I Love My Followers

Blog ini adalah blog peribadi yang berkisar tentang kehidupan seperti usaha untuk hamil, kehamilan, kelahiran, penjagaan semasa pantang, penjagaan dan pendidikan anak, kesihatan dan kecantikan, keibubapaan dan perkahwinan.
Topik-topik lain juga ada mengikut keselesaan penulis.

Thursday, March 20, 2014

Langkawi Day 2 : Naik Kereta Kuda kat Oriental Village dan Cable Car

14 Februari 2014


Masa sampai kat Oriental Village jam 9.30 am tu, orang masih belum ramai lagi. Sampai-sampai je kat sana, haruslah pergi ke toilet dulu sebab nak ganti pampers Haziq. Abahnya yang tolong gantikan sambil saya bawa Aimi main jongkang-jongkit (see-saw) kat situ.

Suka Aimi dapat main see-saw. First time lah katakan. 
Masa ni Aimi umur 1 tahun lebih. Lagi 2 hari cukup umur 2 tahun.


Aimi suka tengok kuda. Siap keluarkan lidah, gaknya tengok kuda buat macam tu. Hahaha...
Selama ni tengok kuda dalam buku je, sekarang dapat tengok kuda kat depan mata.


Haziq nak main see-saw dengan Aimi, tapi takut kuda datang kat see-saw.


Kat situ ada beberapa ekor kuda yang boleh ditunggang. Saya dah lupa pulak berapa harganya kalau kita nak tunggang sendiri. Yang saya ingat, kalau kita naik kereta kuda dan orang tu bawak, cuma bayar RM5 je seorang. Jadi untuk kami, kena bayar RM15 (Eh, untuk Haziq pun kene bayar jugak ke? Mmm.. haruslahhh).


Saya punyalah seronok naik kereta kuda. Seronok apa tau, seronok sebab dapat naik dengan suami dan anak-anak. Apa sajalah aktiviti bersama suami dan anak-anak, saya memang rasa seronok, walaupun sekadar tengok tv kat ruang tamu. Hehehehe...


Masa tu, saya fikir, bestnya dapat round satu Oriental Village ni dengan naik kereta kuda. Tapi rupa-rupanya dia pusing dekat-dekat situ je. Langsung tak pergi pun kat area Cable Car yang ada kat dalam Oriental Village tu jugak. Hua hua hua....


So kami bergambar satu family lepas dah round 'sekejap' tu. Hahahaha...

Anak-anakku takut naik kereta kuda rupanya. 
Masing-masing muka serius jer. Hahahaha...


Lepas tu kami berjalan ke tempat area Cable Car. Memang saja jalan je kat situ, takde plan pun nak naik cable car, sebab saya dan suami masing-masing rasa gayat/takut naik tempat tinggi-tinggi ni. Tengok kete kabel tergantung-gantung tu pun dah kecut perut. So ini jelah gambar yang diambil dari kejauhan.

Kete kabel kat bulatan kuning tu.


Kat Oriental Village ni pun ade banyak kedai-kedai yang menjual pelbagai jenis cenderahati. Cantik-cantik pulak tu. So memang wajib datang ke sini kalau dah pergi ke Langkawi. :)

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Like Page Superb Vitamin For Life :)

Like Page Love Natuwrel :)

Hubungi Saya

Name

Email *

Message *