I Love My Followers

Blog ini adalah blog peribadi yang berkisar tentang kehidupan seperti usaha untuk hamil, kehamilan, kelahiran, penjagaan semasa pantang, penjagaan dan pendidikan anak, kesihatan dan kecantikan, keibubapaan dan perkahwinan.
Topik-topik lain juga ada mengikut keselesaan penulis.

Wednesday, March 12, 2014

Kriteria Menyediakan Checklist Barangan Untuk Dibawa Bercuti

Saya tak pasti apa pandangan korang bab sediakan checklist untuk pergi bercuti. Mungkin ada yang fikir, lecehnya alahai nak berchecklist-checklist bagai. Mungkin juga ada yang fikir, ya, memang kena ada checklist supaya senang nak packing barang.


Pada saya secara peribadi, saya memang memerlukan checklist. Sebab apa? Sebab saya tak boleh nak ingat setiap benda pada setiap masa. Bila nak pergi bercuti apatah lagi dengan membawa anak-anak yang masih kecil, saya rasa sebagai ibu dan isteri, saya bertanggungjawab untuk memastikan kelancaran packing barang untuk pergi bercuti tanpa tertinggal apa-apa barang.


Oleh sebab tu lah, suami anugerahkan saya title "Menteri Perancangan". Sebab kerja-kerja merancang ni memang kegemaran saya. Suami pulak jadi "Menteri Pelaksana", buat ajelah kerja-kerja yang telah dirancang dan disusun oleh isterinya ini. Hehehehe...Yelah dalam rumahtangga, mana boleh dua-dua nak jadi menteri perancangan atau dua-dua nak jadi menteri pelaksana kan. :)


Ok, jom kita tengok sama-sama apakah kriteria yang harus dipertimbangkan semasa menyediakan checklist barangan untuk pergi bercuti :


1) Individu yang turut serta dalam percutian

Kalau ini cuma percutian keluarga kita, rasanya ia akan menjadi lebih mudah, sebab kita pastiya sangat kenal dengan ahli keluarga kita sendiri kan.

Namun kalau ia melibatkan ibu bapa, adik beradik, saudara-mara atau rakan-rakan yang lain (bercuti dalam 1 group), maka penyediaan checklist barangan harus melibatkan mereka semua. Contohlah, kalau nak pergi bercuti plus barbeque, siapakah yang bertanggungjawab untuk membawa peralatan barbeque, siapakah yang bertanggungjawab untuk menyediakan bahan mentah, siapakah yang bertanggungjawab untuk membakar dan hidangan makanan siap.

Mungkin kita fikir, alah, cuti dengan keluarga dan rakan-rakan, sama-sama lah buat kerja. Baguslah kalau semua ada rasa tanggungjawab, tapi lebih baik ada checklist supaya setiap individu jelas akan peranan dan sumbangan masing-masing dalam percutian bersama ini.


2) Recall aktiviti dari pagi hingga nak tidur di waktu malam

Bangun pagi gosok gigi cuci muka dan mandi. Ok - perlu sediakan berus gigi, ubat gigi, mandian, syampu dan tuala.

Pakai baju minum susu pergi sekolah senang hati - Ok perlu sediakan pakaian, pakaian dalam, sikat, minyak rambut, bedak, mekap2 dan sebagainya.

Dan teruskan untuk aktiviti seterusnya. Contohnya nak pergi bercuti ke waterpark, harus bawa pakaian mandi, baju ganti dan tuala. Kalau nak pergi daki gunung, harus bawa pakaian yang bersesuaian.


3) Kenalpasti sebarang masalah kesihatan, allergy reaction, kecenderungan tertentu, ubat-ubatan dan supplemen

Contohnya kalau ada sakit gastrik macam saya, perlu bawa ubat angin dan ubat gastrik. Kalau ada allergy reaction macam tak boleh makan kacang nanti naik bintik merah, kena alert tentang makanan yang ada kacang dan losyen/ubat yang wajib ada sekiranya dah termakan makanan yang ada kacang.

Contohnya jenis kuat berpeluh, perlu standby 2-3 helai baju cotton yang supaya boleh diganti. Kalau jenis tak tahan sejuk, perlu bawak sweater dan vicks. Kalau anak-anak yang lasak dan baju cepat kotor, pun perlu standby extra 2-3 baju.


4) Suasana di tempat bercuti - sangat panas, sangat sejuk, etc.

Sediakan pakaian yang bersesuaian dengan tempat percutian. Kalau jenis tak tahan aircond hotel macam saya, harus bawak sweater yang tebal.


5) Snack sihat dan air masak untuk anak-anak, stroller, carrier

Bercuti memang sangat menyeronokkan, namun kita harus ambilkira keadaan anak-anak yang mungkin akan berasa cepat letih sebab berjalan ke sana ke mari. Jadual tidur siang mereka pun dah terganggu sebab banyak berjalan kan. Jadi anak-anak mudah meragam, betul tak?

Oleh yang demikian, sediakan keperluan yang bersesuaian dengan mereka, contohnya bawak biskut tiger peket kecik-kecik tu, roti 70 sen tu ke, bawak air masak (pastikan anak minum banyak air masak), belikan air milo/ribena atau apa-apa yang sesuai dengan mereka.

Perlu juga pertimbangkan untuk membawa stroller / carrier bagi memudahkan pergerakan, jadi anak boleh tidur lena dalam stroller atau carrier.


6) Kamera, handphone, charger, powerbank
Kenangan manis percutian diabadikan melalui foto. Bawalah kamera / handphone untuk merakamkan detik-detik manis bersama keluarga tersayang. Dah bawak kamera dan handphone tu, janganlah lupa pula bawak chargernya tau. :)


Ini adalah kriteria yang perlu dipertimbangkan semasa menyediakan checklist. Diharap ia akan memudahkan kita semua merancang percutian kita dengan lebih baik di masa akan datang. :)

1 comment:

Ayu Zan said...

entry bermanfaat ni kak. bagus bagus. kot2 ayu nak holiday nnt bole gunapakai.

akak nak p holiday ke?hehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Like Page Superb Vitamin For Life :)

Hubungi Saya

Name

Email *

Message *