sebab saya tak kasi dia main kerusi tolak-tolak lagi. Pada masa tu, saya rasakan begitu lambat suami sampai. Suara saya tidak mampu mendiamkan Haziq lagi.


Dan hari ini pula, saya hantar Haziq ke tadika. Sampai ke tadika, dia menangis-nangis tak mau pergi. Bila saya dukung, dia lembekkan badan. Dia peluk pinggang saya kuat-kuat sambil jerit dan nangis "taknak sekolah". Saya terpaksa juga peluk dia sambil heret dia ke sekolah. Entah apa anginnya pagi ini, saya pun tak mengerti.


Sampai ke muka pintu, makin kuat Haziq menangis dan menjerit. Dimarahnya cikgu, sebab dia taknak pergi sekolah. Saya berterusan pujuk Haziq sebab terpaksa bergegas ke tempat kerja pula. Nasib baiklah ada satu cikgu yang agak rapat dengan Haziq dan memahami situasi itu. Dia peluk dan dukung Haziq dan dapatlah saya masuk ke kereta semula.


Dalam fikiran saya, kenapa Haziq jadi begini? Mulalah saya fikir dan menyalahkan diri sendiri. Agaknya Haziq cemburu atau marah sebab sekarang dia hanya nampak Aimi yang jadi keutamaan saya? Agaknya salah saya sebab dulu saya tak menyusukan Haziq? Salahkah saya sebab pada masa itu saya tak tau ilmu tentang breastfeeding? Salahkah saya sebab bf Aimi dan banyak masa dengan Aimi sahaja, sebab Aimi memang akan merengek-rengek dan menangis bila berenggang dengan saya? Salahkah saya sebab sekarang tidur dengan Aimi sahaja dan Haziq rasa saya abaikan dia sebab saya tak tidur dengan dia?


Salahkah saya..........


p/s : Monday blues sangat rasanya hari ini. Ya Allah, tunjukkanlah aku jalan keluar dan lindungilah suami dan anak-anakku pada setiap masa. Aminnn...

Friday, April 25, 2014

Segmen First Annivessary Blog Asha Lya

Hari Jumaat hari ni rasa nak join pulak segmen oleh Asha Lya. Syaratnya pun mudah yang amat. Saya memang suka join segmen kalau syaratnya mudah-mudah belaka. Hahahaha... Sebab malas nak peningkan kepala. =)




Segmen ni bermula pada hari ini 25/04/2014 sehingga 05/05/2014. So jom kite ramai-ramai join segmen Asha Lya ye. Klik banner di atas untuk straight sampai ke blog Asha Lya! :)

Wednesday, April 23, 2014

CPUV #8 Uniten Awareness

Seslow saya update blog, maka seslow itu jugalah cpuv landing di blog saya. Huhuhuhu...namun dalam keslowan itu, Nuffnang bermurah hati jugak bagi satu lagi cpuv kat saya iaitu Uniten Awareness nama dia. Yeayyy!! Yippiee!!


Tapi setakat saya online ni, belum nampak lagi cpuv Uniten Awareness tu berkelip-kelip kat blog ni. Mungkin dia muncul time saya tak online gaknya.


Thanks Nuffnang!! Pasni bagi lagi banyak cpuv ya! :)

Tuesday, April 22, 2014

Sekarang Nak Follow Sapa Yang Dah Follow

Pening tak baca tajuk entry ni? Harap-harap tak pening.


Satu benda yang buat saya terkejut sejak seminggu busy tak sempat hapdet blog ni ialah, bilangan follower saya sudah bertambah! Rasa macam, eh, biar betul ni, ari tu last tengok kat nombor follower #165, tup-tup sekarang dah 200 lebih dah.


Bila diingat-ingatkan semula, baru lah teringat yang saya ada join giveaway kak dianarashid.com  Kali ni bukan sebagai peserta, tapi sebagai salah seorang penaja you, atau bahasa omputehnya sponsor (ceponcer).


Antara syarat giveaway tu ialah peserta kene follow blog penaja-penaja, termasuklah saya ni. Hik hik hik.... Tu lah sebabnya followers blog ni tiba-tiba meningkat, rupanya memang ramai yang join giveaway tu. Hebat kak diana kan! :)


Bagi yang dah follow blog saya, bagi saya sedikit masa untuk follow korang semula kay.


Lagi satu, dalam tak menyempat hapdet blog ni, sempat pulak saya join segmen mialiana.com, dan saya masih berhutang blogwalking ke blog-blog yang lain. Sabar ya semua, pelan-pelan saya bw ya. :)


Banyak Benda Nak Cerita

Koranggg!! Adoi sibuknya saya sejak dari minggu lepas, tak sempat nak update blog kesayangans ni.


