I Love My Followers

Blog ini adalah blog peribadi yang berkisar tentang kehidupan seperti usaha untuk hamil, kehamilan, kelahiran, penjagaan semasa pantang, penjagaan dan pendidikan anak, kesihatan dan kecantikan, keibubapaan dan perkahwinan.
Topik-topik lain juga ada mengikut keselesaan penulis.

Friday, March 14, 2014

Langkawi Day 1 : Check In di Hotel Asia Langkawi

13 Februari 2014


Kitorang sampai di Hotel Asia dalam pukul 1.00 pm. Kalau ikutkan selalu check in hotel ni pukul 2.00 pm / 3.00 pm kan, tapi saya fikir alah redah jelah. Kalau diorang cakap boleh check in, teruslah check in, kalau tak, boleh kitorang gi lunch dulu. Perut pun dah berkeroncong ni. Laapaaaarrr!!!


Masuk je kat hotel tu, rasa kagum sebab ia sebijik sama macam yang saya tengok kat TripAdvisor. Kemas dan bersih. So saya terus tanya nak check in dan konfemkan bilik. Yes, bilik available dan boleh terus check in.


Saya pun terus bayar balance RM206. Yang RM50 tu dah bayar awal sebagai deposit untuk booking bilik. (Total RM256 untuk 2 malam untuk 1 queen bed + 1 single bed, without breakfast).


Lepas tu, saya terus cakap kat suami untuk tolong angkut semua barang-barang ke bilik hotel. Bilik kami terletak di first floor. Hotel ni 3 tingkat je dan takde lif tau.


Bila masuk bilik, kitorang terkedu sangat sebab biliknya agak kecil. Siap terfikir, kat celah mana pulak nak solat ni. Sebab rasa macam takde tempat langsung yang sesuai untuk solat. Tapi disebabkan dah penat + lapar, kitorang kiv dulu segala persoalan. Terus letak barang dan cau cin cau.


Perut dah lapar! Dah pukul 2.00 pm!

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Like Page Superb Vitamin For Life :)

Like Page Love Natuwrel :)

Hubungi Saya

Name

Email *

Message *