I Love My Followers

Blog ini adalah blog peribadi yang berkisar tentang kehidupan seperti usaha untuk hamil, kehamilan, kelahiran, penjagaan semasa pantang, penjagaan dan pendidikan anak, kesihatan dan kecantikan, keibubapaan dan perkahwinan.
Topik-topik lain juga ada mengikut keselesaan penulis.

Saturday, March 22, 2014

Langkawi Day 2 : Pantai Cenang, Laksa Kaw Ikan Sekoq, Laksa Power di Tepi Landasan Kapal Terbang

14 Februari 2014


Bila dah sampai ke area Pantai Cenang, haruslah pergi makan kat gerai Laksa Power yang ramai blogger cakap sedap sangat tu. Senang je nak cari tempat ni, dia kat tepi landasan kapal terbang tu dan juga menghadap ke Pantai Cenang. Kiranya kat area tepi pantai tu, memang banyak van-van bergerak yang menjual pelbagai jenis makanan kat situ.


Dalam dok sibuk mencari Laksa Power, terjumpa pulak gerai ni,

Laksa Kaw Ikan Sekoq


Macam sedap je. Dah terbayang kuah laksa yang pekat-pekat tu. Tapi saya tetap gigih mencari gerai Laksa Power. Tetap nak rasa jugak kesedapan laksa kat Laksa Power. Over kan? Hahahahaha...


Cari punya cari, jumpa jua. Gerainya kat hujung sekali.


Laksa Power Pantai Airport
Tengok tu menu dia, so yummmmyyy!!


Kami pun mula la cari tempat duduk yang best. Tapi takde yang best mana pun cuaca pada masa tu agak panas jadi memang kene cari tempat yang redup sikit. 


Untuk pengetahuan, kalau datang makan kat sini, kita kene pergi order sendiri dan bawak sendiri makanan ke meja kita tau. Jadinya, janganlah dok tunggu kat meja tunggu pelayan datang amik order sebab memang tak hader. :)


Menu yang kami order of courselah Laksa Power 1, char kuey tiaw 1, cendol 1 dan air anggur.


Laksa Power


Lepas dah makan laksa ni, kami merasakan yang laksa ni takdelah sedap mana pun. To be frank, laksa yang kat gerai makan Oriental Village tu laaaaaaagi sedap. Laksa Power ni macam terlebih asam, 


Char Kuey Teow udang


Yang char kuey teow udang ni boleh dikatakan sedap jugak. Yelah, kalau dah habis licin sepinggan tu mestilah sedap, ye tak? Hahahaha...


Cendol ni pun sedap jugak


Suasana di sini


Seronok makan kat bawah pokok


Anak-anak dah kepenatan. Masa untuk pulang ke hotel


Saya rasa gembira sebab dapat jugak makan kat sini. Tapi yang hairannya, takde pun orang mandi / main air kat sini? Atau kami yang salah tempat? 


Apapun, memandangkan anak-anak dah kepenatan dan masing-masing mula meragam, maka kami terus je bertolak semula ke hotel. :)








No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Like Page Superb Vitamin For Life :)

Like Page Love Natuwrel :)

Hubungi Saya

Name

Email *

Message *