I Love My Followers

Blog ini adalah blog peribadi yang berkisar tentang kehidupan seperti usaha untuk hamil, kehamilan, kelahiran, penjagaan semasa pantang, penjagaan dan pendidikan anak, kesihatan dan kecantikan, keibubapaan dan perkahwinan.
Topik-topik lain juga ada mengikut keselesaan penulis.

Saturday, March 15, 2014

Langkawi Day 1 : Lunch Yang Sedap dan Murah di Restoran Selera Pantai Timur Seafood Langkawi

13 Februari 2014


Sepanjang perjalanan menuju ke Hotel Asia yang terletak di area Kuah, Langkawi, kami terjumpa dengan banyak kedai makan dan restoran dekat-dekat situ. Ada satu kedai makan ni, penuh sangat lauk pauknya, nampak macam sedap, tapi yang hairan, langsung takde satu pelanggan pun kat situ.


Padahal waktu 2.00 pm tu bukanlah dikira lewat untuk lunch kan. Kitorang suami isteri ni particular sikit bab-bab restoran / kedai makan yang takde orang makan kat kedai tu. Feeling macam semacam je kan. Jadi kami tak makan kat kedai tersebut.


Pusing punya pusing, kami pun singgah ke Restoran Selera Pantai Timur Seafood Langkawi. :)


Kat sini, lauknya memanglah sangat banyak. Korang bayangkanlah, kalau lauk sotong, ada sotong masak lemak, masak kicap, masak sambal, sotong bakar, masak tumis kuning biasa tu dan macam-macam lagi. Kalau ayam pulak, ada ayam masak kicap, masak merah, masak lemak, masak rendang, ayam bakar, and the list goes on.


Fuh, rambang mata kami dibuatnya!!!!


Bila dah lapar plus banyak lauk terhidang di depan mata, saya pun lupa pasal diet saya. Hahahahahaaa.. Time holiday mana leh diet-diet kan. Rugi lah kalau dah datang jauh-jauh pastu taknak makan pulak. Suami gelak je kat saya. :)


Kat sini, ini lauk yang kami ambil :

Haziq - nasi putih dan sup ayam
Aimi - nasi putih dan sup ayam dan sup sayur sikit
Suami - nasi putih 2, asam pedas (dah lupa ikan apa), ikan bakar, ulam-ulaman, fresh orange 2, air kosong
Saya - nasi putih 2 (kan saya cakap saya lupe saya diet), sotong bakar, ayam (lupe masak apa), sayur peria dan sotong tumis kuning biasa tu, fresh orange 1.

(untuk anak-anak, saya kasi minum air mineral je).


Sedap ke tak??


SEDAPPPPPPPP SANGAT!!!! Tu pasal sampai menambah pinggan. Hik hik hik...


Harganya??


Cuma RM21. Murah kan...... :)


Meja kami kat gelas biru tu. Nampak tak banyak bekas-bekas hidangan kat luar tu?
Itulah lauk pauknya!

6 comments:

Mar Mansor said...

murah betul tu..

noorzie said...

salam kak, blh sy tau restoran ni kt belah mna erk? nape sy rsa mcm ssh je nk cri kdai mkn msa sy g thn lps..huhu

fiza hafiza said...

Kt belah MNA ye restoran tu. Sya kt Lgkawi ni.

Hanina Sulaiman said...

Macam best je.nk try cari la.. ;)

Unknown said...

first time makan tapau rm7. 2nd time makan rm8 (+1air). 3rd time makan rm11 (+2air). air sirap n oren bancuh layan diri je. mana yg murahnye pun xtahu. LAST MAKAN SINI. sy bukan pelancong dia nak charge memahal.

Unknown said...

try warong pak lah. depan taman langkawi. makan paling murah d langkawi pada tengah hari n sedap. 1)ayam panggang, telur masin, lala,air asam, sambal belacan, nasi (nasi dia sedap), tea ice.
2) ikan bakar, kentang sausage goreng dgn bilis kacang tanah, kerabu mangga, air asam, tea ice.
rasa2 berapa? rm12.40 SAHAJA

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Like Page Superb Vitamin For Life :)

Like Page Love Natuwrel :)

Hubungi Saya

Name

Email *

Message *