I Love My Followers

Blog ini adalah blog peribadi yang berkisar tentang kehidupan seperti usaha untuk hamil, kehamilan, kelahiran, penjagaan semasa pantang, penjagaan dan pendidikan anak, kesihatan dan kecantikan, keibubapaan dan perkahwinan.
Topik-topik lain juga ada mengikut keselesaan penulis.

Sunday, March 23, 2014

Langkawi Day 2 : Bilik di Hotel Asia Langkawi

14 Februari 2014



Fuh, hari ni memang banyak berjalan. Balik je ke bilik, terus mandi, solat dan berehat-rehat. Malam nanti plannya nak pergi shopping coklat kat Kompleks HIG pulak.


Sambil berehat kat bilik, saya sempat snap beberapa keping gambar untuk tatapan korang yang mungkin berminat nak menyewa di Hotel Asia.


Bilik kami tu jenis Executive Triple Room (1 queen dan 1 single) dengan caj RM256 untuk 2 malam.


Anak-anak tengah makan biskut tiger


Masuk je ke bilik ni, terus nampak pemandangan katil dan sinki. Bilik je tak berapa luas, ngam-ngam je kiranya. Yang Haziq baring tu kat katil queen dan yang sebelah sana tu katil single. Aircond kat atas katil single.


Haziq ni jenis tak tahan sejuk sangat, jadi malam dia tidur kat katil single dan kami bertiga tidur kat katil queen.


Seperti yang korang nampak kat hujung tu ialah sinki. Sinki ni memang letaknya kat luar bilik air tau. Cermin pun ada kat situ. Kalau nak bergilir mandi tu memang senang dan menjimatkan masa. Sorang boleh cuci muka dan gosok gigi kat sinki, sorang lagi boleh mandi kat dalam bilik air.


Bilik air

Suami paling suka shower kat hotel ni. Tengokla shower tu, sekali kita bukak, fuh mencurah air keluar. Memang best! Puas mandi tau! Shower ni ada fungsi air panas dan air sejuk. Ada 3 helai tuala mandi disediakan dan sehelai tuala kesat kaki.



Span basuh pinggan & Glo tu beli kat sini sebab terlupa nak bawak
pencuci botol susu dari rumah
Yang botol transparent penutup pink tu pulak saya punya shaker 
untuk minum Melilea setiap pagi sebelum breakfast


Ini iron dan iron board yang saya request kat kaunter
Kat sini jugaklah tempat saya dan suami solat


Nampak tak ada tuala putih kat sinki tu? Saya letak kat situ sebab setiap kali basuh botol atau basuh tangan habis basah kat situ. So supaya taknak basah dan air menitik-nitik, saya letak tuala. Biar tuala tu yang basah. Hehehe...


TV dan tempat sangkut baju


Kat hotel ni, memang takde disediakan almari tau. So kalau nak gantung baju ke, seluar ke, tudung ke, semua gantung kat tempat yang sama macam dalam gambar di atas.


Overall, kami berpuas hati dengan bilik ni sebab ia bersih dan selesa, walaupun dari segi keluasan dan ruang tu agak terhad. Kalau nak parking kereta pula, just parking di depan hotel, betul-betul kat tepi jalanraya besar.


Rating kepuasan hati : Saya bagi empat bintang..!!! :)

4 comments:

Hafiza AizZawa said...

tpt penginapan npk selesa sangat.. jemput kak join GA nie.. http://ourmemoria.blogspot.com/2014/03/cuti-cuti-give-away.html

ros_reeza said...

kalau bersih dan selesa, dah cukup bagi Ros :)

awanungu said...

Nampak selesa jer hotel nih. Teringin sangat nak g Langkawi huhuhu

Roslinda Omar said...

Salam Uni. Sy pun selalu sewa hotel sebelum ni jika ke Langkawi. Memandangkan anak-anak dah besar, sewa apartment di Langkawi lebih bagus, siap dengan dapur, aircond, swim pool,washing machine. Harga amat berpatutan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Like Page Superb Vitamin For Life :)

Like Page Love Natuwrel :)

Hubungi Saya

Name

Email *

Message *