I Love My Followers

Blog ini adalah blog peribadi yang berkisar tentang kehidupan seperti usaha untuk hamil, kehamilan, kelahiran, penjagaan semasa pantang, penjagaan dan pendidikan anak, kesihatan dan kecantikan, keibubapaan dan perkahwinan.
Topik-topik lain juga ada mengikut keselesaan penulis.

Tuesday, March 18, 2014

Beginikah Yang Terjadi Apabila Anak Rindukan Ibunya?

Sejak akhir-akhir ini, saya perasan akan perubahan sikap Haziq. Taklah begitu ketara, namun memang ada perubahan daripada kebiasaan. Sebagai seorang ibu, saya taknak lah jadi risau tak bertempat, namun saya tetap alert.


Antara perubahan Haziq akhir-akhir ini :


1) Kurang selera makan

Kalau korang tengok gambar-gambar Haziq yang ada kat blog ni, bolehlah dikatakan Haziq ni agak chubby, ditambah pula dia memang suka makan nasi putih, nasi goreng dan ayam goreng. Tapi sekarang, semua benda dia taknak makan, kalau makan pun, mesti tak habis.

Kalau dulu nampak ayam goreng KFC tu, mesti dia beriya-iya nak, tapi sekarang, dah dioffer dan ada depan mata pun, dia jamah sikit je.


2) Suka cubit Aimi secara sembunyi-sembunyi

Kadang-kadang dia cubit kat pipi, kadang-kadang dia cubit kat kaki, kadang-kadang dia cubit kat tangan. Ikut mana sempat.

Nak kata Haziq cubit kuat sangat tu tidaklah, tapi dah memang Aimi tu jenis manja, maka cubit sikit pun dia dah mula nak menangis.


3) Suka cium Mama, kadang-kadang cium dengan ganas

Maksudnya, bila saya tengah baring, tanpa diduga, Haziq datang lompat atas saya dan cium saya puas-puas sambil cakap, "Haziq sayang Mama".

Ada pulak tu, masa Aimi duduk kat riba saya (belah kiri), Haziq terus datang duduk kat riba saya (belah kanan). Haziq selalu cium saya / muncul in action bila masa saya tengah melayan Aimi (bf Aimi, etc.)


4) Nak tidur dengan Mama

Saya masih lagi bf Aimi sekarang ni, so boleh dikatakan sepanjang malam tu saya memang tidur dengan Aimi dan Haziq pulak tidur dengan abahnya. Tapi saya perasan dah dekat beberapa malam, dia macam tak boleh tidur.

Saya pulak jenis cepat terjaga, bila terdengar Haziq bergerak / berkalih tidur, saya mesti terjaga. Ada satu malam tu, dia bangun dan bisik kat telinga saya,

"Mama, Haziq nak tidur dengan Mama, boleh tak?"

"Boleh. Tapi Aimi tengah minum susu Mama. Haziq tunggu kejap ya".

So saya mula keluarkan miss n dari mulut Aimi dan nak tidur dengan Haziq. Baru je sekejap peluk Haziq, Aimi dah melalak sebab dia memang nak tidur dengan miss n ada kat mulut dia.

Saya pulak dah serba salah, cuba masukkan Aimi dalam buai dan cuba tidurkan dia tapi Aimi taknak.

Haziq pulak, just tengok je apa saya buat tanpa cakap apa-apa.

Sudahnya, saya keluarkan Aimi daripada buai dan baringkan Aimi. Aimi masih menangis, saya tau dia nak miss n saya ni. Saya dah serba salah, kalau tidur dengan Aimi semula, nanti Haziq macamana?

Tengah kalut-kalut tu, Haziq cakap,

"Mama, Mama tidur dengan Aimi ok. Haziq tidur dengan Abah. Bye Mama, I love you" dan dia terus pergi kat abah dia.

Saya terdiam sendiri. Dalam hati, rasa sedih. T____T


5) Cepat nak marah

Haziq ni good boy, tapi sekarang cepat je nak marah. Entahlah kenapa. Agaknya sebab dia cemburukan Aimi kot?

