I Love My Followers

Blog ini adalah blog peribadi yang berkisar tentang kehidupan seperti usaha untuk hamil, kehamilan, kelahiran, penjagaan semasa pantang, penjagaan dan pendidikan anak, kesihatan dan kecantikan, keibubapaan dan perkahwinan.
Topik-topik lain juga ada mengikut keselesaan penulis.

Saturday, March 15, 2014

Langkawi Day 1 : Survey Tempat Menarik di Kuah Langkawi

13 Februari 2014


Bangun tidur, dah pukul 6.00 pm. Terus kelam kabut menyiapkan diri untuk solat jamak taakhir. Pastu cepat-cepat siapkan anak-anak kasi comel dan wangi-wangi sebab pasni nak pergi berjalan lagi.


Sebelum pergi dinner, kami jalan-jalan di area Kuah Langkawi. Memandangkan hari dah malam, kami cuma jalan-jalan dalam kereta je sambing "marking" tempat-tempat best kat situ yang kami akan pergi keesokan harinya.


Tempat yang wajib pergi - mestilah ke Dataran Lang, dataran yang ada burung helang besar tu, menandakan kami sekeluarga dah pun menjejakkan kaki ke Langkawi. Ceeewahhh...


Antara tempat yang kami survey di situ :

1) Jetty Point
2) The Westin Spa & Resort
3) Dataran Lang
4) Taman Lagenda
5) Langkawi Fair Shopping Mall
6) Restoran Pantai Penarak
7) Kedai-kedai di area Pandak Mayah (banyaknnya kedai, terus rasa nak shoppinnggggg)
8) Kedai Coklat Haji Ismail Group


Masa ni, memang langsung takde amik gambar pun, sebab survey melalui driving je. Hehehehe...


Sebelum dinner, singgah kejap kat kedai coklat Haji Ismail Group seperti yang gah diceritakan oleh ramai blogger yang pergi ke Langkawi. Tapi saya heranlah, apsal la kedai nye kecik sangat? Tak nampak pun kompleks seperti yang ramai blogger ceritakan tu. Tapi sebab dah malam, kami kiv dulu segala persoalan.


Turun je dari kereta, terus serbu kedai coklat tu.


Heavennnn!!!


Saya ni bukan reti sangat makan coklat / gula-gula, tapi bila masuk kedai ni dengan tetibanya saya rasa diri saya ni ialah chocolate lover!


Masa ni, saya cuma beli Vochelle Almond, Daim Snacx dan Pringles. Then terus menuju ke tempat makan untuk dinner pulak. :)


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Like Page Superb Vitamin For Life :)

Like Page Love Natuwrel :)

Hubungi Saya

Name

Email *

Message *