I Love My Followers

Blog ini adalah blog peribadi yang berkisar tentang kehidupan seperti usaha untuk hamil, kehamilan, kelahiran, penjagaan semasa pantang, penjagaan dan pendidikan anak, kesihatan dan kecantikan, keibubapaan dan perkahwinan.
Topik-topik lain juga ada mengikut keselesaan penulis.

Wednesday, March 12, 2014

Langkawi Day 1 : Sila Buat Tanda / Marking Pada Luggage Anda

13 Februari 2014


Ok, sebelum check in, harus lalui pemeriksaan kastam dulu. Sebelum kastam check, saya tanya kat suami,


"Abg, ade tak buat apa-apa tanda / marking kat luggage kita?"

"Ada". Terus suami keluarkan kertas, pen dan saletip.

"Nak buat apa ni bang?"

"Nak buat tandalah"

"La, ingat abg dah buat kat rumah. Saletip ni mana leh melekat kat beg ni bang"

"Bolelah"

"Tak boleh"

"Abg cakap boleh. Tengok je abg buat"


Suami saya tulis nama dia besar-besar kat kertas. Actually, bukan kertas tau, tapi sampul surat astro. Saya rasa nak tergelak tapi tahan je. Nak tengok suami buat apa yang dia nak buat.


Lepas tu, suami lekapkan kertas dan saletip tu kat luggage kitorang. Memang langsung tak lekat. Saya dah sakit perut menahan gelak.


"See, kan orang dah cakap tak lekatla bang"

"Alah, boleh pusing dua tiga kali"


Suami pun gigihla nak lilit saletip tu kat luggage. Tapi ini luggage ok. Besar tau. Sudahnya, belum habis melilit saletip, die tertolak luggage tu. Saletip dan sampul surat astro terus tertanggal.


Saya dah tak mampu nak menahan gelak. Teruslah gelak terbahak-bahak kat situ. Suami saya terus cakap,


"Sayang memang pandai. Sebab tu abg sayang sayang". Dan suami pun terus gelak tersipu-sipu.


Teruslah lagi saya gelak. Well, kita org pompuan, kita tengok jenis luggage dan jenis saletip tu pon kita dah tau dia takleh melekat, betul tak? Last-last saya minta tolong suami tulis nama kat kertas kecik yang memang disediakan kat luggage tu. Tak sempat dah nak buat tanda-tanda bagai. :)


Tanda ni penting sebab :

1) Bila nak amik luggage nanti, senang kita kenalpasti yang mana satu luggage kita berdasarkan tanda yang kita buat.

2) Untuk membezakan luggage kita dengan luggage orang lain.

3) Supaya orang tak tersalah ambil luggage kita.


Jadi, sila lah buat tanda atau marking pada luggage anda. Camne cara nak buat tu, terpulanglah kepada kreativiti masing-masing. :)

3 comments:

Irfa said...

ADA YG BEG DAH 5/6 KALI PUSING PUN DIA TAK AMBIK SBB IGTKAN BEG KALER BIRU, RUPANYA KALER MERAH ;)

Ayu Zan said...

pakai reben pun ok kan..

Norhasniza Khalid said...

singgah jenguk kak uni..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Like Page Superb Vitamin For Life :)

Like Page Love Natuwrel :)

Hubungi Saya

Name

Email *

Message *