I Love My Followers

Blog ini adalah blog peribadi yang berkisar tentang kehidupan seperti usaha untuk hamil, kehamilan, kelahiran, penjagaan semasa pantang, penjagaan dan pendidikan anak, kesihatan dan kecantikan, keibubapaan dan perkahwinan.
Topik-topik lain juga ada mengikut keselesaan penulis.

Saturday, March 15, 2014

Langkawi Day 1 : Dinner di Restoran Pantai Penarak, Langkawi

13 Februari 2014


Oh ya, satu tabiat saya bila pergi makan kat Langkawi ni, sibuk dok belek kerusi makan untuk baby. Bersihkah, kotorkah. Kalau kotor, tak sanggup nak letak my baby Aimi dalam tu. Huhuhu....


Ini gambar saya dan Aimi masa tengah tunggu makanan.

Motif pakai baju yang sama dari pagi kat JHB hingga malam kat Langkawi?
Sebab saya feeling saya wangi. Hahahahaha....


Ini menu kami malam tu :

1) Nasi putih 4
2) Ikan siakap masak stim
3) Ayam masak sambal
4) Sayur kailan masak ikan masin
5) Telur dadar 2
6) Nes o panas
7) Air limau panas
(untuk anak-anak, still minum air mineral).


Sedap ke???


Jawapannya. Bolehla... Tak lah berapa sedap sangat makanan kat situ.


Harganya???


RM54 ok. Tetiba terasa mahal pulak harga tu macam tak berpadanan dengan menunya. Mungkin sebab diorang tau kita ni orang negeri lain, mungkin sebab tu lah dia "tekan harga". Agaknyalah.


Tips daripada suami - kalau kita gi tempat makan macam ni, jangan sesekali mention daripada mana kita datang. Cuba buat rilek je, kalau lagi bagus, cuba try cakap loghat Kedah macam diorang. :)

2 comments:

mamawana said...

Assalamualaikum

Salam sweetie...singgah petang ini

Mar Mansor said...

leh tergeliat lidah kalau cakap bahasa y kita xpernah nak gunakan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Like Page Superb Vitamin For Life :)

Hubungi Saya

Name

Email *

Message *