I Love My Followers

Blog ini adalah blog peribadi yang berkisar tentang kehidupan seperti usaha untuk hamil, kehamilan, kelahiran, penjagaan semasa pantang, penjagaan dan pendidikan anak, kesihatan dan kecantikan, keibubapaan dan perkahwinan.
Topik-topik lain juga ada mengikut keselesaan penulis.

Saturday, March 22, 2014

Langkawi Day 2 : Underwater World dan Penguin Feeding

14 Februari 2014


Destinasi seterusnya adalah ke Underwater World. Tak susah nak cari tempat ni, ikut je signage menuju ke Pantai Cenang yang saya dah tunjukkan dalam entry sebelum ini.


Harga masuk kat sini RM30 untuk dewasa dan RM20 untuk kanak-kanak (3-12 tahun).


Tu dia harga tiket


Ini tiket kami - RM60 untuk 2 dewasa. Haziq & Aimi masuk percuma


Haziq dan Aimi adalah orang yang paling seronok bila datang ke sini



Haziq buat aksi macam penguin. Hahahaha...


Pada masa kami sampai kat sana, memang tengah ada penguin feeding. Maksudnya ada tunjuk pekerja di situ bagi penguin-penguin ni makan. 


Comel betul tengok penguin ni jalan terkedek-kedek mengejar ikan yang pekerja tu nak bagi. Kat sini, saya ada amik video. Dok ulang  video ni berkali-kali bila dah balik semula ke JB. Anak-anak lah yang paling suka tengok video ni. :)


Surprise!!! Aimi bergambar dengan penguin


One happy family
Ini je gambar yang paling terang. Yang lain semua gelap segelap-gelapnya. Hahahaha...


Best ke Underwater World Langkawi ni?


Pada saya, biasa sahaja, tapi kalau kita ada anak-anak kecil, wajib bawak diorang datang ke sini sebab diorang pasti suka. Bila pergi ke sini, saya teringat masa dulu pergi ke Aquaria KLCC, rasanya kat situ lagi best kot. Hehehe... Apapun, lain orang, lain pendapatnya, kan? :)

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Like Page Superb Vitamin For Life :)

Like Page Love Natuwrel :)

Hubungi Saya

Name

Email *

Message *