I Love My Followers

Blog ini adalah blog peribadi yang berkisar tentang kehidupan seperti usaha untuk hamil, kehamilan, kelahiran, penjagaan semasa pantang, penjagaan dan pendidikan anak, kesihatan dan kecantikan, keibubapaan dan perkahwinan.
Topik-topik lain juga ada mengikut keselesaan penulis.

Monday, March 31, 2014

Sedekah dan Sampul Duit Raya

Saya ni, daripada dulu lagi, ada satu habit yang apabila saya bagi duit kat orang, saya takkan bagi direct macam tu je. Saya mesti letakkan duit tu dalam sampul duit raya terlebih dahulu then barulah bagi kepada orang yang saya nak bagi tu.


Ini termasuklah bagi duit kat ibu bapa, mertua, adik beradik, atuk dan nenek, anak sedara dan sapa-sapa je lah, termasuk juga untuk bayaran bulanan babysitter dan yuran tadika Haziq, tetap saya masukkan dalam sampul duit raya.


Alasannya, saya tak mahu wang itu dilihat oleh orang yang tidak sepatutnya. Cukuplah hanya Allah, saya dan penerima wang tersebut yang tau isi kat dalam sampul tu. Orang lain, cukuplah sekadar tengok sampul je. Hehehehe...


Kemudian, semenjak dua menjak ni, saya semakin meluaskan lagi penggunaan sampul duit raya ni iaitu apabila waktu nak bersedekah. Kalau kita sedekah kat masjid, kita boleh terus masukkan duit tu dalam tabung kan.


Tapi kalau kita sedekah kat orang (bagi direct duit tu kat tangan dia), belum sempat kita beredar dari tempat tu, orang lain pun boleh tengok berapa jumlah duit yang kita sedekahkan.


"Eh, dia derma sepuluh ringgit jer?"

"Eh, banyaknya dia derma lima puluh ringgit?"

"Eh, dia ingat duit lima ringgit tu boleh beli apa?"


Dan, itulah yang saya nak elakkan! Saya taknak orang tahu berapa jumlah yang saya sedekahkan.


So, inilah tips mudah bersedekah cara saya - iaitu dengan memasukkan duit yang nak disedekahkan tu ke dalam sampul duit raya. Orang takkan tahu berapa jumlahnya, kan?


Korang boleh lihat sampulnya, tapi takkan tahu berapa jumlah di dalamnya


Setiap bulan, saya akan peruntukkan sejumlah wang untuk bersedekah. Dan daripada jumlah itu, saya bahagi-bahagikan sama rata dalam beberapa sampul duit raya dan lekatkan.


Sampul ni memang saya standby dalam handbag. So ke mana pun saya pergi, dan kalau kata saya nak bersedekah, takde alasan tak cukup / takde duit, sebab saya dah allocate kan duit untuk bersedekah.


Just keluarkan satu sampul dan hulurkan pada penerima, dengan niat sedekah. In Shaa Allah. Moga ia membantu saya di 'sana' nanti.


Bila tiba bulan depannya, saya buat lagi perkara yang sama, berulang-ulang sehingga ia menjadi rutin saya. Dengan cara ini, saya merasakan betapa mudahnya nak bersedekah dan yang lebih baik, ia dapat membantu saya untuk mengelakkan timbulnya rasa riak apabila bersedekah.


Oh ya, nak citer satu cerita kat korang yang berkaitan dengan sedekah dan sampul duit raya ni.


Tahun lepas, masa tu saya nak pergi bayar zakat kat kaunter zakat pusat bandar Pasir Gudang tu. Tengah beratur tu, saya nampak seorang budak lelaki tak pasti berapa umurnya, dia duduk dalam stroller. Ada macam-macam alat yang dipasang kat tubuh badannya. Sayu hati saya tengok keadaan dia sebab dapat rasa budak lelaki tu macam tengah sakit sangat.


Ibu bapanya ada kat situ sebab nak mohon bantuan zakat untuk keluarga mereka. Kiranya diorang ni orang susahlah. Saya tak pasti apa yang bapanya bincangkan dengan orang kaunter tu, sebab saya kat kaunter sebelahnya untuk urusan saya pulak.