Banyak benda yang saya nak cerita tau.


Yang kelakar ada.
Yang sedih ada.
Yang surprise ada.
Yang menyakitkan pun ada.
Yang seronok pun ada.
Senang kata, macam-macam cerita ada. Itulah kehidupan kita sebagai manusia, takkan lari daripada macam-macam perasaan dalam hati. Kan kan kan?


Terima kasih banyak-banyak pada yang follow. Jangan lupa tinggalkan komen bagitau korang dah follow blog saya ni ya, supaya senang saya nak follow korang semula kay.


Nantikan kemunculan entry-entry saya selepas ini! ^_^


Friday, April 18, 2014

Aimi Yang Suka Naik Turun Tangga Supaya Mamanya Cepat Slim

Tengoklah my princess sorang ni. Suka betul dia naik turun tangga. Laju pulak tu. Kalau tak dikasi naik tangga, menangislah dia tersedu-sedan. Kalau dikasi naik tangga, punyalah seronok dia, kejap je dah sampai atas.


Aimi naik turun tangga, Mama yang mengah


Dah kalau Aimi naik turun tangga, haruslah saya standby kat belakang dia menjaga dia supaya dia tak tersilap langkah dan terjatuh. Maka saya pun naik turun tangga terkedek-kedek ikut style Aimi jugak. Mengah tuuu.Tapi bila Aimi dah sampai ke atas, dia punyalah suka siap bertepuk tangan, samalah juga bila dah sampai ke bawah, dia seronok siap bertepuk tangan lagi. :)


So, sampai ke hati nak melarang atau marah Aimi taknak kasi dia naik turun tangga? Tentulah saya tak sampai hati kan.


Cuma, safety tetap nombor satu. Sebab tu lah Mama Aimi ni gigih naik turun tangga bersama Aimi supaya nak jaga Aimi setiap saat. Dan bonusnya, moga Mama cepat slim berkat exercise bersama Aimi setiap hari - naik turun tangga. ^_^

Monday, April 14, 2014

Cash Out Earning Nuffnang Kali Ke-2

Alhamdulillah. Saya dah klik untuk cash out earning Nuffnang kali ke-2.


Saya cash out minggu lepas, kalau tunggu proses semua tu rasanya mau lagi sebulan lebih baru saya terima cheque HSBC tu kan. Tapi takpelah, cepat atau lambat, yang penting memang akan terima, In Shaa Allah. :)








p/s : Rasanya saya belum update entry tentang cash out Nuffnang kali pertama. Nanti saya update tentang tu dan juga untuk apa duit tu digunakan. :)

Saturday, April 12, 2014

Krunchy Karamel Almond & Krunchy Karamel Nuts

-THIS IS STICKY POST-


Korang... pernah dengar tak Krunchy Karamel Almond & Krunchy Karamel Nuts?


Err... Ape bende krunchy ni? Koko krunch ke? Oat krunch ke? 


Haaaa...bukan bukan bukan. Ini dia Krunchy Karamel Almond & Krunchy Karamel Nuts! Kudapan Almond Terbaik Malaysia!!

Super delicious! Sedap sampai tak hengattt!!


Jom kita tengok details KKA & KKN ni :


Krunchy Karamel Almond (KKA) - balang bertutup coklat
Berat : 200 gram
Kandungan : 97% kandungan adalah badam berkualiti diimport disaluti karamel manis dan ditaburkan dengan bijiran bijan hitam & biji matahari


Krunchy Karamel Nuts (KKN) - balang bertutup hijau
Berat : 200 gram
Kandungan : 55% kandungan adalah badam berkualiti diimport bersama karamel manis dan ditambahkan dengan bijiran bijan, biji labu, biji tembikai dan biji matahari.


Sesuailah dengan slogannya - Sekali NGAP, habis sebalang!!! Memang tak sedar langsung dok mengunyah-ngunyah-ngunyah sambil tengok tv tengok drama, tau-tau je dah nak habis. Memang sedap krunchy ni, rugi tau kalau tak cuba!!


Selain daripada dimakan sendiri, boleh juga buat sebagai ole-ole bila balik kampung jumpa ibu bapa atau mertua. Asyik-asyik bawak goreng pisang je, takpun kfc, takpun buah-buahan, apa kata kali ni beli pulak Krunchy Karamel Almond & Nuts ni. Buatlah kelainan sikit sekali sekala, pasti makin bertambah sayang. Kan kan kan! :)


Kalau sesape yang ada adik atau anak bersekolah asrama tu, sesekali datang jumpa diorang time weekend, apa kata bagi sekali krunchy almond dan krunchy nuts ni, pasti suka budak-budak tu. Percayalah!!!


