I Love My Followers

Blog ini adalah blog peribadi yang berkisar tentang kehidupan seperti usaha untuk hamil, kehamilan, kelahiran, penjagaan semasa pantang, penjagaan dan pendidikan anak, kesihatan dan kecantikan, keibubapaan dan perkahwinan.
Topik-topik lain juga ada mengikut keselesaan penulis.

Monday, March 3, 2014

Khas Untuk Sahabat-Sahabatku Yang Masih TTC (Part 2 of 2)

Sambungan daripada entry ini.


Semasa Haziq berumur beberapa bulan, seingat saya dalam umur 8 ke 9 bulan macam tu, masa tu saya kat ruang tamu tengah melayan dan bermain-main dengan Haziq sementara menunggu suami balik kerja.


Entah kenapa, tengah asyik melayan anak tu, tiba-tiba saya rasa terfikir / mendapat ilham tentang suatu perkara yang tak pernah saya fikirkan sebelum ini. Tak taulah kenapa atau macamana boleh terfikir / mendapat ilham tu, tapi inilah saya alami.


Saya terkenang pengalaman semasa mengandungkan Haziq. Penuh dengan sejuta keindahan. Dan inilah ilham yang Allah turunkan / berikan kepada saya :

1) Semasa saya bekerja di syarikat B, hidup saya sangat sibuk dan boleh dikatakan, tidak begitu teratur. Waktu kerja 8.00 am - 6.00 pm, tapi keluar rumah awal disebabkan jarak tempat kerja yang agak jauh dari rumah. Habis kerja pukul 6.00 pm, belum boleh pulang ke rumah, sebab terikat dengan 1001 macam lagi kerja di ofis sebab masa tu saya memegang jawatan yang agak penting. Boleh dikatakan hari-hari sampai ke rumah dalam pukul 9.00 / 10.00 pm.


2) Pada masa itu suami masih bekerja syif. Jadi apabila saya balik lewat ke rumah ditambah lagi dengan penat, nak senyum / bermanja-manjaan dengan dia pun saya dah tak larat. Tak sempat nak tengok sudah dinnerkah dia, apakah keperluan dia, ada tak apa-apa yang dia nak cakap dengan saya, memang tak sempat langsung. Kadang-kadang, bila saya sampai je ke rumah, letak beg dan terus tidur, ada masanya tidur dengan masih memakai baju kerja sebab letih sangat-sangat. Langsunglah tak fikir pasal suami sebab nak fikir pasal diri sendiri pun takde masa. Hujung minggu pula, masih lagi pergi bekerja kat ofis.


3) Bila perlu outstation, kepenatan saya makin menjadi-jadi ditambah pula dengan tekanan kerja yang makin meningkat. Dah balik ke rumah, siap bawak lagi kerja ofis balik ke rumah dan sambung lagi buat kerja ofis kat rumah. Saya stress, suami pun stress tengok keadaan saya. Double stress. Bila sama-sama stress, rasa lagi stress sebab masih tak pregnant-pregnant lagi. Huwaaaa....


4) Akhirnya, saya buat keputusan yang saya harus keluar daripada tuntutan kerja seperti ini (penuh dengan tekanan), yang memberi gangguan kepada kehidupan peribadi saya, termasuk suami. Dengan izin Allah, berjaya mendapat kerja lain.


5) 3 bulan di tempat kerja baru, saya disahkan hamil, masa tu usia perkahwinan dah 1 tahun 9 bulan. Syukur alhamdulillah. Seronok tak terkata. Mungkin sebab di tempat itu, saya tidak memegang jawatan yang penting sangat, ala-ala macam orang bawahan aje. Apabila kurang tekanan kerja, hati saya rasa lebih tenang dan gembira. Buktinya, saya hamil. :)


6) Saya terfikir, kalaulah saya pregnant sebelum itu, macamana keadaan diri saya semasa mengandung? Dengan timbunan kerjanya? Dengan outstationnya? Dengan never-ending stressnya? Dengan kene drive jauh ke sana ke marinya? Macamana dengan saya? Macamana dengan anak yang saya kandung? Ibu yang stress, membuatkan anak kat dalam rahimya pun turut stress tau.


7) Jadi, saya bersyukur Allah aturkan saya pregnant selepas saya "keluar" daripada zon itu.


8) Doktor dan nurse yang saya pergi checkup bulanan pun layan saya dengan sangat baik, setelah saya maklumkan kepada mereka yang saya ttcian dan ini kehamilan pertama saya.


