I Love My Followers

Blog ini adalah blog peribadi yang berkisar tentang kehidupan seperti usaha untuk hamil, kehamilan, kelahiran, penjagaan semasa pantang, penjagaan dan pendidikan anak, kesihatan dan kecantikan, keibubapaan dan perkahwinan.
Topik-topik lain juga ada mengikut keselesaan penulis.

Friday, March 14, 2014

Langkawi Day 1 : Welcome to Langkawi!

13 Februari 2014


11.45 am - kami selamat sampai ke Langkawi!!! :)


Turun je kat tangga kapal terbang tu, terus rasa excited rasa nak melompat-lompat kat situ. Rasa macam jauh dari ofis dan segala macam kerja yang tak pernah habis-habis. Hahahahaha. Sukanya hatiku!!!


Masa berjalan dari kapal terbang menuju masuk ke dalam airport, saya ingat nak ambil gambar yang berlatarbelakangkan kapal terbang MAS tu. Tapi baru je nak cakap kat suami, saya nampak ada pegawai bertugas 'sound' sorang penumpang yang pun sama nak ambil gambar macam saya nak tu. Dia tak kasi amik gambar. Dia juga tegur beberapa penumpang yang lain juga. Sudahnya, tak dapatlah nak bergambar dengan kapal terbang MAS yang ku suka. Huhuhuhu...


Masuk dalam airport, terus je amik troli dan pergi tunggu luggage keluar. Memandangkan luggage kitorang tu takde diletak sebarang tanda / marking, makanya kami gigih tunggu kat bahagian yang luggage mula-mula keluar. Agak lama lah juga menunggu sambil berdiri kat situ.


Tunggu punya tunggu, luggage kami yang first sekali keluar. Hahahahaa.. Terbaikkkk!!


p/s : Nak cepat-cepat tu, tak teringat pulak nak amik gambar kat airport Langkawi. Aduyaiii...


Lepas selesai urusan luggage, saya terus call En. Anuar (kereta sewa) nak bagitau yang saya dah sampai kat airport. Rupanya, dia memang dah tunggu kat airport pun. Bila dah jumpa dan perkenalkan diri, dia bagitau,


"Kak, sorilah kereta Toyota Vios auto yang akak nak tu takde stok"

"Haaaaaa?????!!!!" (saya macam terkejut, cuba kontrol diri sendiri)

"Tapi saya gantikan dengan kereta lain untuk akak. Kereta ni baru lagi, kereta Nissan Almera auto"

"Oh ok"

"Harga macamana? Saya nak kena tambah ke? Ari tu kita janji Toyota Vios RM180 untuk 2 hari kan?"

"Takpelah kak, saya kira harga sama sebab saya dah janji harga tu dengan akak, walaupun sebenarnya Nissan Almera ni saya caj RM200++".

"Oh ok, terima kasih"

"Sama-sama kak. So setel ya?"

"Ya, terima kasih".


Baiknya orang ini. Saya rasa gembira tetiba. Hahahaha...


Then dia bawa kami jumpa kawannya, En. Hairi untuk urusan penyerahan kereta sewa. Dengan En. Hairi ni suami saya isi satu form, bayar RM180 then dia bagi kunci kereta. Dia bawa kami kat kereta tu.


Wah, cantiknya kereta ni! Suka suka suka!!


Dia tolong masukkan luggage kat bonet dan juga bagi map Langkawi kat kitorang, juga tunjukkan arah jalan ke Hotel Asia, Kuah yang kami dah book tu. Dia juga bagitau minyak kereta memang takde. Itu saya memang dah sedia maklum. Kita memang kena isi minyak kereta sendiri, dan itulah perkara pertama yang perlu kita buat lepas ambil kereta sewa di airport.


Suami drive kereta, saya duduk kat sebelah dengan Aimi, Haziq pula duduk kat belakang. Masa drive tu, rasa macam jauh sangat nak sampai ke area Kuah tu. Nak jumpa stesen minyak pun rasa susah sangat. Last-last jumpa jugak Petronas.


Terus isi minyak RM50 for half tank


Drive lagi dan drive lagi. terjumpa ini Plaza Langkawi Shopping Centre.

Ambil gambar dari kejauhan je



Selepas dalam 25-30 minit drive, akhirnya, berjumpa juga kami dengan Hotel Asia yang kami dah book awal-awal tuh. Ini dia hotelnya.

Hotel Asia ni termasuk dalam kategori hotel bajet.
Lokasinya pula betul-betul kat tepi jalan besar.


Bila dah jumpa hotel, apalagi, terus fikir nak check in lah. :)

2 comments:

Asha Lya said...

perjalanan yg menyeronokkan..tak pernah lagi lya ke langkawi

awanungu said...

bestnya g langkawi. saya belum pernah jejak g langkawi. teringin sgt.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Like Page Superb Vitamin For Life :)

Hubungi Saya

Name

Email *

Message *