I Love My Followers

Blog ini adalah blog peribadi yang berkisar tentang kehidupan seperti usaha untuk hamil, kehamilan, kelahiran, penjagaan semasa pantang, penjagaan dan pendidikan anak, kesihatan dan kecantikan, keibubapaan dan perkahwinan.
Topik-topik lain juga ada mengikut keselesaan penulis.

Thursday, March 13, 2014

Langkawi Day 1 : Sarapan Pagi di KFC Airport Senai

7.50 ke 8.10 am - Ada lebih kurang 20 minit sebelum masuk ke boarding hall.


Kami terus pergi ke KFC kat airport Senai tu. Sebelum tu, tertanya-tanya, mahal ke breakfast kat airport ni? Kalau mahal, cukuplah sekadar isi perut je. Hehehehe...


Masuk je dalam KFC, lega sebab tak ramai orang dan tak perlu beratur panjang. Tengok kat menu tu, tak tau nak order apa sebab sebenarnya tak pernah pun beli breakfast kat KFC sebelum ni. Hehehe...


Tengok-tengok, ada burger yang isinya telurnya dan keju. Saya ambil tu 2 set plus hot milo. Rasanya dalam RM9++.


Oh ya, untuk Haziq, memang standbykan air kotak milo (6 kotak) yang dibawak bersama untuk travel ni. Ari tu baca kat blog mana entah, katanya 1 kotak air milo biasa tu harga rm6 kalau beli kat airport. Mahalnya! Tu sebab kami beli air kotak standby. :)


Sedap juga burger tadi walaupun saiznya agak comel. Dapatlah juga mengalas perut di pagi hari ni. Sori ya, tak sempat nak amik gambar tengah makan sebab sedap sangat makan burger tu (nama burger pun tak tau. hehehehe...)


Dah sudah makan, sempatlah amik sekeping dua gambar.


Permata hatiku sedang khusyuk mendengar pesanan Abahnya. :)
Pendek kan rambut kedua-dua Haziq dan Aimi, baru potong semata-mata nak pergi bercuti


Mama with her little girl Aimi.
Setompok bunga di kepala Aimi, kejap ada kejap hilang. :)


Lepas makan, terus pergi ke toilet dulu dan kemudiannya bersiap sedia untuk masuk ke balai berlepas! :)

2 comments:

Sheila Salim said...

Assalamualaikum kak, selamat pagi. salam singgah dan klik tabung untuk anak2 akak. hehehee... lama tak makan kfc kak Y____Y

PeRdU cINta said...

Alhamdulillah....PC tak ada pengalaman lagi makan di mana mana airport...tapi kalau ikut pengalaman kawan kawan memang mahal harganya...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Like Page Superb Vitamin For Life :)

Hubungi Saya

Name

Email *

Message *