Selesai urusan saya, saya tengok, urusan diorang tak setel lagi. Saya pula ada hal lain lepas tu, so nak kene beredar dengan segera lah. Tapi dalam hati ni, nak tau sangat-sangat apa penyakit budak ni.


So, saya beranikan diri menegur mak dia. At first, tak tau nak panggil orang tu makcik ke, kakak ke sebab tak reti nak agak berapa usianya. So, saya panggil puan jelah.


Saya : "Assalamualaikum puan, saya Munirah"

Ibu budak lelaki tu : "Ya, Waalaikumussalam"

"Maaf lah kalau saya bertanya. Kalau puan rasa kurang selesa dengan pertanyaan saya, puan abaikan sahaja, saya faham"

Dia angguk.

"Boleh saya tau apa sakit anak puan?"

"Dia sakit........"

Panjang lebar penerangan puan tu. Saya pun tak berapa faham. Dia siap tunjukkan surat dari hospital. Yang saya faham, budak tu sakit yang berkaitan dengan jantung dan paru-paru.


"Oh begitu ya. Puan, beginilah, saya sebenarnya ada urusan lain, tapi inilah, harap Puan sudi terima ini untuk anak Puan. Tak banyak yang dapat saya bantu. Saya harap Puan sudi terima, dan selebihnya, saya akan berdoa banyak-banyak moga anak Puan cepat sembuh" (Saya hulurkan sampul duit raya yang memang dah ada dalam handbag saya).

"Terima kasih dik. Terima kasih banyak-banyak" (dan ibu tu terus menangis sambil mengesat air mata dengan hujung tudungnya).

"Maaf, jumlahnya tak banyak Puan. tapi inilah yang saya mampu"

"Terima kasih banyak dik" (Berulang kali dia ucap begitu sambil menggenggam erat tangan saya. Saya faham apa maksudnya. Dia sangat menghargai, kerana dia sangat mengharapkan bantuan, untuk anaknya).

"Sayang, acik doa sayang cepat sembuh ya. Ni acik bagi untuk beli ubat ye sayang. Sayang cepat sihat ya sebab ibu dengan ayah sayang sangat dengan sayang" ucap saya pada budak lelaki tu.

Saya pun hulur satu lagi sampul untuknya, budak tu tersengih suka, dan saya terus beredar.


Kat situ ada ramai orang, yang memerhatikan kami. Tapi saya rasa ok, sebab pastinya diorang tak tau berapa jumlah yang saya bagi. Hanya Allah sahaja yang mengetahuinya, dan itu sudah mencukupi.

Sunday, March 30, 2014

Bila Selesai Urusan Dengan EPF, Maknanya....

Maknanya....


Saya kini sudah ada rumah sendiri!!!


Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah..


Di usia 30 tahun ni (sebab belum birthday lagi), akhirnya impian saya untuk memiliki rumah sendiri tercapai jua. Syukur alhamdulillah dan rasa seronok sangat. Rasa macam dah ada rumah milik sendiri, sendiri punya dan bukan orang lain punya.


Pagi semalam, saya terima sms daripada EPF yang menyatakan duit yang saya nak keluarkan daripada akaun 2 untuk tujuan pembelian rumah tu, sudahpun diluluskan dan duitnya telahpun dikreditkan ke akaun saya.


Saya rasa macam tak percaya pulak duit dah masuk, padahal baru je submit semua dokumen kat EPF hari Rabu lepas (26/03/2014). Tapi kalau difikirkan balik, dah kita hantar dokumen lengkap, haruslah EPF buat kerja cepat kan?


Pokok EPF yang menarik perhatian saya


Lepas breakfast, saya terus cek akaun dan memang ternyata duit pun dah masuk. Gembira bukan kepalang. :)


So bermula bulan ini, saya sudah ada rumah sendiri dan mulalah bayar bulanan untuk rumah. Tamatlah sudah episod menyewa selama 3 tahun 2 bulan (mula menyewa dari tahun 2011). Memang lama tempoh menyewa tu, tapi pada masa tu memang tak mampu nak beli rumah kerana kewangan agak terhad. Tapi takpelah, menyewa pun ada manisnya juga kan.