Dan lagi, kalau sesape yang keje ofis tu time minum pagi dan minum petang asyik-asyik makan roti je, takpun biskut je, haaa apa kata kali ni tukar pulak makan krunchy almond dan krunchy nuts. Makan pulak ramai-ramai dengan member-member sambil cerita gossip hangat perkembangan isu semasa, fuh, lagi syok tuuu. Pasti tak cukup sebalang. Minimum harus NGAP 2 balang!! Percayalahhh!!!


Ok korang, citer banyak memang tak guna, saya ni kalau bercerita mau sampai pagi besok pun tak habis cerita lagi. Hahahaha... Jadinya, daripada korang dok tatap gambar Krunchy Almond & Krunchy Nuts tu sampai meleleh air liur teringat-ingat, baik korang order cepat.


Saya ada kat area Seri Alam dan Pasir Gudang, Johor. Kita boleh jumpa untuk korang pick up krunchy almond & krunchy nuts yang super lazat marvellous delicious oh yeah ni kat antara 5 tempat berikut :

1) Tesco Seri Alam
2) Mc Donalds / Subway / Burger King Seri Alam
3) Stesen Minyak Petron Seri Alam
4) Today's Hypermarket Masai
5) Mc Donalds Pasir Gudang
6) Pusat Bandar Pasir Gudang
(Tiada delivery cost kalau ambil di pickup point)


Kalau kat area berdekatan pun boleh jugak, macam kat Masai, Taman Rinting, Flora Height, Permas Jaya, Plentong, etc. Yang lagi best, saya pun boleh deliver krunchy yang sodap ni kat depan muka pintu uolsss (yang ini ada delivery cost ya).


Yang tak duduk kat area yang saya senaraikan di atas tu, jangan pulak korang menangis sampai tarik-tarik rambut depan cermin sebab tak dapat makan krunchy yang super lazat marvellous delicious oh yeah ni. Jangan risau, korang pm / contact je saya, pandailah saya setelkan, asalkan korang dapat makan krunchy ni sambil tersenyum riang kat depan tv. Boleh gitu?


Haa, kan dah cakap, saya ni kalau bercakap memang susah nak stop. Hahaha... So apelagi, cepat pm/sms/whatsapp saya sekarang untuk merasai kesedapan dan kerangupan krunchy almond & krunchy nuts ini!!!

sms/whatsapp : 019-7531258


p/s : kalau dah buka fb tu, jangan lupa like Krunchy Karamel Seri Alam Johor ya. Sayang korang!!! :)


UPDATE : Testimoni rakan blogger Mar Mansor tentang Krunchy Karamel ni. Jom terjah!

Friday, April 11, 2014

Yang Penting Mesti HALAL

Hai korang.


Ari ni, rasa nak share sikit tentang Kursus Intensif Halal yang saya hadiri akhir bulan Mac yang lepas. Banyak sungguh lah ilmu baru yang saya ketahui.


Dari satu segi, rasa kesian dengan diri sendiri, nama jer muslim beragama Islam tapi pengetahuan tentang bab halal ni macam sikit sangat. Huk huk.. Tapi takpe, yang penting sentiasa cari ruang dan peluang untuk menambah ilmu agama. Kan kan kan?


Actually memang banyak yang dikongsikan dalam kursus satu hari tu, so ini saya buat ringkasan dalam bentuk point-point ya.


1) Untuk satu-satu syarikat yang ingin memohon sijil halal, mereka haruslah menubuhkan Jawatankuasa Halal Dalaman (Internal Halal Committee) yang berfungsi untuk memastikan kesemua syarat-syarat persijilan halal dipatuhi seperti standard MS1500:2009 dan Manual Prosedur Pensijilan Halal Malaysia 2011 (Semakan Kedua).


2) Sebelum ini urusan persijilan halal dilakukan oleh JAKIM tapi start tahun ni ditukar kepada jabatan agama negeri masing-masing. Jadi kalau untuk negeri Johor, ialah Jabatan Agama Islam Johor (JAIJ). Diorang ni yang akan buat audit sebelum sesuatu syarikat itu mendapat sijil halal.


3) Dalam training ni, JAIJ juga tunjuk contoh produk-produk yang diragui status halalnya. Contohnya produk megi keluaran Indonesia yang tertulis 50% halal. Dia tulis 50% halal sebab megi tu ada campuran perisa ayam dan khinzir. Ayam is halal, khinzir is haram. 50-50. Maka jadilah 50% halal.


