I Love My Followers

Blog ini adalah blog peribadi yang berkisar tentang kehidupan seperti usaha untuk hamil, kehamilan, kelahiran, penjagaan semasa pantang, penjagaan dan pendidikan anak, kesihatan dan kecantikan, keibubapaan dan perkahwinan.
Topik-topik lain juga ada mengikut keselesaan penulis.

Thursday, March 20, 2014

Langkawi Day 2 : Menuju ke Oriental Village

14 Februari 2014


Antara tempat yang mesti dikunjungi kalau pergi ke Langkawi ialah, Oriental Village. Senang je nak ke sini. Kalau daripada Pekan Kuah, jalan terus ikut semula jalan nak pergi ke airport.


Bila dah sampai ke airport, ikut signage hala ke Pantai Cenang. Daripada sana, akan kuar signage-signage lain, belok ke kiri untuk ke Pantai Cenang dan belok ke kanan untuk ke Oriental Village.

Sila klik gambar untuk lebih jelas. Signage best nih!


Saya kat dalam kereta, sibuk dok menelek peta Langkawi yang dapat free kat airport semalam. Haziq pun sama sibuk, tengok je lah gelagat Haziq ni. Hahahahaha...

Siap tunjuk satu-satu tempat yang kitorang nak pergi. Hahahaha


Kalau nak tahu, kami beriya-iya sangat nak pergi ke Oriental Village ni sebab kat sini ada Langkawi Duck Tours! Kalau bawa anak-anak, aktiviti macam ni memanglah seronok. 


Kami tak amik pakej mangrove tour atau island hopping, sebab fikir anak-anak masih kecil lagi, rasa tak berani pulak nak naik bot macam tu. Jadinya kami tukar kepada Langkawi Duck Tours. :)


Seronok sangat driving kat Langkawi ni tau. Pemandangannya indah betul, hati ni rasa tenang dan damai je. Cuaca pula baik, lagi bertambah keseronokan bercuti kat sini.

Pemandangan menuju ke Oriental Village. Terus lupa kat Pasir Gudang. Hahahaha...


Cantiknya awan. Subhanallah!!


Akhirnya, sampailah ke destinasi yang dituju iaitu Oriental Village pada jam 9.30 am.

Suka! Suka! Suka!


2 comments:

diana said...

bestnya ke langkawi..tempat kegemaran mak2..hahahah

ieza ashaari said...

Za sampai langkawi beli coklat je. Rush sbb cuti kjp je utk konvo uum. Excited ank tu ye bercuti. Hihi.

Btw, psl marykay tu, hidayah tu duduk shah alam selangor.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Like Page Superb Vitamin For Life :)

Like Page Love Natuwrel :)

Hubungi Saya

Name

Email *

Message *