I Love My Followers

Blog ini adalah blog peribadi yang berkisar tentang kehidupan seperti usaha untuk hamil, kehamilan, kelahiran, penjagaan semasa pantang, penjagaan dan pendidikan anak, kesihatan dan kecantikan, keibubapaan dan perkahwinan.
Topik-topik lain juga ada mengikut keselesaan penulis.

Wednesday, March 12, 2014

Checklist Barangan Untuk Bercuti ke Langkawi

Selepas dah selesaikan 3 perkara penting iaitu flight ticket, hotel dan kereta sewa, saya teruskan dengan menyediakan checklist barangan untuk dibawa bercuti ke Langkawi.


Actually, dah memang jadi satu kelaziman bagi diri saya, ke mana-mana pergi pun, saya mesti siapkan checklist terlebih dahulu. Saya rasa, dengan adanya checklist seperti ini, urusan penyediaan, mengemas dan memasukkan barang-barang ke dalam luggage akan menjadi lebih teratur dan dapat mengelakkan daripada tertinggal barang-barang penting yang mesti dibawa.


Seminggu sebelum pergi bercuti (bercuti pada 13-15 Februari 2014 yang lalu), saya spend sedikit masa untuk buat checklist ni. Tau tak bila masanya saya buat checklist?


Pukul 1.30 pagi.


Hahahaha... Semangat cik kiah nak gi Langkawi gitu. Hahahaha... Actually malam tu, saya tidurkan Aimi dulu, tapi standardlah kan, kalau tidurkan anak, apalah maknanya kalau maknya tak tidur sekali kan? Hahahaha... Itu sebablah saya bangun semula semata-mata nak buat checklist.


Lagi satu, kalau nak tulis menulis benda-benda penting ni, saya prefer suasana yang senyap sunyi, sebaik-baiknya semasa anak-anak tidur.


Ok, ini dia checklist barangan yang saya sediakan, iaitu mengikut setiap orang bermula dengan Haziq, Aimi, saya dan suami, termasuklah juga general items.


Checklist untuk Haziq
1) Pampers (30 pcs) - anggaran satu hari guna dalam 4-5pcs, so 3 hari paling banyak pun baru 15pcs. Tapi to be safe, saya bawak lebih, sebab tak rasa pulak nak shopping pampers kat Langkawi. Hehe...
2) Botol susu, botol air
3) Susu dan compartment - Satu bekas untuk susu, satu lagi ialah compartmentnya. Senang nak bawak travel.
4) Tuala (2 helai)
5) Baju jalan (Day 1, Day 2, Day 3) - Saya terus listkan siap-siap baju dan seluar yang perlu dipakai untuk ketiga-tiga hari tu.
6) Baju tidur (4 pasang)
7) Baju mandi (1 pasang) - plannya nak gi main air kat Pantai Cenang (tapi yang sebenarnya, tak jadi mandi kat situ sebab..... nanti saya cerita ok)
8) Baju spare (4 pasang)
9) Stokin (2 pasang)
10) Kasut (1 pasang)
11) Sandal (1 pasang)
12) Baju sejuk
13) Vicks
14) Toilettries, berus gigi, ubat gigi
15) Jeans (2 helai)
16) Spek hitam
17) Ubat-ubatan


Checklist untuk Aimi
1) Pampers (30 pcs) - Reason, sama macam kat atas.
2) Botol susu, botol air
3) Susu dan compartment
4) Tuala (2 helai), tuala kecil (3 helai)
5) Wet wipes, spray, cotsheet
6) Baju jalan (Day 1, Day 2, Day 3) - Saya terus listkan siap-siap baju dan seluar yang perlu dipakai untuk ketiga-tiga hari tu.
7) Baju tidur (4 pasang)
8) Baju mandi (1 pasang)
9) Baju spare (4 pasang)
10) Stokin (2 pasang)
11) Kasut (1 pasang)
12) Topi
13) Baju sejuk
14) Bantal kecil
15) Toilettries
16) Ubat-ubatan


Checklist untuk saya
1) Tuala (1 helai)
2) Tuala kecil (3 helai)
3) Pakaian dalam & yang berkaitan
4) Baju jalan (Day 1, Day 2, Day 3) & tudung
5) Kasut, stokin, sandal, selipar
6) Baju sejuk
7) Toilettries
8) Jeans, slack, baju spare, tshirt L/S, tshirt S/S
9) Supplemen
10) Telekung & sejadah
11) Ubat-ubatan


Checklist untuk suami
Lebih kurang macam checklist saya :)


Checklist general items
1) Flight ticket
2) Confirmation hotel
3) Details kereta sewa
4) Catatan jalan-jalan di Langkawi (ini hasil yang saya search dari blog-blog)
5) Pen & buku catatan kecil
6) Kamera & charger
7) Handphone & powerbank
8) Plastik baju kotor
9) Termos
10) Botol air masak (2) (isi air siap-siap, di Langkawi sana saya beli air mineral untuk minum).
11) Tisu peket
12) 2 luggage dan 1 bagpack
13) Handbag (saya) dan sling bag (suami)


Bila dah ada checklist yang details macam ni, saya pasti kerja-kerja packing barang akan jadi sangat mudah. Mana barang yang dah dimasukkan dalam beg, boleh ditandakan kat nombor checklist tu. Mana-mana barang yang belum dimasukkan, jangan tanda dulu.


Next entry, saya nak share tips macamana nak sediakan checklist barangan, ikut diri masing-masing. Bukan apa, checklist yang saya nyatakan di atas ni, mungkin sesuai untuk saya sekeluarga tapi rasanya mungkin tak sesuai untuk orang lain. Betul tak?


Jadinya, nanti saya ceritakan apa kriteria yang perlu dipertimbangkan semasa menyediakan satu-satu checklist barangan untuk pergi bercuti. Stay tuned! :)

2 comments:

Rai Ourkizuna said...

cam besar je begnya nanti.. diapers je 60 keping..hehehe..

rajin gila ko buat actual check list..aku biasanya dalam kepala je.. malas nak tulis bagai..haha.. tapi mak aku mmg pesan suh buat..supaya takde yg tertinggal..hihi

Ayu Zan said...

rajin akak cek ..bagus ni.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Like Page Superb Vitamin For Life :)

Hubungi Saya

Name

Email *

Message *