In shaa Allah bila ada kelapangan, saya akan update entry yang berkaitan dengan membeli rumah subsale.


p/s : Rumahku, syurgaku, suamiku, anak-anakku.

Saturday, March 29, 2014

Malam Minggu : Masa Untuk Siapkan Scheduled Entry

Hai. Baru je selesai tidurkan Aimi. Harapnya dia terus lena lah sampai ke pagi, supaya dapatlah saya online jap untuk siapkan scheduled entry.


Esok Haziq dah mula bersekolah. Rasa macam sekejap sangat cuti sekolah seminggu ni, kan.


Oklah. Nak sambung buat entry. :)

Kerana MH370, Tetiba Wujud Fear of Flying

MH370 - berakhir di selatan Lautan Hindi


Pesawat Malindo Air - enjin terbakar semasa tengah terbang


Pesawat India yang terlibat dengan SAR (Search and Rescue) MH370 - terhempas. Semua anak kapal meninggal dunia.


Dan saya rasa takut nak naik kapal terbang. Huhuhuhu...

Friday, March 28, 2014

Segmen Monthly Top Commentator Tahun 2014

Bulan Mac hampir tiba ke penghujungnya dan barulah saya teringat yang saya terlupa nak update tentang satu perkara iaitu Segmen Monthly Top Commentator tahun 2014.


Segmen ni pertama kali saya adakan pada bulan April tahun 2013. Sambutannya boleh dikatakan agak menggalakkan juga dan saya seronok dengan hasilnya.


Jadi disebabkan saya dah seronok, haruslah diteruskan lagi segmen ni, ye tak? Hehehhee... Cuma untuk tahun ini, saya tak pasti lagi apakah bentuk reward yang saya akan berikan kepada top commentator setiap bulan.


Kalau tahun lepas, mula-mula tu saya poskan hadiah. Lepas tu, saya dah mula sibuk sampai memang takde masa lah nak jejak kaki ke pos ofis, so saya tukar hadiah kepada bentuk wang tunai. Saya rasa cara begitu lebih menjimatkan masa dan mudah untuk saya dan pihak penerima.


Tapi untuk tahun ni, saya taknak bagitau apa bentuk hadiahnya. Kalau nak tahu, kenalah jadi Top Commentator ya. :)


p/s : Contoh : Kalau Top Commentator bulan January, bukan bermakna komen dikira untuk entry bulan January sahaja. Tapi dikira untuk mana-mana entry pun, asalkan korang tinggalkan komen pada bulan January, maka akan masuk list Top Commentator January. Harap jelas ya. :)

Thursday, March 27, 2014

UPDATED : Saya Dah Follow 303 Blog Setakat Ini dan Tak Boleh Nak Follow Blog Yang Lain

Pening kepala. Sibuk blogwalking cari tutorial dan penjelasan kenapa jadi macam ni - saya tak boleh follow blog orang lain, sebab blogger.com cakap saya dah follow maksimum 300 blog.


Bila saya cek, saya dah follow 303 blog. So memang kene unfollow sesetengah blog ke, supaya saya boleh follow blog-blog baru? Hua hua hua...


Aduhai, pening kepala. Dahla tak berapa celik it.


Macamana nak buat ya? Supaya saya boleh follow lebih daripada 300 blog dengan jayanya?


UPDATED! (27 March 2014)


Tadi saya ada try follow satu blog ni. Dia letak ikon follow kecik kat belah kanan atas blog dia tu.


Instead of tekan butang "Follow" kat widget follower dia, saya tekan kat ikon follow kecik tu. Dan hasilnya, saya BERJAYA FOLLOW BLOG dia! (Padahal saya dah follow maksimum 300 blog tuuuu)


Surprise sungguh!


Jadinya, sementara nak mengatasi masalah tak boleh follow guna widget follower ni, saya akan follow dengan cara klik ikon follow kecik kat atas tu. Itupun kalau blog tu ada install ikon follower kecik tu lah.