Saya bagitau pasal Haziq kat suami. Dia cakap, Haziq jadi macam ni sebab terlalu rindukan saya. Saya memang ada depan mata dia setiap hari dan setiap masa, tapi hakikatnya dia rindu saya layan dia seperti dulu-dulu, sewaktu dia masih lagi belum punya adik.

Suami cakap, Haziq rindukan saya sebab sekarang perhatian saya banyaknya untuk Aimi sahaja apatah lagi Aimi masih menyusu badan.

Saya terdiam sendiri. Dalam hati, rasa sedih. T____T


***********************************


Ini pulak cerita pagi ni.


Selalunya suami saya akan hantar Haziq pergi sekolah dan saya hantar Aimi kat babysitter, tapi hari ni Haziq nak saya hantar dia ke sekolah, dan suami hantar Aimi kat babysitter.


Dalam kereta, sambil drive, saya banyak berbual dengan Haziq, bercerita itu ini sambil tangan saya pegang tangan dia.


Haziq pulak, peluk cium tangan tangan saya dan usap-usap tangan saya. Saya nampak, yang Haziq begitu "menikmati" masa yang mana hanya ada kami berdua.


Bila dah sampai kat sekolah, saya hantar Haziq ke muka pintu. Haziq salam dan cium tangan saya. Pastu dia siap cuit-cuit pipi saya tanda mengusik. Saya ketawa. Pastu saya peluk Haziq sambil cakap, "Mama sayang Haziq banyak-banyak".


Jawab Haziq, "Haziq sayang Mama banyak. Nanti Mama amik Haziq tau. Haziq tunggu Mama tau"


Dan tiba-tiba saya dilanda rasa sebak. Airmata ini begitu mudah bergenang.


Sebelum masuk ke sekolah, Haziq peluk saya sekali lagi.


Dalam perjalanan ke tempat kerja, saya terfikir, "Beginikah yang terjadi, beginikah rasanya apabila seorang anak rindukan ibunya?"


Haziq, Mama rindukan Haziq!!!


T__T
Walaupun sekarang ada Aimi dalam family kita, Mama tetap sayang dan rindukan Haziq.
Mama sayang Haziq dan Aimi sampai bila-bila....

8 comments:

Nurul said...

Salam singgah, Uni...

Haziq rindukan mama dia tu... baru setahun ye beradik... cam k nrl ni pun, kekdg tu empat2 nak tido berkepit ngan mama dia... ^__*

Mazatul Muhamad said...

Allah.. sedih pulak baca entry ni.. kadang2 kita cuba spend masa lebih dengan setiap anak, tapi mesti ada juga yang terasa lack of love.. Tak per Uni, sedekahkan Al-fatihah kat setiap anak setiap hari or bila kita rasa rindu kat diorang... Insya-Allah.. diaorang tak kan rasa kekurangan kasih sayang kita :)

Umi Nazrah said...

salam singgah. anak2 yg rindukan ibu nya memang ketara kan. saya bulan lepas ke kursus 4hari. mak bagitau anak2 ni setiap hari dok peluk cium kain selimut saya. sedih bila dengar :(

Amanda Suria said...

anak2 membesar memang cenggitu ragamnya..nak2 dah ada adik macam x puas dia nak manja kan...no worries dear..slow2 dia akan faham...

Mar Mansor said...

terharu baca entri uni ni..ish..touching la bab anak nih..haziq memang rindukan layanan mama dia..sob2

anajingga said...

anak2 ni kadang2 mahukan perhatian dari kita,biasalah yang sulung akan cepat memberontak sifatnya dengan kehadiran adik..anak kak ana dulupun mcam ni..salam ukhwah..

Linda said...

Salam... kekadang bila anak kita beradik selalunya lebih baik.. sikit2 dia belajar berkongsi kasih sayang mama n papanya..

aizamia3 said...

sebak baca entry ni tapi mungkin sebab perhatian dah terbahagi dua jadi dia terasa.. dulu tak kena share, bila kena share dia takut ibunya tak sayangkan dia.. sebab tu dia cuba usaha tarik perhatian ibunya.. ;)
sweet je dak Haziq ni..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Like Page Superb Vitamin For Life :)

Like Page Love Natuwrel :)

Hubungi Saya

Name

Email *

Message *