4) Contoh logo-logo halal dari zaman dulu sampailah yang terkini digunakan di Malaysia. Juga contoh logo halal dari luar negara yang boleh digunapakai.


5) Pastu kan, trainer tu ada cakap. Kadang-kadang kita nampak kedai makan tu takde sijil halal tapi ada orang melayu pompuan bertudung kerja kat situ. Ada jugak orang melayu makan kat situ. Pastu kita pun pergilah jugak makan kat situ sebab terikut / terpengaruh bila tengok orang melayu / bertudung / pak aji / mak aji makan kat situ. Dia cakap, tanggungjawab kita sebagai seorang muslim untuk memastikan halal atau tidak apa yang kita makan. Jangan ikut-ikut orang je.


6) Pernah tak terfikir kenapa kita / suami / isteri / anak-anak / mak bapak susah nak solat? susah nak hafal ayat quran? suka buat perkara jahat dan keji? Antara faktornya, lihat semula apa makanan yang kita masukkan dalam perut kita. Halal dan sucikah ia?


7) Pastu kalau kedai makan tu takde sijil halal tapi orang melayu / islam ramai makan kat situ dan ramai orang buat aduan kat Jaij suruh serbu kedai makan tu, Jaij takde hak untuk serbu kedai sebab kedai makan tu memang takde sijil halal pun, cuma tulis no pork no lard. Tapi yang bersalah / berdosanya ialah orang kita sendiri yang pergi makan kat situ, sebab status makanan di situ meragukan.


8) Katanya lagi, kat jusco permas ada satu kedai roti yang femes dengan logo kedai warna purple (saya kene rahsiakan nama kedai). Dia kata kedai roti tu memang takde sijil halal dan memang taknak mohon pun sijil halal sebab dia memang ada guna liquor/wine untuk pembuatan roti. Kedai roti tu akui ramai melayu islam beli roti dan makan kat situ tapi diorang memang taknak mohon sijil halal. So, salah sapa? Tak boleh salahkan kedai roti tu. Yang salahnya ialah kita yang pergi beli roti / yang pergi makan kat situ. p/s : Roti dia memang sedap gebu. Saya pernah makan. Masa tu saya tak tau dia takde sijil halal. Lepas saya dah tau, terus saya tak beli dah kat situ.


9) Contoh lain macam fish ball / crab finger etc. ala, makanan sejuk beku tu. Dia kata kebanyakan produk seperti itu menggunakan darah khinzir bertujuan untuk bind the ingredients together supaya ia jadi kental gitu. So kalau kita beli frozen food, tengoklah dulu ada sijil halal ke tak. Bukan apa, kadang-kadang anak yang makan semua tu dan kita jugak. Apa kes?


10) Contoh lain ialah biskut raya. Selalunya sebelum bakar dalam oven, kita sapu dengan kuning telur kan kat atas biskut tu nak kasi dia warna kekuningan lepas bakar. Kata Jaij, tengok berus yang kita gunakan untuk sapu telur tu. Ada berus tu yang diperbuat daripada bulu khinzir dan kita guna untuk membuat makanan kita. Apa hukumnya? Haram.


Ok itulah dia sedikit sebanyak sharing untuk korang semua. Moga-moga kita lebih mengambil berat tentang apa yang kita makan, tentang apa yang kita suap ke mulut suami dan anak-anak kita. Bersihkah, selamatkah, halalkah, sucikah?


Yang penting mesti HALAL.

Thursday, April 10, 2014

Addicted to Blogging

Satu benda baru yang saya realize semenjak saya menjadi blogger part time ni ialah - I am now addicted to blogging!!!


Pada saya, blogging is equal to sharing. Berkongsi. Perkongsian.


Tengok sahajalah blogger yang menggunakan blog mereka sebagai tutorial platform. Diorang share berapa banyak tutorial untuk membantu bloggers yang lain - dan hasilnya, ramai orang mendapat manfaat daripadanya. Banyak pahala diorang dapat tau! In shaa Allah. :)


Kat blog saya ni, pun saya ada buat beberapa tutorial dengan harapan dapat membantu bloggers / orang lain yang memerlukan. Pada masa yang sama, saya juga seronok bila baca blog rakan-rakan bloggers yang lain, macam-macam info yang saya dapat. :)


Tapi betullah, blogging ni memerlukan minat jugak sebenarnya. Kene ada minat menulis (menaip), kene ada minat membaca, kene ada minat untuk berkongsi, kene ada minat untuk luangkan masa untuk blogging dan paling penting, kene ada jugak minat untuk blogwalking. Kalau takde minat ni semua, memang jangan harap apa-apalah.