Kalau diorang tak install, makanya tak bolela saya nak follow sebab blogspot saya ni macam tengah problem. Nak follow through Reading List pun tak sukses. Huwaaa...


Saya juga dah install ikon follow kecik kat belah kanan atas blog saya ni. Tutorialnya saya cedok kat sini. Kot-kot korang pun tak boleh nak follow saya guna widget follower, korang klik je kat ikon follower kecik tu. In Shaa Allah, pasti boleh follow dengan jayanya. :)


UPDATED! (28 March 2014)


Untuk sesetengah blog yang tak install ikon kecik follow kat belah kanan atas blog tu, kita masih follow blog diorang. Caranya, dengan add to reading list kat dashboard kita.


Memang akan kuar notification "maximum follow 300 blogs" tu, tapi kita continue add in. Buat berkali-kali, then pasti boleh.


Other alternative, kita cuba lagi the next day. Then pasti boleh.


Saya dah cuba, dan memang menjadi. Berjaya jugak follow walaupun saya dah follow maksimum 300 blogs. :)

Wednesday, March 26, 2014

CPUV #7 Ford Fiesta Phase 2

Malam tadi cek akaun Nuffnang sebelum tido. Tengok-tengok dapat satu lagi cpuv iaitu daripada Ford Fiesta Phase 2. Eh, macam tau-tau je saya ni tengah fikir-fikir nak beli kereta baru. Hahahahaha...


Apalagi, teruslah cek blog pulak. Ye, memang dah appear iklan Ford Fiesta ni kat bahagian leaderboard kat blog. Kembang kempis hidung saya di malam hari. :)


Terima kasih Nuffnang dan pihak advertiser Ford Fiesta sebab sudi pilih blog saya untuk letakkan iklan anda. :)


p/s : Bulan Mac ni boleh dikatakan saya terima cpuv setiap minggu. Mudah-mudahan rezeki ini akan berterusan pada bulan-bulan seterusnya. Amin Ya Rabbal 'Alamin... :)

Celebrate 6th Wedding Anniversary

Untuk sambutan ulangtahun perkahwinan kami yang ke-6, saya sambut secara simple sahaja iaitu pergi makan berdua dengan suami. Terima kasih kat babysitter sebab sudi jagakan anak-anak. :)


Suami belanja makan di Nando's, sebagai tanda mengingati saat-saat masa saya mengandungkan Haziq dulu. Masa tu, tiap-tiap bulan lepas dapat je gaji, saya mesti nak pergi makan kat Nando's. 


Saya suka sangat makan ayam Nando's!


Korang bayangkanlah, pada masa tu, tiap-tiap bulan saya makan kat situ tanpa rasa jemu. Suami pun tabah jela ikutkan keinginan isterinya ni walaupun dia sendiri dah naik jemu. Hahahaha...


Deliciousss


Roti cicah dengan sup


Menu kami hari tu :

1) 2 sets of quarter chicken flavour hot
2) side order - mediterranean rice, old style chips, peri chips, coleslaw
3) mineral water & ice lemon tea
4) peri soup with garlic bread (rotinya gebus sangat!)
5) kek white choc macadamia - yang ni saya belanja :)


Happy 6th anniversary my husband. 
I love you so much. :)


Bila tengok gambar kat atas ni, saya takleh tahan gelak. Tengokla muka saya tu, so booooolattt!! Kalau compare dengan gambar kawin 6 tahun dulu, sangat jauh berbeza. Apa taknya, program diet asyik tak jadi je. Hahahaha...


Anyway, itulah cara wedding anniversary kami disambut kali ini. Saya tak minta apa-apa hadiah daripada suami, begitu juga dia. Cukupla dengan pergi makan berdua dan spend time bersama. :)


Tapi sebelum balik tu, sempatlah masuk dalam Jusco kejap. Last-last beli cadar baru, sebagai tanda mengingati ulangtahun perkahwinan ini. Cadar dan wedding anniversary. Memang betul-betul ngam kan? :)

Dah namanya anniversary, corak mestilah pilih yang love-love.


