I Love My Followers

Blog ini adalah blog peribadi yang berkisar tentang kehidupan seperti usaha untuk hamil, kehamilan, kelahiran, penjagaan semasa pantang, penjagaan dan pendidikan anak, kesihatan dan kecantikan, keibubapaan dan perkahwinan.
Topik-topik lain juga ada mengikut keselesaan penulis.

Friday, March 21, 2014

Langkawi Day 2 : Bersantai-santai Sementara Menunggu Duck Tours

14 Februari 2014


Lepas dah puas berjalan kat dalam Oriental Village tu, kami pun pergi beli tiket untuk menaiki Duck Tours. Kaunter tiket ada kat luar sebelum sampai kat pintu gerbang Oriental Village tu.


Harga satu tiket adalah RM38 untuk dewasa dan RM22 untuk kanak-kanak umur 4 tahun dan ke atas. Jadinya, untuk Haziq, tak perlu bayar tapi syaratnya, Haziq tak boleh ada seat sendiri, so kene duduk atas riba kami. Ok, no hal.


Tiket yang kami beli tu untuk jam 10.30 am. Masa tu baru pukul 10.10 am, jadi kami pergi melepak-lepak dulu kat bangku-bangku yang ada kat situ.


Susah nak tangkap gambar berempat macam ni. 
Tengoklah Haziq tu, macam-macam gaya. Aimi pula tersepit antara mama dan abahnya. Hihihi..


Haaa...perasan sesuatu tak?


Tadi masa main see-saw, Haziq pakai tshirt turquoise kan. Sekarang pakai tshirt pink pulak. Nak tau tak sebab apa?


Sebab dia minum air milo kotak sambil picit-picit kotak tu dan air milo habis tumpah terpercik kat tshirt and jeans dia! Itu sebablah terus tukar tshirt lain. :)


So mommies sekalian, inilah gunanya baju spare untuk anak-anak. Inilah gunanya bawak bag pack dan isilah segala macam keperluan anak-anak dalam tu. :)


Actually, agak lama jugaklah kami melepak kat situ. Siap minum-minum dan makan roti lagi. Duck Tours nya pun lambat betul nak jalan, rupanya dia kene ada sekurang-kurangnya 10 orang penumpang baru leh gerak. Jadinya, lebih kurang pukul 11.00 am baru cukup penumpang yang diperlukan.


Oh ya, kat Oriental Village ni ada satu je gerai makan.

Ada banyak meja kat sini. Nanti tengahari nak makan kat sini. :)

1 comment:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Like Page Superb Vitamin For Life :)

Like Page Love Natuwrel :)

Hubungi Saya

Name

Email *

Message *