I Love My Followers

Blog ini adalah blog peribadi yang berkisar tentang kehidupan seperti usaha untuk hamil, kehamilan, kelahiran, penjagaan semasa pantang, penjagaan dan pendidikan anak, kesihatan dan kecantikan, keibubapaan dan perkahwinan.
Topik-topik lain juga ada mengikut keselesaan penulis.

Tuesday, March 25, 2014

Langkawi Day 3 : Ida Manriah Cafe dan Dataran Lang

15 Februari 2014



Hari ini hari terakhir di Langkawi. Bangun pagi, kami tak rushing pergi breakfast sebab hari ni takde banyak sangat aktiviti.


Kami keluar hotel agak lewat sikit daripada semalam, lebih kurang pukul 8 lebih baru pergi cari breakfast. Hari ni kami breakfast di Ida Manriah Cafe, namanya cafe tapi macam gerai makan biasa je dan lokasinya betul-betul depan Plaza Langkawi dan di tepi simpang 3 kat traffic light Pekan Kuah tu.


Rotinya lembut, kami order 2x

Tempat makan ni yang kat pokok besar belah kiri tu.


Kami makan mee goreng, ayam goreng, nasi lemak, lontong, roti kosong, roti telur dan kari daging. Semua sedap. Harga pun murah.


Saya order milo suam, datangnya macam ni. Kelakar. Hahaha...


Kat sini, memang ramai orang waktu lunch


Aktiviti seterusnya, pergi bergambar kat Dataran Lang. Pada masa kami sampai, cuaca dah agak panas. Gambar yang kami ambil pun, ada yang terang dan ada yang gelap.


Welcome to Dataran Lang. 
Seronok sangat bila nampak helang besar tu.


Haziq siap pakai spek hitam. Panas, katanya.


Kat sini pun, ada kedai menjual macam-macam jenis cenderahati. Kami shopping lagi. Hahahaha...


Dah penat bergambar, kami balik semula ke hotel untuk aktiviti gembira gurau senda sekeluarga. Played and laughed together with my loved ones, betul-betul buat saya bahagia. :)


Flight kami pukul 3.45 pm (Langkawi-KLIA). Tapi saya ada terima sms dari MAS Airlines yang mengatakan flight delay ke pukul 4.35 pm. Seronoknya!! Hahahaha...

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Like Page Superb Vitamin For Life :)

Like Page Love Natuwrel :)

Hubungi Saya

Name

Email *

Message *