Tuesday, March 25, 2014

Follow Blog : Maksimum 300 Blog Sahaja?

Tadi saya try nak follow satu blog (blog A), tapi tak boleh. Saya klik kat button follow, terus problem.


Saya try add kat reading list saya, pun tak boleh.


Last-last kuar satu status yang mengatakan, saya dah follow 300 blog dan ini adalah jumlah maksimum. Sila unfollow blog lain, untuk membolehkan saya follow blog A.


Saya macam, "aikk, ape kehe pulak ni? maksimum 300 blog je? biar betul blogger.com ni? don't make my blood go upstairs" (hahahahaha....)


Err... korang pernah tak face problem camni? apa nak buat yek? and betul ke maksimum boleh follow 300 blog jer?

Sale Jakel Telah Bermula, Korang Dah Beli ke Kain Nak Buat Baju Raya?

Ari tu dapat sms dari jakel, bagitau sale dah mula dah kat kedai diorang sempena cuti sekolah ni sampailah 13 April 2014.


Masa baca sms tu, saya dok terfikir, cepatnya alahai nak gi beli kain nak buat baju raya, tapi bila tengok kalendar dan hitung sana hitung sini, rasanya memang inilah masanya nak pergi beli kain.


Ya lah, kalau hantar kain lambat, nanti tailor taknak terima pulak. Saya pulak jenis tak reti beli baju raya siap kat bazar / butik tu, sebab ada je cutting yang tak kena dengan badan saya ni.


Baju raya siap tu kebanyakkannya "berfesyen" sangat, saya ni ala-ala low profile so tak reti nak pakai baju raya macam tu. Hua hua hua...


Korang dah start beli kain ke?


Saya ingat bulan 4 nanti baru nak gi Jakel la.


p/s : Apa kaler tema baju raya korang tahun ni? :)


#MH370 Berakhir di Lautan Hindi, Apa Maksudnya?

Sidang media Perdana Menteri malam tadi, benar-benar membuatkan ramai di kalangan kita dibanjiri dengan air mata. Saya tak sempat tengok sidang media tu, tapi sempat baca semua news feed di fb.


Secara peribadi, saya masih lagi rasa tak pasti dengan berita ni. MH370 berakhir di Lautan Hindi, apa maksudnya? MH370 tenggelam di situkah? Atau apa? Dah jumpa ke bukti kukuh yang menyatakan memang MH370 tenggelam di Lautan Hindi? Atau hanya di situ lokasi terakhir MH370 yang dapat dicerap oleh satelit?


Ah, susah pula kepala saya nak hadam news yang ala-ala macam tergantung ni.


Pulak tu, semua orang dok cakap al-fatihah. Means, memang dah konfem MH370 tenggelam di situ dan semua 239 penumpang dan anak kapal meninggal dunia kah?


Dengarnya, hari ini ada sidang media lagi oleh Perdana Menteri pukul 5.30 pm nanti.


p/s : Sayu hati tengok gambar ahli keluarga penumpang MH370.

Langkawi Day 3 : Checkout Hotel Asia, Beli Bag Pack, Pulangkan Rental Car, Check in kat Airport

15 Februari 2014


Disebabkan flight delay, kami check out dari Hotel Asia lewat sikit, lebih kurang pukul 1.00 pm. Untuk check out, hanya pulangkan kunci dan terima resit sahaja.


Gambar monkey di Hotel Asia.
Haziq cakap, "monkey tu sayang mama dia macam Haziq sayang kat Mama kan".
Saya rasa terharu sangat, terus capture gambar ni untuk kenangan.



Lepas dah check out, merata round cari bag pack pulak. Actually, bag pack ni tak termasuk dalam shopping list tau, tapi terpaksa beli sebab banyak sangat barang sampai tak muat nak sumbat dalam satu bag pack.


Suami saya sedang tawar menawar harga beg dengan tokey kedai. Hahaha...
Tawar punya tawar, dapat RM40 (harga asal RM55)


Sebagai seorang penggemar beg, saya suka sangat masuk kedai ni. Rasa macam nak beli banyak beg kat sini. Tapi, sabarrrrr je.. :)


Then kami terus heading ke airport dan pulangkan kereta sewa kat situ. 