Saya ni asalnya, takde minat pun nak blogging bagai ni. Tapi ada sesuatu yang berlaku yang membuatkan saya mula mencari ruang untuk blogging.


Lama-kelamaan, saya mula rasa seronok berblogging. Kemudian makin rasa seronok sebab dapat kenal dengan rakan-rakan baru dan untuk entry yang ditulis, ada orang tinggalkan komen. Weeee... :)  Lagi seronok sebab dah mula jana income melalui Nuffnang dan sekarang berjinak-jinak pulak dengan 8share.


Ingat tak sebelum ni saya citer yang dalam akaun 8share saya ada RM1, sekarang sudah bertambah kepada RM2.60. Hihihihi... Naik sehinggit namplohsen pun ahkak dah happy tak hingat! Hahahahaa...


Sebab tu saya berterima kasih sangat-sangat kat korang semua yang sudi klik-klik link berkenaan kat blog saya ni, no matter who you are. Saya pun klik jugak kat blog korang, tapi tu lah, saya ni segan plus malu-malu kucing (meowww) nak inform yang saya ni dah klik.


Ari tu kan, saya klik kat blog mana saya tak ingat, then saya tinggalkan komen bagitau saya dah klik. Bila baca semula, rasa macam ish, macam tak syok je bagitau kan.


Akhirnya, saya decide yang saya memang akan klik tapi saya takkan bagitau blogger itu. Ni kira macam "Ikhlas Tersimpul Rapi di Sudut Hatiku". Boleh gitu? Hehehehe.. :)


Oh, masa dah mencemburui saya (ayat-ayat zaman sekolah). Maka di sini ingin saya nyatakan sekali lagi, I Love Blogging and now I Am Addicted to It! :)

Wednesday, April 9, 2014

Renew Domain Blog, Update Internet Security, New Laptop Sleeve

Bulan Mac ialah bulan di mana saya renew domain blog ini www.mystorymory.com. Domain ni saya beli melalui Data KL jadi setiap kali tiba masa domain nak expired, diorang akan hantar reminder untuk saya buat payment renew domain.


Masa mula-mula nak register domain ni, saya perlu bayar RM45 dan domain valid untuk tempoh setahun. Lepas tu, tiap-tiap kali renew saya cuma perlu bayar RM40 sahaja / setahun.


Seterusnya, saya juga update Internet Security untuk laptop kesayangan saya ni. Caranya mudah je, pergi je kat Acer Style Vision kat Aeon Tebrau City, mintak diorang install Internet Security Kaspersky dan lepas siap tu, bayar RM100. (Renew setiap tahun).


Alang-alang dah kat situ, saya pun pergi beli laptop sleeve kat kedai Thundermatch. Ada satu pc je lagi kaler hot pink untuk saiz laptop saya ni, apalagi teruslah sambar satu. Harganya RM59.


Actually daripada mula saya beli laptop ni, memang takde laptop sleeve pun. Gigihla simpan laptop ni dalam sarung yang dapat free tu sampai sarung tu koyak lunyai begitu sahaja. Dulu berangan nak beli yang ini, tapi masa tu tengah takde bajet. :)

Tuesday, April 8, 2014

3 Series Vs Kecantikan dan Kesihatan

Semenjak masuk ke usia 3 series ni, saya perasan yang saya jadi amat kesah tentang bab-bab kesihatan dan kecantikan, padahal dulu, langsung tak peduli sangat pun. Entahlah kenapa.


Apa sahaja produk yang kait-mengait dengan kesihatan dan kecantikan, pasti saya akan baca (walaupun tak beli). Pastu mulalah kisah kalau terdedah lama sangat bawah cahaya matahari, taknak kulit hitam la, itulah, inilah.


Bila difikirkan semula, perubahan ni terjadi seiring masa saya kene pindah workstation akhir tahun lepas. Dah masuk 3 bulan, saya dah dapat menyesuaikan diri malah boleh dikatakan lebih menyukai workstation baru ni berbanding workstation lama.


Cuma ada satu pulak masalah yang timbul - saya banyak terdedah kepada sinaran cahaya matahari sebab banyak bergerak ke sana ke mari. Badan pun cepat berpeluh, termasuklah kat bahagian muka.


Belum sampai tengahari, muka dah berminyak dan berkilat, dah tak macam masa duduk kat ofis lama dulu sebab masa tu duduk sepenuhnya dalam aircond. Sekarang ni, oil blotters brand Clean & Clear yang kaler biru tu, dah jadi my bff dah pulak.


