I Love My Followers

Blog ini adalah blog peribadi yang berkisar tentang kehidupan seperti usaha untuk hamil, kehamilan, kelahiran, penjagaan semasa pantang, penjagaan dan pendidikan anak, kesihatan dan kecantikan, keibubapaan dan perkahwinan.
Topik-topik lain juga ada mengikut keselesaan penulis.

Wednesday, March 12, 2014

Berapa Kali Packing Barang Untuk Pergi Bercuti?

Nak pergi Langkawi baru-baru ni, saya packing barang sampai 3 kali!


3 kali?


Apsal banyak kali packing? Salah packing ke sebelumnya? Kan dah buat checklist? Takkan salah packing jugak?


Err... bawak bersabo ye teman-temanku yang comel... :)


Ok, kalau korang rujuk semula entry saya tentang checklist tu, rasa-rasanya kita takkan boleh packing barang hanya dalam 1 masa. Betul tak?


Contoh macam saya ni, ibu bekerja. Balik pun dah nak malam, pung pang pung pang itu ini tau-tau dah pukul 10 atau 11 malam. Anak dah nak tidur, bila masanya saya nak mengemas mengadap beg-beg besar tu semua?


Style anak-anak saya pula, kalau tidur, mesti nak tidur sama-sama. Aimi mesti nak tidur dengan saya sebab nak df, Haziq pula nak tidur dengan abahnya sebab abah tolong dodoi sebelum tidur (kadang-kadang abah tidur dulu, Haziq tak tidur-tidur jugak. Hahahahaa...)


Jadinya, saya tak boleh nak spend 1 malam just nak packing kain baju. Kenala packing sikit-sikit, hari ni masukkan sikit baju dalam beg, esok buat sikit lagi dan begitulah seterusnya.


Cara saya, saya packing kain baju sebanyak 3 kali.


Kali pertama 
5 hari sebelum. Masukkan pampers, tuala dan kain baju untuk dipakai di Langkawi. Kain baju ni bukan yang baju basahan la, kiranya baju-baju untuk dipakai kat sana.


Kali kedua
Satu hari sebelum. Melibatkan baju basahan, telekung (bawa yang baru), sejadah, kamera, charger, ubat-ubatan, susu, compartment netc.


Kali ketiga
Pagi sebelum berangkat ke airport Senai. Melibatkan botol susu, botol air, toilettries, beg bedak dan barang-barang yang last guna pada pagi 13 Februari 2014 tu.


Oh ya, untuk baju dan tudung yang nak dipakai pada 13 Februari 2014 tu, saya dah gosok dan gantung siap-siap dan asingkan. Sweater masing-masing pun dah siap gantung dengan baju yang nak dipakai (kat airport tu sejuk, sebab tu standby sweater, lagipun kami akan sampai ke airport di awal pagi).


Belt suami pun saya dah siap sediakan dengan seluar panjangnya. Stokin pun dah terus standby dalam kasut masing-masing, jadi bangun pagi takyah sibuk-sibuk nak cari stokin lagi.


Suami siap cakap, "Wah, sayang ni betul-betul the best holiday planner nih!"


Hahahahahaaha....


Haruslah the best holiday planner, gigih tau planning the best for everything, for you my husband and for our babies. :)

3 comments:

Irfa said...

akak lak jenis wat keje last minute
esok nak pegi, malam ni baru packing
ni jumaat nak gi medan, beg utk travel pun dah lupa mana letak
bawak selai dua je kot, nanti beli yg murah2 kat sana

siti alfakhishah aman said...

yup.. kite memang s.by checklist.. start dr 1st day.. baju ape tudung ape.. selit skali underwear.. hikhik.. seminggu awal dah siap packing baju semua..

Izzati Roszi said...

Best baca entri sis pasal holiday. Details. 👍👍👍

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Like Page Superb Vitamin For Life :)

Like Page Love Natuwrel :)

Hubungi Saya

Name

Email *

Message *