I Love My Followers

Blog ini adalah blog peribadi yang berkisar tentang kehidupan seperti usaha untuk hamil, kehamilan, kelahiran, penjagaan semasa pantang, penjagaan dan pendidikan anak, kesihatan dan kecantikan, keibubapaan dan perkahwinan.
Topik-topik lain juga ada mengikut keselesaan penulis.

Saturday, March 1, 2014

Khas Untuk Sahabat-Sahabatku Yang Masih TTC (Part 1 of 2)

Saya tidak tahu bagaimana harus saya memulakan entry ini.


Ok, baiklah, saya mulakan dengan emel-emel yang saya terima.


Boleh dikatakan, setiap hari inbox saya akan dipenuhi dengan emel yang bertanyakan details Mak Aji. Saya pula, pastinya akan membalas setiap emel tersebut, cuma yang membezakan hanyalah cepat reply atau lambat reply, maklum sahajalah, selain blogging, saya juga terikat dengan pelbagai tanggungjawab yang lain yang perlu saya dahulukan.


Dalam banyak-banyak emel yang saya terima, ada yang straight to the point, ada yang berkias-kias, ada yang guna short form sahaja (hingga kadang-kadang saya kene baca 2-3 kali untuk memahamkannya) dan ada juga yang menulis dengan begitu baik sekali, sehingga....


Sehingga ia membuatkan hati saya jadi sangat tersentuh apabila membaca emel-emel tersebut... 


Dan ia menggerakkan saya untuk berkongsi sesuatu dengan kalian semua.


***


Wahai sahabat-sahabatku yang masih ttc (trying to conceive),


Saya pernah melalui situasi yang sama seperti kalian. Pernah merasai peritnya dan pedihnya rasa di hati apabila soal anak ditimbulkan di setiap situasi. 


Apapun, saya mohon agar kalian terus tabah menghadapi ketentuan Ilahi dan dalam pada masa yang sama, jangan sekali-kali jemu berikhtiar. Kuatkan semangatmu wahai sahabat-sahabatku! The baby will come at the right time and at the right place, Allah knows very well dan Allah plans very well for us.


Kenapa saya berkata demikian?


Pernah saya nyatakan dalam entry sebelum ini yang saya disahkan hamil pada ketika usia perkahwinan  1 tahun 9 bulan. Masa tu saya rasa seronok, syahdu, gembira, dan 1001 macam perasaan. 


Saya melalui proses kehamilan saya dengan begitu baik sekali. Ditatang bagai minyak yang penuh oleh suami, keluarga saya dan keluarga mertua. Sepanjang hamil, saya gembira setiap masa, rasa bahagia setiap masa, rasa dimanjakan setiap masa. Indahnya bila saya bayangkan saat-saat itu semula


Di tempat kerja pula, pun rakan-rakan menjaga saya dengan baik. Kalau ada aktiviti di syarikat yang berat-berat, saya dikecualikan. Kalau syarikat buat jamuan sedap-sedap, saya didahulukan. Kalau kawan-kawan bawak makanan ke apa ke, saya yang diberi rasa dulu. :)


Senang kata, saya didahulukan dan dipentingkan sebab diorang tahu saya ni ttc dan mengambil masa untuk hamil. Kehamilan saya pada masa itu sungguh indah, indah sangat-sangat. :)


Sesudah melahirkan Haziq, masa tu Haziq dah umur dalam beberapa bulan, barulah saya terfikir,

"Kenapa Allah tentukan aku hamil pada usia perkahwinan 1 tahun 9 bulan?"

"Kenapa Allah tentukan aku hamil semasa aku bekerja di syarikat C ni?"

"Kenapa semua indah-indah sahaja semasa aku hamil?"

"Kenapa doktor dan nurse yang aku pergi checkup pregnant setiap bulan tu semua layan aku dengan baik?"

"Kenapa semuanya baik sahaja?"


Tak tahu kenapa, tapi masa tu, itulah yang ada di fikiran saya.


Dan akhirnya, Allah datangkan ilham kepada saya.


Barulah saya tahu dan faham akan perancangan dan aturan Allah untuk saya. Allahu Akbar!


p/s : Kalau nak tau apa endingnya, tunggu part 2 of 2 ya. :)

6 comments:

ros_reeza said...

salam kenal.. ros singgah sini dan follow :)

Fatimah abdul rahiman said...

Assalamualaikum...terima kasih banyak-banyak sebab 'share' pasal mak aji..Alhamdulillah..berjaya hamil selepas berurut dengan mak aji..tapi masih belum rezeki saya lagi...gugur ketika hamil 7 minggu...dan masih 'TTC' lagi...:)

Mar Mansor said...

macam tak sabar je nak tau..

Lieya Von Jay said...

Sesungguh nya Allah memang seorang perancang yang paling bijaksana. saya percaya tu ^_^

Rai Ourkizuna said...

ic.. sesungguhnya perancangan Allah yang terbaik..yg penting kita jgn putus asa dan sentiasa bersangka baik dengan Nya..

Nxnx Rxn said...

Hi Munirah! Boleh share contact mak aji? boleh email saya crankyrinn@gmail.com
Dah 5 tahun saya TTC.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Like Page Superb Vitamin For Life :)

Hubungi Saya

Name

Email *

Message *