Dalam satu hari, pasti guna 2-3 helai blotters tu untuk serap minyak kat muka. Dah rasa macam zaman remaja lah pulak muka berminyak ni, padahal dah 3 series dah. Aduhaii....


Sampai suami pun tegur - sekarang kalau balik kerja, muka saya nampak agak gelap, berminyak dan kusam. Hua hua hua...


Ari tu kan, borak panjang dengan suami bab kecantikan muka ni (kebetulan masa tu anak-anak tidur awal). Suami cakap kalau muka ni, paling penting sekali ialah bab pencuci muka.


Dia cakap, dulu masa saya pakai Dermalogica, masa tu lah muka saya paling bersih lepas cuci muka. Segar dan bersih katanya. Tapi dah masuk 2 tahun saya stop Dermalogica, sebab harganya mahal ya ampun.


Last-last suami cakap, beli cleanser Dermalogica jelah. Ganti dengan cleanser saya sekarang ni. Mmmm...


Pastu ade satu hari tu, tengok syok berfb, boleh pulak masuk ke page Kaylena Beauty by Leuniey Natasha. Scroll punya scroll, ah sudah, tertarik pulak nak try produk ni.


Harganya RM183 untuk 1 set ada 5 barang (cleanser, toner, moisturizer, day cream, night cream). Siap whatsapp lagi admin page tu tanye pasal produk.


Sekarang belum decide lagi nak beli atau tak.


Bab kesihatan pulak. Dulu saya ni jenis susah nak makan tau. Kalau kata ayam kfc tu, nak abiskan seketul pun susah. Tapi sekarang, dapat dinner plate pun belum tentu cukup lagi. Hahahahaha... apa punya selera lah kan.


Ada masanya, saya tak rasa lapar pun, tapi NAFSU MAKAN tu yang buat saya nak makan dan makan (very unhealthy). Bila dah banyak makan, badan pun naiklah, yang lebih haru, badan saya ni jenis "buah pear", so perubahan ketara di bahagian bawah badan.


Disebabkan gemuk di bahagian bawah badan, teringin pulak nak gi slimming kat Dorra Slimming Centre kat Aeon Tebrau tu. Google punya google, ade kes customer Dorra kene pendarahan dalam rahim selepas buat treatment kat situ.


Makanya, tak jadi lah pulak nak gi slimming sebab dah takut. Huhuhuhu... Sekarang saya berusaha control makan tapi tulah, ada masa berjaya, banyak masa memang tak berapa berjaya. Hahahahha...


Errr... korang yang 3 series ada tak rasa macam yang saya cerita kat atas?

Monday, April 7, 2014

January, February & March 2014 : Total Unique Visitor dan Keyword Paling Hit

Just nak share pencapaian blog ni untuk 3 bulan pertama tahun 2014.


January 2014 :

Total uv = 10,278
Total pv = 23,442
Total kw = 606




February 2014 :

Total uv = 9,092
Total pv = 24,101
Total kw = 551




March 2014 :

Total uv = 12,086
Total pv = 29,846
Total kw = 658




Sunday, April 6, 2014

Cerita Terkini Haziq dan Aimi

Haziq & Aimi 
Cinta hati Mama dunia dan akhirat

Haziq (3y7m)

Sebagai seorang abang dan anak yang sulung, Haziq dah pun menunjukkan ciri-ciri melindungi adiknya Aimi. Contoh paling mudah, kalau ada orang nak amik adik dia, punyalah dia protect sehabis mungkin adiknya sampai tak boleh disentuh oleh orang lain.

Sungguhpun begitu, ada masanya Haziq belum boleh nak berkongsi barang mainannya atau apa sajalah kepunyaannya dengan Aimi. Aimi sampai menangis terlentang, pun dia tak nak bagi mainan. Hahahaha.. Sudahnya, saya harus pujuk Haziq dengan kata-kata pujukan dan pujian. Memang lepas tu dia sendiri akan bagi dengan senang hati kat Aimi.
Haziq sekarang dah masuk sekolah tadika. Untuk tempoh 3 bulan pertama ni, banyak perubahan yang baik yang dapat saya perhatikan. Kalau dulu nak pergi sekolah, pagi tu Haziq taknak mandi sebab sejuk katanya. Tapi lepas seminggu, dia sendiri yang nak mandi.

