I Love My Followers

Blog ini adalah blog peribadi yang berkisar tentang kehidupan seperti usaha untuk hamil, kehamilan, kelahiran, penjagaan semasa pantang, penjagaan dan pendidikan anak, kesihatan dan kecantikan, keibubapaan dan perkahwinan.
Topik-topik lain juga ada mengikut keselesaan penulis.

Tuesday, March 11, 2014

Di Sebalik Insiden MH370

Rasanya seluruh rakyat Malaysia ketika ini pastinya sudah jelas tentang apa yang menimpa pesawat MAS Airlines MH370 (kalau ada yang masih samar-samar apa benda MH370 ni, saya cadangkan korang search dulu blog/website lain yang memaparkan kronologi penuh tentang insiden ini, sebab saya tak mampu nak update setiap berita tentang MH370 di blog ini).


Hari ini 11 Mac 2014, sudah masuk hari keempat gerakan Search and Rescue (SAR), namun masih lagi belum ada perkembangan yang positif. Malam tadi, sebelum tidur, saya sempat scroll down news feed di FB saya dan meneliti setiap satu update tentang MH370 (kat FB baca pasal MH370 je, lain-lain update saya ignore je).


Banyak sungguh lah cerita tentang MH370 ni. Kehilangannya disifatkan begitu misteri, sebab ia hilang just like that, without a trace. Tengok sahajalah, berapa banyak negara hantar pesawat / kapal / aset negara masing-masing untuk tujuan SAR namun masih jugak belum berjumpa dengan MH370.


Di sini sahaja sudah jelas kepada kita bahawa, secanggih manapun teknologi yang kita ada, sehebat manapun kemudahan dan peralatan yang kita ada, seberapa banyak pun pakar bidang itu dan bidang ini yang kita ada, masih belum dapat menandingi kekuasan dan kebesaran Yang Maha Esa!


Allahuakbar! Allahuakbar! Allahuakbar!


Di saat kita sedang melakukan apa yang sedang kita lakukan sekarang ini, cuba kita berhenti sekejap dan fikirkan apakah nasib kapten, anak kapal dan penumpang MH370 tersebut. Di manakah mereka? Di langitkah? Di daratkah? Di hutankah? Atau di dasar lautan sana? Sakitkah? Laparkah? Apakah? Sungguh tak terjangkau dek akal fikiran ni. Masih hidupkah? Atau sebaliknya?


Allahuakbar! Allahuakbar! Allahuakbar!


Saya sebenarnya secara peribadi, seolah-olah "ditarik" untuk terus mengikuti kisah MH370 ini. Bukan apa, rasanya belum sampai sebulan pun saya menaiki kapalterbang MAS Airlines iaitu pada pertengahan bulan Februari yang lalu.


Masih segar jelas di ingatan saya, pemeriksaan bagasi oleh pihak kastam, check in bagasi, masuk ke balai berlepas, masuk ke dalam kapal terbang, kapal terbang berlepas, terbang di awan biru dan tak lama kemudian mendarat dengan selamat ke destinasi yang saya tuju pada masa itu (Langkawi).


Di dalam kapal terbang tersebut, pastinya hanya ada penumpang, anak kapal, kapten dan co-pilotnya. Apakah perasaan jika ada orang yang berniat jahat di dalam kapal terbang itu? Ataupun ada kerosakan dan apa sahajalah kemungkinan yang tidak diingini, berlaku pada masa itu?


Macamana nak larikan diri? Macamana nak selamatkan diri? Dengan ada anak kecil lagi, nak ganti pampers, nak susu, nak itu nak ini. Dengan menangisnya, dengan takutnya, dengan gelisahnya, dengan stressnya. Ah, macam-macam lagilah.


Kerana itulah, hanya Allah sebaik-baik penolong dan pelindung. Dalam situasi genting seperti ini, kepada Allah lah kita bergantung dan bermohon.


Allahuakbar! Allahuakbar! Allahuakbar!


Apa yang boleh kita buat untuk membantu mereka yang berada dalam MH370 saat ini?


Doa. Doa. Doa. Doalah sebanyak-banyaknya. Berdoalah di mana-mana jua. Selepas solat fardhu 5 waktu pun, sedekahkan Al-Fatihah kepada mereka. Kita mohon kepada Allah agar meringankan apa jua kesukaran yang sedang mereka tempuh, kita mohon agar Allah menguatkan iman mereka di kala ini, dan kita mohon Allah kembalikan mereka kepada kita semua dengan selamat.


Jika ada kelapangan, lakukan Solat Hajat, tidak kiralah secara bersendirian ataupun berjemaah.


Semoga ada sinar bahagia untuk kita semua, tidak lama lagi. In Shaa Allah....


5 comments:

puan.mila said...

doa dari org soleh dn keluarga trdekat mereka lebih berkat, kita pun sma2 doakan mreka..mudah2an MH370 dlm kdaan baik2..

JunAina said...

Itulah senjata kita buat masa sekarang. Doa. Saya tak sanggup nak bayangkan semua kemungkinan itu...

aTieYusof Family said...

UNi..sy pun mmg sedih & sayu bila mengenangkan apa sbnrnya yg terjadi pada MH3370 ni..YA Allah, dimana mrk? tak terjangkau oleh akal sy ni... sentiasa doakan moga MH370 ni ditemui....
betul kata Uni, berbalik lah pada ALLAH! hanya dia sebaik2 tempat meminta pertolongan...

Mar Mansor said...

apalah nasib mereka..teruskan berdoa semoga dipermudahkan pencarian..

Mazatul Muhamad said...

Semoga dipermudahkan segala urusan mencari MH370.. Sesungguhnya Allah amat mengetahui apa yang kita tak ketahui..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Like Page Superb Vitamin For Life :)

Hubungi Saya

Name

Email *

Message *