I Love My Followers

Blog ini adalah blog peribadi yang berkisar tentang kehidupan seperti usaha untuk hamil, kehamilan, kelahiran, penjagaan semasa pantang, penjagaan dan pendidikan anak, kesihatan dan kecantikan, keibubapaan dan perkahwinan.
Topik-topik lain juga ada mengikut keselesaan penulis.

Saturday, March 15, 2014

Langkawi Day 2 : Sarapan Pagi di Depan Kompleks Haji Ismail Group (HIG)

14 Februari 2014


Hari ini saya bangun awal. Awal tak awal tu, dalam pukul 6.00 am. Lebih kurang macam hari-hari biasa. Lepas mandi dan solat Subuh, saya packing barang untuk dibawa dalam bag pack.


Actually bag pack ni lebih kurang macam diaper bag je sebab isi kandungannya hanyalah baju spare Aimi dan Haziq, pampers, wet wipes, cot sheet dan air mineral. Untuk perjalanan hari ni, saya letak juga baju spare untuk suami, beberapa helai tuala kecil dan tuala mandi serta baju mandi untuk Haziq, Aimi dan suami. Plannya nak pergi main air kat Pantai Cenang petang nanti.


Lepas tu baru saya kejutkan suami bangun tidur, disusuli dengan menyiapkan anak-anak. Alahai, seronoknya perasaan ni bila pergi bercuti bersama suami dan anak-anak yang disayangi, tanpa perlu fikir pasal benda lain pun. :)


Baju yang nak dipakai hari ini, saya dah gosok malam tadi sebelum tidur. Kat hotel ni, kita boleh request iron dan iron board, without extra charge.


Destinasi pertama yang kami tujui, ialah raon-raon lagi di kawasan hotel kami tu. Terjumpalah Rams Decor.


Segala jenis pinggan mangkuk ada jual kat sini. Murah beb!


Kemudian, kami pergi sarapan kat satu medan selera ni. Masa tengah parking tu, baru nampak satu bangunan besar warna hijau. Bila diteliti, inilah dia Kompleks Haji Ismail Group (HIG) yang jual coklat murah-murah tu!!!! Terus saya "diserang" perasaan excited yang amat. Hahahahaaaa....


Kami terus order makanan kat situ. Dia ade 2 kedai. Campur-campur order je.

1) Nes o panas
2) Teh tarik
3) Milo suam
4) Nasi lemak 1 bungkus
5) Mee goreng dan ayam goreng
6) Roti canai kosong 2 dan kari kambing

Total dalam RM12++. Oklah tu. :)

Haziq makan nasi lemak lauk telur. Telurnya dah dimakan dulu. 
Sambalnya pun ok, tak pedas.


Suami makan roti canai. Sedap katanya. Kari kambing tu pun sedap.


Kami makan kat kedai yang kerusi coklat tu.


Bergambar depan bangunan hijau Kompleks HIG. Rupanya siap ada hotel sekali.


Next destination : Oriental Village! :)

8 comments:

Alinx Al Juma said...

hi, salam perkenalan kembali :) selain http://muzikhati.blogspot.com, linx ada lagi blog lain = http://akudanherbalife.blogspot.com

kt muzikhati xde blog list, tp linx dah put ur blog dlm akudanherbalife punya list.

anyway, cuti2 kt langkawi ye? aritu linx kat langkawi gak 12 - 15 march.

till next time, take care ye.

Sheila Salim said...

Assalamualaikum kak. wahh bestnya. tak pernah lagi mai penang. hihi ~~~

❤Kamsiah❤ said...

singgah,follow & klik nuff kat sini...salam kenal tuan rumah

Rai Ourkizuna said...

ibu mithali sungguh.. siapkan barang dulu baru kejut.. bagus gila..

Mar Mansor said...

HIG memang glamer kan

Nurul said...

Bestnya jalan2 ke Langkawi... Last pi Langkawi aritu tahun 2011... ^__^

aizamia3 said...

dah lama tak pergi Langkawi..

Soleh Kamarulazizi said...

Assalamualaikum. Semalam baru try gearbox di sana Daging siap potong dari tulang..memang sedap

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Like Page Superb Vitamin For Life :)

Hubungi Saya

Name

Email *

Message *