I Love My Followers

Blog ini adalah blog peribadi yang berkisar tentang kehidupan seperti usaha untuk hamil, kehamilan, kelahiran, penjagaan semasa pantang, penjagaan dan pendidikan anak, kesihatan dan kecantikan, keibubapaan dan perkahwinan.
Topik-topik lain juga ada mengikut keselesaan penulis.

Wednesday, March 19, 2014

Untuk Ibu Bapa Yang Hantar Anaknya ke Tadika Jenis Shoplot (di First Floor/Second Floor) : SILA BACA

Ada satu peristiwa yang berlaku baru-baru ini yang membuatkan perut saya bergelodak ibarat kain baju yang sedang dibasuh dalam washing machine.


Memang rasa nak cerita apakah bendanya, tapi saya rasa saya tak dapat nak ceritakan sepenuhnya detailnya di sini, namun saya akan cuba olah supaya mesejnya difahami dan sampai kepada golongan sasaran.


Golongan sasaran :

1) Ibu bapa yang menghantar anak ke tadika jenis shoplot (tak kisahla sama ada tadikanya terletak di first floor atau second floor).

2) Ibu bapa yang menghantar sendiri anak ke tadika.

3) Ibu bapa yang tidak menggunakan perkhidmatan transport untuk hantar dan jemput anak dari tadika.

4) Tadika tersebut mempunyai 2 sesi pengajaran iaitu sesi pagi dan sesi petang


Situasinya begini :

Tengahari. Saya berseorangan dan menuju ke sebuah kedai. Di deretan kedai itu juga ada sebuah tadika yang terletak di first floor. Semasa saya nak menuju ke kedai, saya nampak seorang budak lelaki lengkap beruniform tadika dan menyandang beg tadikanya, berada di depan pintu grill tadika itu.


Budak lelaki itu berseorangan.


Pada masa itu, saya rasa nak terus sahaja masuk ke kedai sebab memang tujuan saya nak pergi ke kedai itu lagipun saya ni sedang mengejar masa, tapi mata hati saya terus terarah kepada budak lelaki itu. Saya perhatikan, dia tidak naik tangga untuk pergi ke tadikanya, tapi terus berjalan keluar dan melintas jalan. Jalan pun macam tak berapa betul, kira macam nak jalan ke taknak jalan. Macam konfius.


Saya cuba nak pergi kat budak tu tapi kaki ni macam melekat je kat situ. Budak tu melintas jalan dengan selamat, kebetulan takde kereta pada masa tu. Dan seramai-ramai orang yang ada kat situ, takde sorang pun yang saya nampak macam alert / tengok 2-3 kali apabila melihat seorang budak tadika berjalan seorang diri. 


Dalam masa 3 saat, saya dah tak boleh bertahan, saya pun terus lintas jalan dan berlari mengejar budak itu sebelum dia semakin menjauh. Saya pegang tangannya, dan tanya dia ke mana dia nak pergi?


"Sayang, cari siapa? Mama kat mana? Papa kat mana?"

"Situ...." (dia tunjuk ke arah perodua viva silver yang ada tak jauh di depannya. Kereta tu parking betul-betul tepi jejantas jalan besar).

Saya pulak dalam hati, rasa geram, naperlah mak bapak budak ni boleh tunggu je dalam kereta dan biarkan budak kecik ni (baru sekolah tadika hoccay!!) jalan sendiri sorang-sorang!!

Bila sampai kat kereta tu, ada seorang wanita di tempat driver, dan sorang budak kat sebelahnya.

"Anak puan ke ni?"

"Eh! Bukan! bukan! ni bukan anak saya!"

"Dah tu, anak sapa pulak?"

Saya terus dapat sense something which is not right. Maksudnya, budak ni dah kehilangan mak bapaknya dan sedang mencari mak bapaknya!!!


Masa tu pulak ada sebuah kereta bmw parking kat tepi jalan. Dalamnya ada seorang driver pompuan looking straight at me. Saya terus pimpin budak tu pergi kat dia.

"Anak puan ke ni?"

"No".


Ok fine. Satu je penyelesaiannya. Bawak budak ni balik ke tadika dia. Tekaan saya, budak ni tadika sesi pagi, habis sesi terus turun tangga dan keluar cari mak bapaknya tapi mak bapaknya takde. Tu yang dia terus berjalan sendiri. Sambil menangis tersedu sedan dan bejalan sambil konfius.


Sampai depan pintu grill tadika, saya terus naik tangga bersama budak tu. Sampai kat atas, grill atas tu kunci dan saya terus panggil guru di situ.


"Maaf cikgu, budak ni tadika kat sini kan? Saya teka berdasarkan logo di beg dia".

"Ya, kenapa puan bawa dia?"

"Cikgu, budak ni dah jalan sorang-sorang sampai dekat jejantas tepi jalan besar tu cikgu. Macamana cikgu jaga budak ni?!!" (Tetiba saya jadi geram)

Ok, no reply from the cikgu.

