I Love My Followers

Blog ini adalah blog peribadi yang berkisar tentang kehidupan seperti usaha untuk hamil, kehamilan, kelahiran, penjagaan semasa pantang, penjagaan dan pendidikan anak, kesihatan dan kecantikan, keibubapaan dan perkahwinan.
Topik-topik lain juga ada mengikut keselesaan penulis.

Tuesday, March 4, 2014

Kereta Sewa Pilihan Saya Untuk Percutian di Langkawi

Pilih punya pilih, akhirnya saya buat keputusan untuk menggunakan perkhidmatan kereta sewa milik En. Anuar (019-2557584 / 013-4002720) setelah tertarik melihat blog beliau di langkawi-keretasewa-airport.blogspot.com dan mykeretasewa-langkawi.com. Di sana beliau senaraikan semua jenis kereta beserta dengan bayaran sewa untuk satu hari.


Saya pilih Perodua Alza atas sebab memerlukan ruang bonet yang besar untuk meletakkan 2 buah luggage kami dan juga barang-barang lain yang dibeli di Langkawi nanti. Sewanya pula RM100 untuk sehari, jadi kalau pergi 3 hari 2 malam, dia kira sebagai 2 hari sahaja, jadi total RM200.


Saya rasa macam banyak je nak bayar RM200 untuk 2 hari, tambahan pulak itu belum termasuk dengan duit minyak lagi tau. Jadi saya bagitau En. Anuar yang saya nak sewa Toyota Vios auto sebab harganya RM90/sehari, jadi bolehlah jimat RM20 di situ kan.


Bila dah sudah deal, En. Anuar minta saya sms kan detail untuk dia rekodkan. Tak perlu bayar deposit apa-apa untuk booking ni, cuma bila dah dapat kereta nanti terus buat full payment.


Details yang En. Anuar perlukan adalah seperti berikut :

1) Nama
2) No. hp
*3) Date arrival
4) Date departure
5) E-mail
6) Jenis kenderaan yang disewa
*7) Jetty / airport


* Lagi sejam atau 2 jam nak sampai Langkawi, kene call dia dulu. Nanti dia akan standby.

**Kalau kita sampai kat airport, dia akan hantar kereta ke airport. Kalau sampai kat jetty, dia akan hantar kereta ke jetty.


So bila dah confirm dengan En. Anuar, maka selesailah sudah proses booking kereta sewa. Leganyaaa!! Tak sabar nak holiday kat Langkawi!!! :)

15 comments:

Fiza Rahman said...

Bestnya gi langkawi. Tak pernah kesana lagi.

P/s: uni, sorry dah lama x singgah sini. Tak blh nak buka blog yg pakai dot.com lah. Pelik sbb ada blog blh buka even pakai dot.com. Ni pon pakai HP.

Rai Ourkizuna said...

boleh tahan murah jugak kan.. entry2 pasal langkawi saja buatkan aku nak pergi sana lagi..acane?? haha

JunAina said...

Senang macam tukan tak perlu kita nak ambik airport transfer bagai. Hantar kereta kat airport nanti depa ambik semula pun kat air port. Jimat ah kos airport transfer.

Tun said...

next month sy akan ke langkawi..mmg tgh survey2 harga kereta sewa..thanks 4 this info.. ;)
jom singgah n follow sy http://vitaminkesihatan87.blogspot.com/

ros_reeza said...

moga membantu mereka yang nak ke Langkawi jugak nanti :)

aTieYusof Family said...

Ntah bila baru dapt ke Langkawi lagi..hehe...
Uni sihat?? :)

Mizz Aiza (Dunia Kecil) said...

aiza belum pernah sampai ke langkawi lagi.. terfikir juga berkenaan sewa kereta tu..

Mar Mansor said...

terima kasih atas perkongsian..mudah ke langkawi macam ni

LINDA said...

Saya sewa kereta di Langkawi dengan seorang bernama Sobri 0124455406 dan Sobri memaklumkan yang bapanya yang bernombor 0174531140 akan menyerahkan kereta KIA AUTO & srhkn byrn penuh RM160 sewa dari 12 (10 mlm) - 14 Jun (8 mlm).. dpt kereta E aku pun isi minyak penuh RM89.20 trs check in. Esknya plan nak grk awl. Kete x blh start. Dkt sejam br dorang decide nk bg kete lain. WIRA MANUAL! & yg bestnya minyak E!!!!! Dgn bengang aku amk isi minyak RM58.++. Bla aku sms Sobri tu tnya tentang refund..refund RM50 je atas alasan duit dh byk abis sbb fuel pump rosak.??? Itu pn setelah bertalu sms... malah aku mmskn resit minyak. Allah Maha Kaya... terserempak ngn aku dia drve kete Kia Rio tu.. pg ni aku cll plak bapak dia tu sbb sms n mms aku x d jawab lansung. Blh plak ckp kta sesama Islam n ank dia byk kawan....baki minyak dalam Wira aku halalkan..... tp kes KIA.... AKU RASA TERANIAYA

Khairul Hafiz Norddin said...
This comment has been removed by the author.
ain kaswa said...

percutian kat langkawi memang seronok tp berhati-hati masa nak deal utk amik kereta sewa..tu belum peak season lagi..kaw2 tibai harga..byk kes dah dieorang paw customer..pengalaman sy anak langkawi...

wan syamil said...

sy pn plan nk g langkawi..ade x motosikal yg murah nk sewa sana?

anita1982 said...

call saya kalau anda memerlukan kereta avanza cuti sekolah rm150 hari biasa rm120 myvi cuti sekolah rm90 hari biasa rm70 mirrage rm100 cuti sekolah biasa rm80

anita1982 said...

call saya : zainudin 0175693431

Nur Qaseh Zacky said...

No contact sis?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Like Page Superb Vitamin For Life :)

Hubungi Saya

Name

Email *

Message *