Haziq dah pandai baca Al-Fatihah tau.
"Alhamdulilliahirabbil 'alamin. Arrahmanirrohim. Maa likiyaumiddin. Allahummaba riklana fiima rozaqtana waqina aza bannar. Aaaaminnnn..."
Hahahahhaa.. Saya tak boleh tahan gelak bila dengar dia baca. Baguslah. Itu tandanya dia sudah mulai faham apa yang dia pelajari walaupun siap bersambung dengan doa makan!
Vocab Haziq dah semakin bagus. Dia tau sebut nama cikgu-cikgunya dan kawan-kawannya. Dia dah kenal semua pakcik makciknya dan sepupu sepapatnya yang ramai. Yang paling syok, dia dah boleh ceritakan semula dengan jelas apa yang dia lalui dan lihat. Contohnya, cerita pasal pergi zoo. Dia boleh cerita satu persatu haiwan yang dia tengok kat zoo.
Bila macam ni kan, saya terasa yang anak saya dah besar. Kadang-kadang, rasa macam "Haziq dah bersikap macam big brother sangat". Im happy :)


Aimi (1y 2m)

Kemanjaan Aimi memang tak dapat ditandingi. Yang paling ketara, 24 jam nak melekat aje dengan Mama dia. Sebab tulah saya sampai teringat-ingat kat Aimi, ada masanya sampai tersenyum sendiri. Dah macam bercinta pulak kan. Tapi itulah keistimewaan Aimi yang sentiasa mengikat hati saya sebagai seorang ibu.

Opss, time's up. Kita sambung lagi ya di lain entry. :)

Pemenang : Top Commentator bulan January, February dan March 2014

Surpriseeeee!!!


Punyalah lambat nak hapdet blog pasal Top Commentator kan. Hehehe... Jangan mare nanti cepat tuaaaa....


Sebelum tu, saya nak ucapkan terima kasih kat semua follower dan visitor blog saya. Tanpa korang semua, sunyi sepilah blog saya ni (dahlah tak pasang lagu kat blog, bukan apa, saya tak reti, hihihi...).


Setiap satu komen yang diberikan untuk setiap entry saya, amat-amat saya hargai. :)


Ini dia pemenangnya :

January 2014 - Mawar Berduri




February 2014 - Mar Mansor




March 2014 - Mar Mansor



Tahniah untuk  Mawar Berduri dan Mar Mansor, harap dapat berikan details (nama penuh, alamat, nombor telefon) ke z.munirah@gmail.com untuk tujuan pengeposan hadiah. :)

Friday, April 4, 2014

Saya Nak Blogwalking, Tapi....

Tapi.... Saya tak cukup masa. Minggu ni adalah minggu yang sangat sibuk utk saya. Nasiblah dah buat scheduled entry, jadi takdelah tenggelam je blog ni, ya tak?


Terima kasih kat semua rakan bloggers yang yang sudi bw ke blog saya dan siap tinggalkan komen lagi tu. Iols appreciate uols sangat-sangat tau!!!


p/s : Saya akan bw ke blog uols semula dalam minggu ni. Tapi kalau saya tak tinggalkan komen, jangan marah saya tau. :)

Thursday, April 3, 2014

Hadiah Untuk Top Commentator Sudah Ada

Ops! Dah 3 haribulan la. Tapi belum sempat lagi nak update entry Top Commentator untuk bulan Januari hingga Mac.


Tapi yang bestnya, hadiah untuk Top Commentator dah ada! Sapa lah yang bertuah tu agaknya ya? :)


p/s : Tunggu entry daripada saya ya!

Cara Penyediaan Melilea Greenfield Organic

1) Masukkan air masak lebih kurang 250-300ml ke dalam shaker. Tak boleh guna air panas atau air suam. Kemudian masukkan 2 scoop apple orchard ke dalam shaker. Scoop dah memang disediakan dalam bekas.

Melilea Apple Orchard - perasa epal organic


2) Masukkan 2 scoop melilea greenfield organic ke dalam shaker. Kalau beli bekas kecil macam gambar kat bawah ni, kene masukkan 2 scoop. Kalau beli bekas besar, masukkan 1 scoop sahaja. Scoop dah memang tersedia dalam setiap bekas melilea yang kita beli, tak kesahlah sama ada beli yang bekas besar atau bekas kecil.

Melilea organic greenfield


3) Goncang / shake kuat-kuar biar greenfield organic tu larut sebati dalam air.

Sekali tengok dah rupa macam air tebu


4) Lepas tu terus minum. Kalau nak tau, melilea greenfield organic ni kita kene minum cepat lepas shake tu. Kalau tak dia akan jadi macam berketul-ketul. Kalau dah berketul-ketul gerenti susah nak lalu kat tekak nanti.

