I Love My Followers

Blog ini adalah blog peribadi yang berkisar tentang kehidupan seperti usaha untuk hamil, kehamilan, kelahiran, penjagaan semasa pantang, penjagaan dan pendidikan anak, kesihatan dan kecantikan, keibubapaan dan perkahwinan.
Topik-topik lain juga ada mengikut keselesaan penulis.

Thursday, March 13, 2014

Langkawi Day 1 : Transit di KLIA Sebelum Meneruskan Penerbangan ke Langkawi

13 Februari 2014


Alhamdulillah. Selamat mendarat di KLIA pada jam 9.25 am. :)


Masuk je dalam KLIA tu, kepala jadi pening. Bukan pening sebab apa, sebab KLIA tu besar sangat rasa macam jauhnya nak jalan. Di KLIA ni kami transit untuk tempoh lebih kurang sejam sebelum meneruskan penerbangan ke Langkawi dengan flight MH1438 pada jam 10.45 am.


Benda pertama kami buat masa sampai kat KLIA tu ialah - cari toilet untuk ganti pampers Aimi sebab rasa pampersnya macam dah berat sangat. Kemudian kami pergi ke kaunter penerangan MAS Airlines untuk mengesahkan gate untuk berlepas. Dalam boarding pass dinyatakan gatenya adalah B9.


Tup-tup, petugas bagitau yang gate ditukar kepada B2. Fuh, nasib baiklah kami tanya, kalau tak, jenuhlah menunggu kat B9. Perjalanan daripada B9 ke B2 sangatlah jauh rasanya. Penat berjalan, kami lalu kat eskalator yang menegak tu. Pastu sambung jalan lagi. Dengan dukung anak, dengan begnya, serius memanglah penat.


Sampai kat B2 masa tu dah pukul 10.00 am. Gate opens at 9.45 am and close at 10.25 am (20 minutes before departure time). Masa kami masuk tu, nampak ramai sangat pelancong luar semuanya sama nak pergi ke Langkawi. Sambil menunggu kat situ, saya terus call agen kereta sewa di Langkawi (yang saya dah book terlebih awal), memaklumkan yang kami akan naik flight sebentar lagi.


Tepat jam 10.30 am, kami dipanggil masuk, biasalah ada anak kecil dapat masuk dulu. Masa ni, cuaca kat luar tu dah terasa agak panas. Aircond dalam flight tu seolah tak terasa. Jadi saya dan suami terus tanggalkan sweater, termasuklah Aimi. Tapi Haziq still nak pakai sweater katanya.


Masuk je kapal terbang, Aimi dah merengek nak tidur. 
Alhamdulillah, Aimi tidur sepanjang penerbangan. :)


Oh ya, kalau kita bawa infant, kita akan diberikan extra seat belt untuk infant, iaitu bersambung dengan seat belt kita.


Terbang di awan biru


Langkawi, kami datang padamu!!! :)


3 comments:

Mizz Aiza (Dunia Kecil) said...

nasib baik tanya.. kalau tak jauh pula kena jalan tu.. aiza tak pernah lagi sampai di langkawi..

Az Ian said...

kalau transit nie luggage kita tak payah setelkan kan?nanti terus masuk untuk ke next destination kan?


Siti Munirah said...

Reply Untuk Az Ian,

Ye, tak perlu setelkan luggage lagi, semua dah masuk ke ruangan kargo terus ke Langkawi. :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Like Page Superb Vitamin For Life :)

Hubungi Saya

Name

Email *

Message *