I Love My Followers

Blog ini adalah blog peribadi yang berkisar tentang kehidupan seperti usaha untuk hamil, kehamilan, kelahiran, penjagaan semasa pantang, penjagaan dan pendidikan anak, kesihatan dan kecantikan, keibubapaan dan perkahwinan.
Topik-topik lain juga ada mengikut keselesaan penulis.

Wednesday, March 12, 2014

Langkawi Day 1 : Pemeriksaan Kastam, Check In dan Masuk ke Balai Berlepas

13 Februari 2014


Untuk yang baru pertama kali nak menaiki kapalterbang, diharap catatan saya yang tak seberapa ni boleh membantu anda semua. Tapi sorrylah ya, tak sempat nak ambil gambar banyak-banyak pada masa ini.


Pukul 7.40 am, kami melalui pemeriksaan kastam.


Pemeriksaan Kastam

Di tempat ni, luggage dan bag pack diletakkan ke atas conveyor yang akan bergerak dan isi kandungan beg kita tu akan diimbas (scan). Selalunya kat sini takde apa-apa isu pun, selepas kastam check, diorang akan lekatkan satu sticker kecil kat beg kita tu.



Check in

Kaunter check in mengikut syarikat penerbangan. 
Jadi sila beratur mengikut syarikat penerbangan yang anda sudah beli flight ticketnya.



Lepas tu, kami terus pergi ke kaunter untuk check in. Bestnya sebab tak ramai orang jadi tak perlu beratur panjang. :)


Check in ni maksudnya, kita daftar masuk diri kita sebagai penumpang dan barang-barang kita ke bahagian kargo (2 luggage). Tak silap saya, untuk luggage tak boleh lebih 30 kg. Luggage saya ringan je. Cuma luggage anak-anak penuh sendat dengan baju. :)

Peraturan bagasi kabin untuk MAS Airlines

Kalau ikut gambar ni, ia menerangkan tentang beg yang kita boleh bawak masuk ke dalam flight. Kita boleh bawak luggage kecik yang tak melebihi 7 kg, beserta salah satu sama ada beg tangan ATAU beg kamera ATAU beg komputer riba.


Kitorang pulak ada 2 luggage so ini dah selamat ke ruang kargo. Untuk hand carry, kami ada 2 sling bag dan 1 bag pack.


Untuk check in ni, kita perlu sediakan :

1) IC untuk setiap penumpang (mykid untuk anak-anak)
2) Tiket


Lepas tu, petugas kaunter pulangkan semula IC dan tiket kami dan berikan kami 4 keping boarding pass (JHB-KLIA) dan 4 keping boarding pass (KLIA-Langkawi). Untuk makluman, tiada flight direct from JHB-Langkawi, jadi kami perlu transit di KLIA terlebih dahulu sebelum pergi ke Langkawi.


Ini boarding pass yang telah dikoyak kat tepinya, menandakan kami dah selamat masuk ke dalam kapal terbang :)


Bila dah dapat boarding pass ni, jangan tersengih je tau. Jangan pula terus disimpan passnya ke dalam kocek. Sila teliti dulu maklumat dalam boarding pass tu :

1) Nama setiap penumpang betul ke tak mengikut IC

2) Nombor flight - Untuk kami, MH1038.

3) Seat - kami dah pilih seat awal-awal masa beli ticket dulu. Oleh kerana Aimi infant, takde seat sendiri dan duduk kat riba saya je. :)

3) Pintu berlepas - Untuk kami, G2. Kat airport Senai ni, cuma ada 4 pintu berlepas je dan jarak antara satu pintu ke satu pintu yang lain takdelah jauh sangat. Tapi kalau kat KLIA, ada banyak pintu tau. Jangan sampai tersesat.

4) Gate opens - Ini menandakan pukul berapa anda boleh masuk ke boarding hall (balai berlepas). Untuk kami, 8.10 am.

5) Time - Masa berlepas. Untuk kami, 8.40 am.


Oh ya, nak bagitau jugak, gate akan ditutup 20 minit sebelum berlepas. Maksudnya, untuk kami, 8.20 am gate dah ditutup, so ada 10 minit sahaja untuk masuk ke boarding hall.


Semua urusan bermula daripada kastam hingga dapat boarding pass ni mengambil masa 10 minit sahaja, maksudnya, pukul 7.50 am kami dah dapat boarding pass. Sementara nak menunggu gate opens pada 8.10 am, kami pergi isi perut dulu. :)


p/s : Sambil update entry ni, teringat kat penumpang-penumpang MH370. Mungkin diorang pun sama seronok macam saya masa nak naik kapal terbang, cuma yang berbeza, saya selamat sampai ke destinasi manakala mereka pula masih tak dapat dijejaki hingga kini :(

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Like Page Superb Vitamin For Life :)

Like Page Love Natuwrel :)

Hubungi Saya

Name

Email *

Message *