9) Kawan-kawan pun tahu saya ttcian jadi bila saya pregnant, masing-masing berpesan itu ini pot pet pot pet sebab tak nak jadi apa-apa yang buruk pada kehamilan saya. Hehehehe... Saya hargai sangat semua ni.


10) Yang paling penting dan bermakna, hubungan dengan suami jadi lebih baik berbanding semasa saya bekerja di tempat lama tu. Sebabnya, saya dah takde stress dah, saya happy, suami pun happy.


11) Kehamilan berjalan dengan lancar, edd 17 Ogos 2010, saya lahirkan Haziq pada 15 Ogos 2010. Just nice. Normal delivery without any complications. :)


****

Saya tidak tahu bagaimana kehidupann peribadi dan kehidupan kalian sehari-hari. Stress kah? Sibuk kah? Apa kah? Tapi seperti yang pernah saya nyatakan sebelum ini, the baby will come at the right time and the right place, Allah knows very well and Allah plans very well.


Saya bukan pakar motivasi, juga bukan pakar suami isteri apatah lagi pakar rumahtangga tapi apa yang saya kongsikan ini sedikit sebanyak adalah berdasarkan pengalaman, pengetahuan, pembacaan dan perkongsian daripada insan-insan di sekeliling saya :


1) Jangan pernah rasa tertekan bila bersama suami - Jangan fikir, bersama ni untuk buat anak je. No no no. Enjoy every minute, enjoy every second, enjoy the moment. Kedua-dua pihak harus rasa seronok dan gembira apabila bersama. :)


2) Jangan fikir : ah malaslah nak bersama lagi. Bukannya jadi pon! - Aduhh...janganlah cakap macam tu, itu bukannya penyelesaian masalah, tapi lagi menambah tekanan dan airmata. Yang ada di sisi anda tu kan pasangan anda yang halal yang sah di sisi agama. Jadi atau tak jadi, biarlah Allah yang menentukan.

3) Spend time together - walaupun mungkin dah lama berkahwin, takde salahnya kalau pergi bercuti honeymoon semula. Jangan fikir pasal kerja atau rutin harian. Enjoy masa bersama pasangan.

4) Jaga pemakanan, amalkan supplemen sekiranya perlu - Kalau pengambilan makanan kalian seimbang seperti piramid makanan, tahniah! Namun, jika sebaliknya, perlu pertimbangkan untuk mengambil supplemen. Kat pasaran ni, ada macam-macam jenis suplemen. Pilih mana yang kalian yakin untuk mencubanya dan dapatkan nasihat atau maklumat lanjut sebelum mengambilnya. Macam saya, saya memang mengamalkan suplemen spirulina jenama Elken daripada remaja sehinggalah ttc sehinggalah dah ada 2 orang anak sekarang ini. Alhamdulilah, banyak kebaikan yang diperolehi daripadanya. :)


Semoga perkongsian ini memberikan manfaat kepada kalian yang membacanya. Kalau ada kata-kata saya yang menyinggung perasaan, mohon maafkan saya ya. :)

6 comments:

Kakzakie said...

Mujur suami Uni juga memahami dan cepat sedar utk beralih mencari kehidupan lebih selesa. Alhamdulillah dah besar pun Haziq sekarang ye..

Betul sebenarnya kita yg kena pandai merancang kehidupan keluarga kita demi kebahagiaan yg diidamkan.

Rai Ourkizuna said...

alamak..ttc tu apa..kena terjah entry awal..

ros_reeza said...

thanx untuk entry ni :)

Mar Mansor said...

y penting jangan stress..
perancangan Allah adalah y sebaik-baiknya

Lily Erliyani said...

assalamualaikum..
first time post komen di sini. saya pun pernah rasa tekanan kerja. rasa macam kerja saya buat tu sangat terpaksa buat. Tak ada rasa seronok bekerja. Selamat tak kawen lagi. Kalau dh kwen rasa nya saya tak dapat nak handle tekanan tu.
Saya tak tahan dan ambil keputusan berhenti 24 jam. Saya dapat kerja di tempat baru dan Alhamdulillah tiada tekanan seperti dulu.

Linda said...

Salam.. syukur alhamdulillah.
Yg pasti yakin dan tawakal pada Nya, kerana yang terbaik itu tetap daripadaNya..
I am now baru start berttc untuk 2nd baby planning... doakan untuk sy juga ;-)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Like Page Superb Vitamin For Life :)

Hubungi Saya

Name

Email *

Message *