I Love My Followers

Blog ini adalah blog peribadi yang berkisar tentang kehidupan seperti usaha untuk hamil, kehamilan, kelahiran, penjagaan semasa pantang, penjagaan dan pendidikan anak, kesihatan dan kecantikan, keibubapaan dan perkahwinan.
Topik-topik lain juga ada mengikut keselesaan penulis.

Wednesday, March 12, 2014

Satu Hari Sebelum Berlepas ke Langkawi

Hari Rabu 12 Februari 2014. Tepat 5.30 pm, saya terus kuar ofis takmo berpatah ke belakang lagi. Hahahahaha... dalam hati dah excited bebenor dah ni nak pergi bercuti ke Langkawi. Dah excited sangat ni nak naik kapal terbang dengan suami dan anak-anak. First time experience gitu with the loved ones. :)


Malamnya, kami takdelah kelam kabut sangat nak packing barang sebab boleh dikatakan dah 90% siap packing. Cuma tinggal barang yang kecil-kecil je.


Flight kami pada 13 Februari 2014 tu ialah pada pukul 8.40 am. Nak tau tak? Mama saya suruh kami bergerak ke airport sebelum Subuh tau. Dia suruh kami solat Subuh kat airport je. Dia cakap jangan main-main dengan flight ni, apatah lagi dengan harga tiket yang mahal tu, kalau terlepas flight, memang menangislah. Hua hua hua.


Saya pulak, bab-bab ni memang tak tau. Jadi saya suruh suami tanya kawan-kawan dia tentang time arrangement dari rumah kami ke airport. Berapa minit drive? Nak lalu jalan mana? Nak lalu highway mana? Nak call teksi datang ke rumah ke macamana?


Akhirnya, lepas dah dapat semua info, suami buat keputusan untuk kami solat Subuh di rumah dan drive terus ke airport. Means, naik kereta sendiri dan park kereta kat sana sampailah hari Sabtu nanti.


Saya pulak dok risau, sempat ke lepas Subuh baru keluar rumah, Subuh kan masuk lewat nak dekat pukul 6.00 am, bla bla bla bla.....


Suami cakap, dia konfiden bab time arrangement ni dan saya tak perlu risau. Cuma dia cakap, kita kena bangun awal, pastikan semua barang cukup dan siap packing takde tinggal apa-apa, lepas solat Subuh, terus keluar rumah. Katanya paling lambat akan ambil masa 30 minit sahaja untuk sampai airport dan kita boleh keluar rumah pukul 6.30 am. Pukul 7.00am dah sampai airport. Kira ok lah tu untuk check in, katanya.


Tapi saya risau takut tak sempat, saya cakap 6.15 am mesti keluar. Suami iyakan aje sambil senyum (senyum sebab faham bebenor kerisauan bininya ni).


So malam tu, kami sekeluarga tidur awal rasanya dalam 9.30 ke 10.00 pm macam tu dah tidur. Yang penting anak-anak kena cukup tidur kalau tak meragam lah pulak kena bangun awal pagi esoknya. :)

2 comments:

siti alfakhishah aman said...

naik airasia memang kena sampai 2/3 jam awal.. sebab mereka sukahati je tak bagi tau nak fly awal/lambat.. bg notis pon last minit.. kalau lambat xpe kan.. ni cepat.. boleh datang amukan nanti..

Ayu Zan said...

akak naik ikut senai eh..tiket RM bape kak

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Like Page Superb Vitamin For Life :)

Hubungi Saya

Name

Email *

Message *