I Love My Followers

Blog ini adalah blog peribadi yang berkisar tentang kehidupan seperti usaha untuk hamil, kehamilan, kelahiran, penjagaan semasa pantang, penjagaan dan pendidikan anak, kesihatan dan kecantikan, keibubapaan dan perkahwinan.
Topik-topik lain juga ada mengikut keselesaan penulis.

Tuesday, March 25, 2014

Langkawi Day 3 : Checkout Hotel Asia, Beli Bag Pack, Pulangkan Rental Car, Check in kat Airport

15 Februari 2014


Disebabkan flight delay, kami check out dari Hotel Asia lewat sikit, lebih kurang pukul 1.00 pm. Untuk check out, hanya pulangkan kunci dan terima resit sahaja.


Gambar monkey di Hotel Asia.
Haziq cakap, "monkey tu sayang mama dia macam Haziq sayang kat Mama kan".
Saya rasa terharu sangat, terus capture gambar ni untuk kenangan.



Lepas dah check out, merata round cari bag pack pulak. Actually, bag pack ni tak termasuk dalam shopping list tau, tapi terpaksa beli sebab banyak sangat barang sampai tak muat nak sumbat dalam satu bag pack.


Suami saya sedang tawar menawar harga beg dengan tokey kedai. Hahaha...
Tawar punya tawar, dapat RM40 (harga asal RM55)


Sebagai seorang penggemar beg, saya suka sangat masuk kedai ni. Rasa macam nak beli banyak beg kat sini. Tapi, sabarrrrr je.. :)


Then kami terus heading ke airport dan pulangkan kereta sewa kat situ. 


Masuk je airport, terus scan luggage kat kastam.
Haziq bergaya dengan bag pack baru Mama punya.


Check in di kaunter. 
Masa ni kene tunjuk tiket flight dan petugas berikan
8 keping boarding pass (Langkawi-KLIA & KLIA-JHB)


Lunch kat Marrybrown kat airport. 


Tepat jam 4.35 pm, maka terbanglah kami sekeluarga ke KLIA. Masa ni kan, saya rasa sedih sangat nak tinggalkan Langkawi. Huhuhuhu... In Shaa Allah, ada rezeki, saya nak datang lagi ke sini sebab ada banyak lagi tempat yang saya tak sempat nak lawati dalam percutian yang singkat ni. :)


p/s : Tamat sudah entry percutian kat Langkawi. :)

p/s : Destinasi percutian seterusnya? Tunggguuuuuuuuu.... :)

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Like Page Superb Vitamin For Life :)

Hubungi Saya

Name

Email *

Message *