I Love My Followers

Blog ini adalah blog peribadi yang berkisar tentang kehidupan seperti usaha untuk hamil, kehamilan, kelahiran, penjagaan semasa pantang, penjagaan dan pendidikan anak, kesihatan dan kecantikan, keibubapaan dan perkahwinan.
Topik-topik lain juga ada mengikut keselesaan penulis.

Wednesday, March 12, 2014

Langkawi Day 1 : Selamat Pagi! Hari Ini Kita Akan Pergi ke Langkawi!

13 Februari 2014

Waaaa seronoknya!! Bangun pagi siap dah tersenyum lebar bagai apa. Punyalah seronok kerana hari yang dinanti-dinanti sudah tiba. :)


Kami berdua bangun pukul 4.30 am. Awal kan? Actually takdelah awal mana pun kalau nak keluar rumah pukul 6.15 am. Lagi pulak nak siapkan anak kecik 2 orang, nak layan kerenah diorang lagi, dengan saya dan suami nak bersiap lagi, so waktu tak sampai 2 jam tu dikira singkat je.


Tapi yang amazingnya, Haziq dan Aimi, kedua-duanya takde meragam langsung. Mungkin sebab beberapa hari sebelumnya saya banyak bagitau diorang yang kita nak naik kapal terbang kat awan, kita nak gi jalan-jalan sama-sama dan macam-macam lagi. Malam sebelum tidur pun, saya siap pesan, esok Haziq bangun awal ya, kita nak naik kapal terbang tau.


Dan itulah hasilnya, anak-anak saya bangun dengan mudah, tanpa menangis dan tanpa meragam (pentingnya kita sebagai ibu bapa pesan yang baik-baik untuk anak sebab in Shaa Allah mereka mendengar dan mudah faham apa yang kita nak sampaikan).


Bab barang-barang dah setel. Saya siapkan anak-anak dulu (Haziq mandi, Aimi lap-lap badan je), bagi diorang minum susu dan tengok kartun dulu sambil saya dan suami bergilir-gilir menyiapkan diri. Tapi biasalah, dah namanya menyiapkan anak, haruslah bermanja-manjaan seperti biasa.


Finally, pukul 6.45 am jugak keluar rumahnya! Errkkk...


Suami saya gelak je tak habis-habis. Saya pun, gelaklah sama. Punyalah planning bagai, last-last keluar lambat jugak. Suami siap cakap, "Sayang, kita ni travel dengan anak, bukan travel berdua je".


Saya pun gelak jelah. Itulah kehidupan kami sekarang. :)


Sambil drive, suami pesan lagi, "Percutian kali ni, jangan sesekali sebut pasal ofis dan pasal kerja. Hanya cerita tentang kita sekeluarga dan percutian kita sahaja. Janji?"


"Janji" saya senyum lebar. (Lebar lagi).


Pukul 7.10 am, kami sampai di airport. Suami turunkan saya, Aimi dan barang-barang kami iaitu 2 luggage dan 1 bagpack. Dia dan Haziq pula pergi parking kereta.


Masuk je dalam airport, sejuk je rasa, yelah memang sejuk pun airport tu ditambah pula dengan cuaca awal pagi. Memandangkan tak pernah bercuti naik kapalterbang, makanya kami jadi blur-blur kat mana tempat nak check in. Mundar mandirlah kami kat situ. Nak tanya kat orang, tapi, maluuuuu.....


Dok mundar mandir tu, tetiba dengar orang jerit, "Munirah!!!"


Eh, sapa pulak jerit nama saya pagi-pagi buta ni?


"Eh, Hxxxx!!"


Oh yes, kawan lama saya rupanya. Tak sangka pulak boleh jumpa kat situ. Dia nak pergi ke Langkawi jugak tapi dia tak naik MAS Airlines. Borak punya borak, saya terus tanyelah, camne nak check in, nak masuk boarding hall dan semuanyalah. Kawan saya pun tunjukkan satu-satu. Bestnya!!


Lepas tu, senanglah urusan kami. Seronoknya! :)

1 comment:

Ayu Zan said...

hihihi.. mmg pening kan xpenah naik flight. ayu dulu naik flight pun rmbongan.. ada guide..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Like Page Superb Vitamin For Life :)

Like Page Love Natuwrel :)

Hubungi Saya

Name

Email *

Message *