I Love My Followers

Blog ini adalah blog peribadi yang berkisar tentang kehidupan seperti usaha untuk hamil, kehamilan, kelahiran, penjagaan semasa pantang, penjagaan dan pendidikan anak, kesihatan dan kecantikan, keibubapaan dan perkahwinan.
Topik-topik lain juga ada mengikut keselesaan penulis.

Friday, March 14, 2014

Apabila Jerebu Melanda, Hadkan Aktiviti di Luar Rumah

Dok susah hati fikir pasal MH370, berita terkini pulak tentang masalah jerebu yang semakin teruk. Pagi tadi dengar kat radio, dalam 200++ buah sekolah kat Lembah Klang dah ditutup disebabkan oleh masalah jerebu ni.


Berdasarkan sumber Jabatan Alam Sekitar, bacaan IPU kat Lembah Klang dah menjejak 300++!!! Tingginya!! Yang kat Pasir Gudang pula, masih dalam kategori sederhana / moderate dengan bacaan IPU 67-68.


Walaupun begitu, saya dah mula hadkan aktiviti luar rumah untuk anak-anak. Cukup sekadar pagi anta diorang ke sekolah dan ke rumah babysitter, tengahari jemput Haziq kat sekolah dan hantar ke rumah babysitter dan petang balik kerja, amik anak kat rumah babysitter dan terus drive straight ke rumah. Malam pulak, just rilek-rilek kat rumah tanpa keluar ke mana-mana.


Sungguhpun begitu, Haziq terkesan jugak oleh perubahan cuaca yang sangat panas, kering dan kotor sekarang ni. Hari tu dia demam, pastu sakit tekak dan batuk, pastu kurang selera makan. Makan sikit-sikit je. Huhuhuhu...


Tadi baca kat astroawani.com, katanya, by end of March atau early April ni, cuaca dijangkakan akan kembali normal semula (lebih lembap). Harap-harap begitulah.


p/s : Untuk saya sendiri, tak tahan rasanya berjalan kat area plant ni di bawah terik sinar matahari.

2 comments:

Sally Samsaiman said...

cuaca sekarang, jerebu..kena catu air...haihh...mmg rasa derita kejap kan kak Uni?

Mar Mansor said...

dugaan betul..macam2 berlaku kan..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Like Page Superb Vitamin For Life :)

Like Page Love Natuwrel :)

Hubungi Saya

Name

Email *

Message *