I Love My Followers

Blog ini adalah blog peribadi yang berkisar tentang kehidupan seperti usaha untuk hamil, kehamilan, kelahiran, penjagaan semasa pantang, penjagaan dan pendidikan anak, kesihatan dan kecantikan, keibubapaan dan perkahwinan.
Topik-topik lain juga ada mengikut keselesaan penulis.

Friday, March 21, 2014

Langkawi Day 2 : Seronoknya Naik Langkawi Duck Tours!

14 Februari 2014


Lebih kurang pukul 11.00 am, kami pun naiklah Langkawi Duck Tours tu. Kat dalam ni, free seats tau, so sapa cepat dia dapatlah.


Ari tu masa saya naik, rasanya tak sampai 34 penumpang pun. 
Best kalau tak ramai orang, kita boleh bebas bergerak nak duduk kat seat mana-mana.


Amik gambar pintu gerbang Oriental Village daripada Duck Tours


Duck Tours ni ibarat macam sebuah bot dan kereta yang digabungkan. Ia boleh berjalan kat darat dan boleh juga masuk kat dalam air. Ala-ala amfibia (2 alam) gitulah. Hahahaha...


Walaupun anak menangis, mamanya tetap nak amik gambar. 
Aimi heran tengok abangnya nangis penuh perasaan.


Pukul 11.10 am, maka bergeraklah Duck Tours ni keluar dari Oriental Village menuju ke area Perdana Quay (kalau tak silap saya lah).

Asyik sungguh Haziq melihat keindahan Langkawi. Sesuatu yang baru untuknya.


Aimi tidur lena sepanjang perjalanan. 
Naik Duck Tours ibarat macam dibuai-dibuai, dengan hembusan angin bayu yang mendamaikan.
Makanya, saya duduk jelah dalam tu, tak bangun dan bertukar-tukar seat.


Keindahan alam ciptaan Tuhan


Kenapa korang mesti naik Duck Tours ni? Sebab kat sinilah kita boleh ambil gambar sebanyak-banyak tidak berlatarkan pemandangan yang indah-indah tu. Kalau sesapa yang ada kamera DSLR tu, untung sangatlah, sebab pasti hasil gambar tu lebih cantik. Tapi saya guna kamera digital biasa je, pun dah cukup puas hati dengan hasilnya. :)


Bestnya kalau dapat naik kapal pulak


Langkawi Duck Tours ni mengambil masa lebih kurang sejam sebelum pulang semula ke Oriental Village. Memang puas nak ambil gambar banyak-banyak masa ni.


Masa dah sampai semula ke Oriental Village, saya ternampak sekumpulan wanita/pelajar bertudung labuh kat sana untuk aktiviti menunggang basikal. Tersentuh hati melihat gambar ini.


Kekal menutup aurat


Bila dah sampai semula ke Oriental Village, perut masing-masing dah berkeroncong minta diisi. Haus pun iya jugak, sebab masa tu tepat pukul 12.00 pm. 


Elok-elok tamat Duck Tours, Aimi pun bangun. Gayanya seolah-olah puas sangat dapat tidur atas Duck Tours tu. Hahahahaha...Mama sayang Aimi nomey nomey. :)

2 comments:

Irfa said...

cam best je tgk mende alah ni
dr darat sampai ke dalam air
nnti boleh cuba lah

Kakzakie said...

Aimi lena sepanjang jalan sebab rasa bagai dibuai-buai. Itu yg terbuai mimpi ye:)

Bestlah kakak tengok.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Like Page Superb Vitamin For Life :)

Like Page Love Natuwrel :)

Hubungi Saya

Name

Email *

Message *