I Love My Followers

Blog ini adalah blog peribadi yang berkisar tentang kehidupan seperti usaha untuk hamil, kehamilan, kelahiran, penjagaan semasa pantang, penjagaan dan pendidikan anak, kesihatan dan kecantikan, keibubapaan dan perkahwinan.
Topik-topik lain juga ada mengikut keselesaan penulis.

Sunday, March 30, 2014

Bila Selesai Urusan Dengan EPF, Maknanya....

Maknanya....


Saya kini sudah ada rumah sendiri!!!


Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah..


Di usia 30 tahun ni (sebab belum birthday lagi), akhirnya impian saya untuk memiliki rumah sendiri tercapai jua. Syukur alhamdulillah dan rasa seronok sangat. Rasa macam dah ada rumah milik sendiri, sendiri punya dan bukan orang lain punya.


Pagi semalam, saya terima sms daripada EPF yang menyatakan duit yang saya nak keluarkan daripada akaun 2 untuk tujuan pembelian rumah tu, sudahpun diluluskan dan duitnya telahpun dikreditkan ke akaun saya.


Saya rasa macam tak percaya pulak duit dah masuk, padahal baru je submit semua dokumen kat EPF hari Rabu lepas (26/03/2014). Tapi kalau difikirkan balik, dah kita hantar dokumen lengkap, haruslah EPF buat kerja cepat kan?


Pokok EPF yang menarik perhatian saya


Lepas breakfast, saya terus cek akaun dan memang ternyata duit pun dah masuk. Gembira bukan kepalang. :)


So bermula bulan ini, saya sudah ada rumah sendiri dan mulalah bayar bulanan untuk rumah. Tamatlah sudah episod menyewa selama 3 tahun 2 bulan (mula menyewa dari tahun 2011). Memang lama tempoh menyewa tu, tapi pada masa tu memang tak mampu nak beli rumah kerana kewangan agak terhad. Tapi takpelah, menyewa pun ada manisnya juga kan.


In shaa Allah bila ada kelapangan, saya akan update entry yang berkaitan dengan membeli rumah subsale.


p/s : Rumahku, syurgaku, suamiku, anak-anakku.

5 comments:

Rai Ourkizuna said...

gambar rumah plisss

tahniah!!!

awanungu said...

congrats!

kalau xda prob EPF memang cepat keluar duit. Dulu saya seminggu dah keluar

ZalinZalina said...

Salam Uni...nanti kak ina follow balik ye...harini taktau apsal takleh pulak...apapun syukur dapat duduk rumah sendiri nanti kan :)

Mizz Aiza (Dunia Kecil) said...

alhamdulillah.. tahniah kerana telah memiliki rumah sendiri.. :D

Mar Mansor said...

alhmadulillah..tercapai juga..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Like Page Superb Vitamin For Life :)

Like Page Love Natuwrel :)

Hubungi Saya

Name

Email *

Message *