I Love My Followers

Blog ini adalah blog peribadi yang berkisar tentang kehidupan seperti usaha untuk hamil, kehamilan, kelahiran, penjagaan semasa pantang, penjagaan dan pendidikan anak, kesihatan dan kecantikan, keibubapaan dan perkahwinan.
Topik-topik lain juga ada mengikut keselesaan penulis.

Monday, March 24, 2014

Langkawi Day 2 : Shopping Coklat & Blaus di Kompleks HIG, Dinner di Thai Town

14 Februari 2014


8.20 pm, kami sekeluarga sampai ke Kompleks HIG. Kat sini memang targetnya nak shopping coklat puas-puas, nak beli untuk diri sendiri dan sebagai ole-ole untuk keluarga dan teman rapat.


Jangan risau kalau tak cukup duit, sebab kat sini ada disediakan atm machine cimb dan rhb bank. Korang cucuk je lah ye. Tapi dalam akaun tu kenelah ada duitnya hoccay.. :)


Ada 3 jenis troli disediakan. Besar, sederhana, kecil


Rambang mata tengok macam-macam jenis coklat


Bila masuk kat dalam ni, saya tengok semua orang macam tak sabar-sabar lagi nak "merembat" semua coklat yang ada, baik lelaki, baik pompuan, baik tua mahupun muda, semuanya nampak ghairah sangat dengan coklat. Hahahaha...


Mama, Haziq & Aimi
Aimi dah tak sabar-sabar nak makan coklat


Haziq seronok tengok ada banyak coklat kat sini. Kata dia, "Mama, Haziq nak makan cokelep dengan Mama, dengan Aimi, dengan Abah tau"


Cokelep = coklat


Saya teringin jugak nak beli pisau yang kalerful yang ada jual kat sini, tapi setau saya pisau takleh bawak naik kapalterbang. So saya pun tak beli. 


Tapi sebenarnya saya konfius, kalau letak pisau kat bag luggage masuk ke ruang cargo takkan tak boleh kot? Kesimpulannya, saya tak beli pun pisau tu sebab tak pasti boleh bawa naik kapal terbang ke tak.


Total shopping coklat kat sini dekat RM300. Memang banyak coklat yang saya beli. 

Makan coklat sampai rasa sakit gigi. Pastu terus insaf.


Kalau nak tau, kalau beli coklat banyak-banyak, kita kena bayar cukai tau. So saya tanya kat cashier tu, berapa banyak pembelian coklat yang membuatkan kita perlu bayar cukai? Katanya, pembelian coklat RM500 dan ke atas dalam satu resit, kita kene bayar cukai 25%. 


Contohnya, kita beli coklat harga RM500, maka kita kene bayar cukai RM125 dan cukai tu perlu dibayar kat bahagian kastam kat airport. Banyak kan?


Pastu saya pergi shopping blaus kat satu kedai baju dalam Kompleks HIG tu jugak. 2 helai blaus bersamaan RM163. Saya rasa agak mahal tapi disebabkan dah berkenan, saya beli je. Then, baru saya tau yang kat Langkawi ni, harga coklat dan pinggan mangkuk sume tu memang murah tapi kalau baju/blaus ni harga standard. Mmm...


Nak dekat pukul 10.00 pm, kami pergi cari tempat makan pulak. Pusing punya pusing kat Pekan Kuah tu, terjumpa restoran Thai Town. 


Kami order nasi goreng thai 1, nasi goreng cina 2, lemon chicken dan sayur cap cai. Memang sedap sangat makanan kat sini. Rating : 4 bintang. Terbaik!!


Lemon chicken tu sedap sangat sampai saya teringat-ingat!


Nampak biasa je kan? Tapi sedap sangat


Kalau pergi Langkawi, pasti akan singgah lagi ke sini

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Like Page Superb Vitamin For Life :)

Hubungi Saya

Name

Email *

Message *