Delicious! Saya suka!


5) Terus minum sampai habis.

:)


Saya selalu minum ni semasa perut kosong lebih kurang pukul 6.30-7.00 am. Sejam lepas tu, baru saya breakfast macam biasa.


Kalau nak tau kenapa saya minum melilea greenfield organic, boleh baca kat sini.


Dan kalau berminat nak cuba, boleh emel pada saya di z.munirah@gmail.com. :)

Wednesday, April 2, 2014

Nak Try 8share Lah Pulak

Setelah 2 tahun lebih berblogging dan cuba iklan dengan Nuffnang, kali ni saya rasa nak try 8share lah pulak. Sebab apa, sama macam Nuffnang gak, saya tak perlu kuar satu sen modal pun untuk 8share ni. Yang penting, modal masa dan tenaga menaip jer. Oklah tu kan.


Kalau Nuffnang, kita letakkan iklan-iklan daripada advertiser kat blog kita. Kalau ada orang klik iklan tu, kita dapatlah sekurang-kurangnya doplohlimasen.


Kalau pulak advertiser pilih untuk beriklan di blog kita untuk satu tempoh masa ataupun sehingga reach target uv yang diorang nak, maka dapatlah kita jana income melalui cpuv yang diorang berikan.


Untuk 8share ni pulak, kita cuma perlu promote link (kat 8share ni diorang gunakan istilah "special") dan bila ada orang klik kat link tu, maka kita akan dapat doplohsen. Minimum cashout ialah RM50. Kita boleh promote link tu kat fb, twitter, google plus dan juga blog.


Sebelum ni saya cuma promote kat fb jer, dan dapatlah RM1 (bermakna ada 5 orang kawan yang dah klik kat link tu). Itupun saya dah happy giler sebab dapat sehinggit. Hahahaha...


Tup-tup lepas baca entry kat sini, saya rasa nak teruskan semula dengan 8share. Maka gigihla request tutorial dengan rakan blogger Rai, dia pun siap up satu entry lagi untuk saya. Hahahaha... Thank you my friend.


Weekend lepas, sibuklah menggodek sana sini demi 8share dan akhirnya berjaya juga buat tutorial tu. :)


Saya nak ajak korang join 8share, tapi terasa segan sebab dalam akaun 8share saya tu pun baru ada sehinggit, tapi kalau korang rasa - alah uni, apa pulak nak segan-segannya.... haaa MARILAH SERTAI 8SHARE sekarang jugak! :)


p/s : Sambil blogging, sambil jana pendapatan, sambil makan. Pastu runsing badan makin naik. Hahahahhaa...

Tuesday, April 1, 2014

Menu Sedap di AEON Permas Jaya

Antara tempat yang saya suka pergi shopping ialah kat AEON (Jusco) Permas Jaya, sebab kat situ cuma ada 1 level je, so takyah susah-susah nak naik lift. Hehehe... Dulu masa first jumpa dengan blogger pun kat sini jugak, kat area food court tu. So bolehlah dikatakan agak selesa jugalah kat sini. I like!


Jom tengok apa yang saya suka makan kat sini dan korang pun boleh cuba jugak tau sebab makanan ni sume memang sedap!


Grilled chicken (RM11)


Tengok gambar ni pun dah rasa meleleh air liur. Hahahaha. Yang ni memang feveret saya. Sedapnya sehingga menjilat jari dan sehingga takmo share makan dengan orang lain. Hahahaha...


Nasi ayam (RM5.70). Kalau nak tambah nasi, bayar extra RM1 je.


Kalau takde feel nak makan western, saya makan nasi ayam jer. Suami cakap biasa je nasi ayam ni, tapi tekak saya suka sangat. Hahahaha...


Chicken spagetti (RM4.90)


Saya tak pernah order benda ni. Ari tu bawak adik makan kat sini dan dia order chicken spagetti ni. Saya pun tumpanglah merasa, eh eh sedaplah pulak. Terus saya bedal sampai licin. Hahahaha... Adik saya tabah jelah dah tentu saya yang belanja. Hahahaha...


Teh tarik feveret. Tapi lupa harganya berapa.


Kalau pergi kat Jusco Permas ni, saya mesti order teh tarik kat food court dia tu. Saya suka teh tarik ni sebab ia kurang manis dan sesuai benarlah dengan tekak saya ni.


p/s : Kadang-kadang tak rasa lapar, tapi nafsu makan tu yang membuatkan saya rasa nak makan. :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Like Page Superb Vitamin For Life :)

Hubungi Saya

Name

Email *

Message *