Masuk je airport, terus scan luggage kat kastam.
Haziq bergaya dengan bag pack baru Mama punya.


Check in di kaunter. 
Masa ni kene tunjuk tiket flight dan petugas berikan
8 keping boarding pass (Langkawi-KLIA & KLIA-JHB)


Lunch kat Marrybrown kat airport. 


Tepat jam 4.35 pm, maka terbanglah kami sekeluarga ke KLIA. Masa ni kan, saya rasa sedih sangat nak tinggalkan Langkawi. Huhuhuhu... In Shaa Allah, ada rezeki, saya nak datang lagi ke sini sebab ada banyak lagi tempat yang saya tak sempat nak lawati dalam percutian yang singkat ni. :)


p/s : Tamat sudah entry percutian kat Langkawi. :)

p/s : Destinasi percutian seterusnya? Tunggguuuuuuuuu.... :)

Langkawi Day 3 : Ida Manriah Cafe dan Dataran Lang

15 Februari 2014



Hari ini hari terakhir di Langkawi. Bangun pagi, kami tak rushing pergi breakfast sebab hari ni takde banyak sangat aktiviti.


Kami keluar hotel agak lewat sikit daripada semalam, lebih kurang pukul 8 lebih baru pergi cari breakfast. Hari ni kami breakfast di Ida Manriah Cafe, namanya cafe tapi macam gerai makan biasa je dan lokasinya betul-betul depan Plaza Langkawi dan di tepi simpang 3 kat traffic light Pekan Kuah tu.


Rotinya lembut, kami order 2x

Tempat makan ni yang kat pokok besar belah kiri tu.


Kami makan mee goreng, ayam goreng, nasi lemak, lontong, roti kosong, roti telur dan kari daging. Semua sedap. Harga pun murah.


Saya order milo suam, datangnya macam ni. Kelakar. Hahaha...


Kat sini, memang ramai orang waktu lunch


Aktiviti seterusnya, pergi bergambar kat Dataran Lang. Pada masa kami sampai, cuaca dah agak panas. Gambar yang kami ambil pun, ada yang terang dan ada yang gelap.


Welcome to Dataran Lang. 
Seronok sangat bila nampak helang besar tu.


Haziq siap pakai spek hitam. Panas, katanya.


Kat sini pun, ada kedai menjual macam-macam jenis cenderahati. Kami shopping lagi. Hahahaha...


Dah penat bergambar, kami balik semula ke hotel untuk aktiviti gembira gurau senda sekeluarga. Played and laughed together with my loved ones, betul-betul buat saya bahagia. :)


Flight kami pukul 3.45 pm (Langkawi-KLIA). Tapi saya ada terima sms dari MAS Airlines yang mengatakan flight delay ke pukul 4.35 pm. Seronoknya!! Hahahaha...

Monday, March 24, 2014

Langkawi Day 2 : Shopping Coklat & Blaus di Kompleks HIG, Dinner di Thai Town

14 Februari 2014


8.20 pm, kami sekeluarga sampai ke Kompleks HIG. Kat sini memang targetnya nak shopping coklat puas-puas, nak beli untuk diri sendiri dan sebagai ole-ole untuk keluarga dan teman rapat.


Jangan risau kalau tak cukup duit, sebab kat sini ada disediakan atm machine cimb dan rhb bank. Korang cucuk je lah ye. Tapi dalam akaun tu kenelah ada duitnya hoccay.. :)


Ada 3 jenis troli disediakan. Besar, sederhana, kecil


Rambang mata tengok macam-macam jenis coklat


Bila masuk kat dalam ni, saya tengok semua orang macam tak sabar-sabar lagi nak "merembat" semua coklat yang ada, baik lelaki, baik pompuan, baik tua mahupun muda, semuanya nampak ghairah sangat dengan coklat. Hahahaha...


