I Love My Followers

Blog ini adalah blog peribadi yang berkisar tentang kehidupan seperti usaha untuk hamil, kehamilan, kelahiran, penjagaan semasa pantang, penjagaan dan pendidikan anak, kesihatan dan kecantikan, keibubapaan dan perkahwinan.
Topik-topik lain juga ada mengikut keselesaan penulis.

Thursday, March 13, 2014

Langkawi Day 1 : Masuk ke Balai Berlepas dan Masuk ke dalam Kapal Terbang

Gate opens at 8.10 am. Tapi kami masuk kul 8.15 am. Terlambat 5 minit.


Sebelum kita nak masuk ni, ada polis yang akan cek IC dan boarding pass kita dan dia akan koyakkan bahagian tepi boarding pass tu. Pastu kene letak semua hand carry (untuk kami - 2 sling bag dan 1 bag pack) untuk diimbas (scan). Alhamdulillah. Lepas semuanya.


Lepas dah angkut semua beg-beg tu, kami naik eskalator dan terus menuju ke gate 2. Kat situ ada tempat duduk yang dah disediakan. Kemudian dalam pukul berapa entah, ada announcement untuk penumpang MH1038 (kamilah tu).


Fuh, excited sangatlah masa ni nak naik kapal terbang. Saya dukung Aimi, suami pula pimpin Haziq. Masing-masing alert dengan anak sebab taknak anak terjatuh atau hilang daripada pandangan.


Menariknya masa nak masuk ke dalam kapal terbang ni, kami diberi keutamaan dulu sebab kami bawa infant and child. Wah, lagi double seronok. Teruslah kami masuk dengan senyuman lebar. :)


Nak cari tempat duduk pun senang. Haziq duduk kat seat hujung sekali (yang kat tingkap tu), saya dan Aimi kat seat tengah, suami pula kat seat dekat laluan tu. Yang back pack terus letak kat bahagian kabin kat atas.


Kami pun apalagi, excitedlah nak mengambil gambar sefamily. Kan first time katanya. Hahahahaha... Tapi biasalah, kalau amik gambar guna tangan sendiri ala-ala selfie, tak semua dapat dicapture dengan betul.


Tanpa diduga sorang pramugara tu offer untuk ambil gambar kami berempat. Siap amik 3-4 gambar lagi tau. Bestnya layanan kan? Sebab tu saya suka MAS Airlines. :)


Muka Haziq dan Aimi serius je, Mama dan Abah yang senyum lebih. :)


Tak lama lepas tu, barulah penumpang lain masuk.

1 comment:

Mar Mansor said...

ayah & mama terlebih excited tu..honeymoon katakan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Like Page Superb Vitamin For Life :)

Hubungi Saya

Name

Email *

Message *