"Cikgu, budak ni sesi pagi ke sesi petang?"

"Sesi petang, puan".

Oh ok. Then I sense something which is different dengan tekaan saya yang mula-mula tadi. Saya teka dulu dalam hati dan cuba dapat penerangan daripada cikgu.


Lepas dah dapat penerangan daripada cikgu, barulah saya tahu yang rupanya budak ini dihantar oleh bapanya setiap hari. Selalunya bapanya hantar budak ni lewat daripada waktu sesi bermula, jadi cikgu tak tunggu dah kat pintu grill bawah tu.


Patutnya, kalau dah hantar lewat, bapanya perlu naik tangga dan hantar anaknya ke pintu grill kat atas dan serahkan anaknya pada cikgu kat atas.


Tapi apa yang berlaku, dahlah bapaknya hantar lambat, hantar pula cuma di pintu grill bawah tu dan biarkan anaknya sorang-sorang kat situ pastu terus blah macam tu jer. Tak hantar anaknya naik ke atas pun!!!


I was like - hoi ingat senang ke nak dapat anak sampai senang-senang je tinggal dia macam tu??!!


Dan yang lebih mengharukan, benda ini bukan pertama kali berlaku. Cuma yang sebelum ni, takdelah budak tu jalan sorang-sorang sampai melintas jalan.


Apa yang saya dapat daripada peristiwa ni ialah :


1) Ibu bapa yang hantar anak ke pintu grill tadika kat bawah tu perlu pastikan ada cikgu yang menyambut / menunggu kat sana. Tengok juga anak naik tangga sampai ke atas. Kalau lagi bagus, pimpin anak naik tangga sampai ke atas.


2) Kalau dah tahu hantar anak lewat daripada sesi belajarnya, sila hantar anak ke muka pintu grill atas tu dan pastikan ada cikgu yang menyambut anak.


3) Jangan terus turunkan anak daripada kereta dan blah macam tu je. Pastikan dia menuju masuk ke tadikanya dengan selamat. Budak ni baru umur dalam 4-6 tahun, what do you expect from them, kan?


4) Sentiasa berbincang / bertanya dengan cikgu-cikgu sekiranya ada sebarang masalah daripada pihak ibu bapa  berkaitan dengan anak-anak (contoh macam hantar anak lambat, amik anak lambat etc.)


5) Kenali anak anda. Kalau tau dia masih pelat atau pertuturannya masih belum lancar, bermakna dia perlu "dipimpin" hingga ke akhirnya iaitu bermula daripada hantar ke tadika hinggalah dia selamat sampai ke tangan cikgu.


Saya masih terfikir, sekiranya saya tidak berlari mengejar budak tu, apakah yang akan terjadi kepadanya? .

10 comments:

Rai Ourkizuna said...

hoi!! marah gila aku baca weh.. aduhaii.. geram..nasib baik jumpa orang baik hati cam ko..buatnya jumpa orang jahat..saja kena jual kan budak tu.. nangis pun takde irama..

aku pun hantar ambik sendiri anak..tapi bukan jenis shoplot la.. tapi aku tengok ada satu tadika sini yg jenis shoplot..mmg cikgunya tunggu depan..tapi mungkin kalau dah lewat diorang pun tak tunggu.. so mmg tanggungjawab ibu bapa la nak pastikan anak2 sampai kelas dengan selamat.. grr.. geram weh..

risau tahun depan aqil masuk sekolah rendah..takut sampai lambat lepas tu dia menonong nonong kan.. bebudak..

fifi said...

Eh takutnya.risaulah benda gini

Norhasniza Khalid said...

macam-macam, kena hati hati lepas ni

aizamia3 said...

Alhamdulillah jumpa seseorang yang bertanggungjawab macam awak.. tak terbayang rasanya kalau budak tu terus hilang..

psstt: kalau kena kat saya.. waktu dekat budak tu nak balik untuk sesi petang, tunggu sekali sampai bapaknya amik dan 'sekolahkan' pulak bapaknya sebab pihak tadika tu belum tentu sempat/ada masa nak slow dengan bapaknya..

cinta said...

adui. nak gugur jantung baca ni.

wawa syaida said...

kita yang baca ni pun rasa risau...sian budak tu...kecik lagi tu...klu dibiarkan setiap kali hantar ambil mudah camtu, takut jadi sst yang tak sepatutnya

diana said...

mak bapak jenis ada anak seratus orang kat rumah kot..satu pergi 99 ada lagi..hahaha..



Rinah said...

Tahniah kerana anda seorang yang prihatin :D

OMG! Tak tahu nak cakap macam mana.
Apa pun harap kejadian ini jadi iktibar buat semua dan diri Rinah sendiri juga.

Mar Mansor said...

sedihnya baca...

Siti Munirah said...

berhati-hatilah dan sentiasa pastikan keselamatan anak-anak diutamakan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Like Page Superb Vitamin For Life :)

Hubungi Saya

Name

Email *

Message *