Mama, Haziq & Aimi
Aimi dah tak sabar-sabar nak makan coklat


Haziq seronok tengok ada banyak coklat kat sini. Kata dia, "Mama, Haziq nak makan cokelep dengan Mama, dengan Aimi, dengan Abah tau"


Cokelep = coklat


Saya teringin jugak nak beli pisau yang kalerful yang ada jual kat sini, tapi setau saya pisau takleh bawak naik kapalterbang. So saya pun tak beli. 


Tapi sebenarnya saya konfius, kalau letak pisau kat bag luggage masuk ke ruang cargo takkan tak boleh kot? Kesimpulannya, saya tak beli pun pisau tu sebab tak pasti boleh bawa naik kapal terbang ke tak.


Total shopping coklat kat sini dekat RM300. Memang banyak coklat yang saya beli. 

Makan coklat sampai rasa sakit gigi. Pastu terus insaf.


Kalau nak tau, kalau beli coklat banyak-banyak, kita kena bayar cukai tau. So saya tanya kat cashier tu, berapa banyak pembelian coklat yang membuatkan kita perlu bayar cukai? Katanya, pembelian coklat RM500 dan ke atas dalam satu resit, kita kene bayar cukai 25%. 


Contohnya, kita beli coklat harga RM500, maka kita kene bayar cukai RM125 dan cukai tu perlu dibayar kat bahagian kastam kat airport. Banyak kan?


Pastu saya pergi shopping blaus kat satu kedai baju dalam Kompleks HIG tu jugak. 2 helai blaus bersamaan RM163. Saya rasa agak mahal tapi disebabkan dah berkenan, saya beli je. Then, baru saya tau yang kat Langkawi ni, harga coklat dan pinggan mangkuk sume tu memang murah tapi kalau baju/blaus ni harga standard. Mmm...


Nak dekat pukul 10.00 pm, kami pergi cari tempat makan pulak. Pusing punya pusing kat Pekan Kuah tu, terjumpa restoran Thai Town. 


Kami order nasi goreng thai 1, nasi goreng cina 2, lemon chicken dan sayur cap cai. Memang sedap sangat makanan kat sini. Rating : 4 bintang. Terbaik!!


Lemon chicken tu sedap sangat sampai saya teringat-ingat!


Nampak biasa je kan? Tapi sedap sangat


Kalau pergi Langkawi, pasti akan singgah lagi ke sini

Sunday, March 23, 2014

Langkawi Day 2 : Bilik di Hotel Asia Langkawi

14 Februari 2014



Fuh, hari ni memang banyak berjalan. Balik je ke bilik, terus mandi, solat dan berehat-rehat. Malam nanti plannya nak pergi shopping coklat kat Kompleks HIG pulak.


Sambil berehat kat bilik, saya sempat snap beberapa keping gambar untuk tatapan korang yang mungkin berminat nak menyewa di Hotel Asia.


Bilik kami tu jenis Executive Triple Room (1 queen dan 1 single) dengan caj RM256 untuk 2 malam.


Anak-anak tengah makan biskut tiger


Masuk je ke bilik ni, terus nampak pemandangan katil dan sinki. Bilik je tak berapa luas, ngam-ngam je kiranya. Yang Haziq baring tu kat katil queen dan yang sebelah sana tu katil single. Aircond kat atas katil single.


Haziq ni jenis tak tahan sejuk sangat, jadi malam dia tidur kat katil single dan kami bertiga tidur kat katil queen.


Seperti yang korang nampak kat hujung tu ialah sinki. Sinki ni memang letaknya kat luar bilik air tau. Cermin pun ada kat situ. Kalau nak bergilir mandi tu memang senang dan menjimatkan masa. Sorang boleh cuci muka dan gosok gigi kat sinki, sorang lagi boleh mandi kat dalam bilik air.


Bilik air

Suami paling suka shower kat hotel ni. Tengokla shower tu, sekali kita bukak, fuh mencurah air keluar. Memang best! Puas mandi tau! Shower ni ada fungsi air panas dan air sejuk. Ada 3 helai tuala mandi disediakan dan sehelai tuala kesat kaki.



