I Love My Followers

Blog ini adalah blog peribadi yang berkisar tentang kehidupan seperti usaha untuk hamil, kehamilan, kelahiran, penjagaan semasa pantang, penjagaan dan pendidikan anak, kesihatan dan kecantikan, keibubapaan dan perkahwinan.
Topik-topik lain juga ada mengikut keselesaan penulis.

Monday, March 31, 2014

Sedekah dan Sampul Duit Raya

Saya ni, daripada dulu lagi, ada satu habit yang apabila saya bagi duit kat orang, saya takkan bagi direct macam tu je. Saya mesti letakkan duit tu dalam sampul duit raya terlebih dahulu then barulah bagi kepada orang yang saya nak bagi tu.


Ini termasuklah bagi duit kat ibu bapa, mertua, adik beradik, atuk dan nenek, anak sedara dan sapa-sapa je lah, termasuk juga untuk bayaran bulanan babysitter dan yuran tadika Haziq, tetap saya masukkan dalam sampul duit raya.


Alasannya, saya tak mahu wang itu dilihat oleh orang yang tidak sepatutnya. Cukuplah hanya Allah, saya dan penerima wang tersebut yang tau isi kat dalam sampul tu. Orang lain, cukuplah sekadar tengok sampul je. Hehehehe...


Kemudian, semenjak dua menjak ni, saya semakin meluaskan lagi penggunaan sampul duit raya ni iaitu apabila waktu nak bersedekah. Kalau kita sedekah kat masjid, kita boleh terus masukkan duit tu dalam tabung kan.


Tapi kalau kita sedekah kat orang (bagi direct duit tu kat tangan dia), belum sempat kita beredar dari tempat tu, orang lain pun boleh tengok berapa jumlah duit yang kita sedekahkan.


"Eh, dia derma sepuluh ringgit jer?"

"Eh, banyaknya dia derma lima puluh ringgit?"

"Eh, dia ingat duit lima ringgit tu boleh beli apa?"


Dan, itulah yang saya nak elakkan! Saya taknak orang tahu berapa jumlah yang saya sedekahkan.


So, inilah tips mudah bersedekah cara saya - iaitu dengan memasukkan duit yang nak disedekahkan tu ke dalam sampul duit raya. Orang takkan tahu berapa jumlahnya, kan?


Korang boleh lihat sampulnya, tapi takkan tahu berapa jumlah di dalamnya


Setiap bulan, saya akan peruntukkan sejumlah wang untuk bersedekah. Dan daripada jumlah itu, saya bahagi-bahagikan sama rata dalam beberapa sampul duit raya dan lekatkan.


Sampul ni memang saya standby dalam handbag. So ke mana pun saya pergi, dan kalau kata saya nak bersedekah, takde alasan tak cukup / takde duit, sebab saya dah allocate kan duit untuk bersedekah.


Just keluarkan satu sampul dan hulurkan pada penerima, dengan niat sedekah. In Shaa Allah. Moga ia membantu saya di 'sana' nanti.


Bila tiba bulan depannya, saya buat lagi perkara yang sama, berulang-ulang sehingga ia menjadi rutin saya. Dengan cara ini, saya merasakan betapa mudahnya nak bersedekah dan yang lebih baik, ia dapat membantu saya untuk mengelakkan timbulnya rasa riak apabila bersedekah.


Oh ya, nak citer satu cerita kat korang yang berkaitan dengan sedekah dan sampul duit raya ni.


Tahun lepas, masa tu saya nak pergi bayar zakat kat kaunter zakat pusat bandar Pasir Gudang tu. Tengah beratur tu, saya nampak seorang budak lelaki tak pasti berapa umurnya, dia duduk dalam stroller. Ada macam-macam alat yang dipasang kat tubuh badannya. Sayu hati saya tengok keadaan dia sebab dapat rasa budak lelaki tu macam tengah sakit sangat.


Ibu bapanya ada kat situ sebab nak mohon bantuan zakat untuk keluarga mereka. Kiranya diorang ni orang susahlah. Saya tak pasti apa yang bapanya bincangkan dengan orang kaunter tu, sebab saya kat kaunter sebelahnya untuk urusan saya pulak.


Selesai urusan saya, saya tengok, urusan diorang tak setel lagi. Saya pula ada hal lain lepas tu, so nak kene beredar dengan segera lah. Tapi dalam hati ni, nak tau sangat-sangat apa penyakit budak ni.


So, saya beranikan diri menegur mak dia. At first, tak tau nak panggil orang tu makcik ke, kakak ke sebab tak reti nak agak berapa usianya. So, saya panggil puan jelah.


Saya : "Assalamualaikum puan, saya Munirah"

Ibu budak lelaki tu : "Ya, Waalaikumussalam"

"Maaf lah kalau saya bertanya. Kalau puan rasa kurang selesa dengan pertanyaan saya, puan abaikan sahaja, saya faham"

Dia angguk.

"Boleh saya tau apa sakit anak puan?"

"Dia sakit........"

Panjang lebar penerangan puan tu. Saya pun tak berapa faham. Dia siap tunjukkan surat dari hospital. Yang saya faham, budak tu sakit yang berkaitan dengan jantung dan paru-paru.


"Oh begitu ya. Puan, beginilah, saya sebenarnya ada urusan lain, tapi inilah, harap Puan sudi terima ini untuk anak Puan. Tak banyak yang dapat saya bantu. Saya harap Puan sudi terima, dan selebihnya, saya akan berdoa banyak-banyak moga anak Puan cepat sembuh" (Saya hulurkan sampul duit raya yang memang dah ada dalam handbag saya).

"Terima kasih dik. Terima kasih banyak-banyak" (dan ibu tu terus menangis sambil mengesat air mata dengan hujung tudungnya).

"Maaf, jumlahnya tak banyak Puan. tapi inilah yang saya mampu"

"Terima kasih banyak dik" (Berulang kali dia ucap begitu sambil menggenggam erat tangan saya. Saya faham apa maksudnya. Dia sangat menghargai, kerana dia sangat mengharapkan bantuan, untuk anaknya).

"Sayang, acik doa sayang cepat sembuh ya. Ni acik bagi untuk beli ubat ye sayang. Sayang cepat sihat ya sebab ibu dengan ayah sayang sangat dengan sayang" ucap saya pada budak lelaki tu.

Saya pun hulur satu lagi sampul untuknya, budak tu tersengih suka, dan saya terus beredar.


Kat situ ada ramai orang, yang memerhatikan kami. Tapi saya rasa ok, sebab pastinya diorang tak tau berapa jumlah yang saya bagi. Hanya Allah sahaja yang mengetahuinya, dan itu sudah mencukupi.

5 comments:

Asha Lya said...

dapat tips cara nak brsedekah..tq kak atas prkongsian..sekurangnya org lain tak tahu kan brapa jumlah yg kita sedekah.yg penting niat kita ikhlas nak membantu

Rai Ourkizuna said...

practice yg sangat bagus uni.. mak aku pun mmg letak duit dlm sampul.. tapi aku rasa siapkan dalam sampul awal2 macam ko buat mmg bagus di praktikkan.. insya allah nak try nanti..

sarah said...

good idea..boleh praktik nih..

Amanda Suria said...

SA pun suka guna cara ni..selalunya mcm ni la..tu sebab dalam handbag kena ada sampul duit raya ni....

Ayu Zan said...

tenkiu kak. sbb kasi sy idea bernas.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Like Page Superb Vitamin For Life :)

Like Page Love Natuwrel :)

Hubungi Saya

Name

Email *

Message *