I Love My Followers

Blog ini adalah blog peribadi yang berkisar tentang kehidupan seperti usaha untuk hamil, kehamilan, kelahiran, penjagaan semasa pantang, penjagaan dan pendidikan anak, kesihatan dan kecantikan, keibubapaan dan perkahwinan.
Topik-topik lain juga ada mengikut keselesaan penulis.

Friday, March 21, 2014

Langkawi Day 2 : Lunch kat Kedai Makan Oriental Village (Super Sedap!)

14 Februari 2014


Turun je dari Duck Tour, terus berkejar ke satu-satunya kedai makan kat Oriental Village tu. Bukan apa, kalau dah tengahari ni, orang dah start ramai, saya malaslah nak que kalau bab-bab makan ni.


Jadinya, saya dapat meja yang paling strategik iaitu betul-betul dekat dengan kipas. Hahahaha...over kan mama ni. Lepas tu, kami order makan. Nasi ayam 3, laksa penang 1, teh tarik 1, teh o ais 1, ais kosong 1. Untuk anak-anak, minum air mineral je.


Korang, nasi ayam dan laksa penang kat sini betul-betul super sedap!!! Fuh, memang terangkat. Cuma kicap untuk nasi ayam tu pada saya, agak masin sedikit. Lain daripada tu, semua memang sedap. Teringat-ingat sampai sekarang. Suami pun cakap nasi ayam dan laksa penang nya memang sedap.


Laksa penang super sedap, kuah pekat!


Pipi saya bulat, ada banyak nasi kat dalam mulut


Kerusi makan untuk baby kat sini bersih, so jangan risau ya.


Lepas makan, semua dah kekenyangan. Harga untuk apa yang kami makan tadi ialah RM21. Pada kami, is murah. Boleh gitu?


Dah sudah tu, pergi jalan masuk semula kat Oriental Village sebab nak ganti pampers Aimi. Sebelum tu sempat menyinggah kat gerai-gerai jualan kat sana.


Bergaya dengan topi besar. RM29.90. Penjualnya cakap, harga boleh kurang.
Tapi saya tetap tak beli. Hahahahaha...


Kedai-kedai di Oriental Village


Kat sini, saya sempatlah menyopping sikit untuk diri sendiri dan keluarga. :)

1 comment:

wawa syaida said...

kite pun makan kat sini jugak...makan nasik lemak ;)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Like Page Superb Vitamin For Life :)

Hubungi Saya

Name

Email *

Message *