Span basuh pinggan & Glo tu beli kat sini sebab terlupa nak bawak
pencuci botol susu dari rumah
Yang botol transparent penutup pink tu pulak saya punya shaker 
untuk minum Melilea setiap pagi sebelum breakfast


Ini iron dan iron board yang saya request kat kaunter
Kat sini jugaklah tempat saya dan suami solat


Nampak tak ada tuala putih kat sinki tu? Saya letak kat situ sebab setiap kali basuh botol atau basuh tangan habis basah kat situ. So supaya taknak basah dan air menitik-nitik, saya letak tuala. Biar tuala tu yang basah. Hehehe...


TV dan tempat sangkut baju


Kat hotel ni, memang takde disediakan almari tau. So kalau nak gantung baju ke, seluar ke, tudung ke, semua gantung kat tempat yang sama macam dalam gambar di atas.


Overall, kami berpuas hati dengan bilik ni sebab ia bersih dan selesa, walaupun dari segi keluasan dan ruang tu agak terhad. Kalau nak parking kereta pula, just parking di depan hotel, betul-betul kat tepi jalanraya besar.


Rating kepuasan hati : Saya bagi empat bintang..!!! :)

Saturday, March 22, 2014

Langkawi Day 2 : Pelbagai Produk Gamat di Nusantara Maju

14 Februari 2014


Masa nak menuju balik ke hotel, singgahlah sekejap kat Nusantara Maju, sebab esok dah plan nak ke tempat lain pulak. Masa sampai kat situ dah pukul 5.10 pm. Yang herannya, masa tu diorang macam dah sibuk-sibuk nak tutup kedai.


Nusantara Maju 


Ini rupanya tongkat ali. 


Macam-macam jenis sabun, macam-macam jenis balm, minyak dan losyen pun ada.
Memang sesuai untuk dijadikan hadiah untuk keluarga dan kawan-kawan


Suasana dalam kedai Nusantara Maju. Kemas, bersih dan tersusun


Ini rupanya ibu gamat kalau korang nak tau


Saya pulak, bab-bab nak shopping produk gamat ni, memanglah tak reti. So suami saya lah yang do the job. Dia lah yang kira nak beli berapa banyak, nak beli untuk siapa, nak beli apa untuk siapa. :)


Kami kat situ kejap je. Dalam pukul 5.35 pm, terus balik.



Langkawi Day 2 : Pantai Cenang, Laksa Kaw Ikan Sekoq, Laksa Power di Tepi Landasan Kapal Terbang

14 Februari 2014


Bila dah sampai ke area Pantai Cenang, haruslah pergi makan kat gerai Laksa Power yang ramai blogger cakap sedap sangat tu. Senang je nak cari tempat ni, dia kat tepi landasan kapal terbang tu dan juga menghadap ke Pantai Cenang. Kiranya kat area tepi pantai tu, memang banyak van-van bergerak yang menjual pelbagai jenis makanan kat situ.


Dalam dok sibuk mencari Laksa Power, terjumpa pulak gerai ni,

Laksa Kaw Ikan Sekoq


Macam sedap je. Dah terbayang kuah laksa yang pekat-pekat tu. Tapi saya tetap gigih mencari gerai Laksa Power. Tetap nak rasa jugak kesedapan laksa kat Laksa Power. Over kan? Hahahahaha...


Cari punya cari, jumpa jua. Gerainya kat hujung sekali.


Laksa Power Pantai Airport
Tengok tu menu dia, so yummmmyyy!!


Kami pun mula la cari tempat duduk yang best. Tapi takde yang best mana pun cuaca pada masa tu agak panas jadi memang kene cari tempat yang redup sikit. 


Untuk pengetahuan, kalau datang makan kat sini, kita kene pergi order sendiri dan bawak sendiri makanan ke meja kita tau. Jadinya, janganlah dok tunggu kat meja tunggu pelayan datang amik order sebab memang tak hader. :)


Menu yang kami order of courselah Laksa Power 1, char kuey tiaw 1, cendol 1 dan air anggur.


Laksa Power


Lepas dah makan laksa ni, kami merasakan yang laksa ni takdelah sedap mana pun. To be frank, laksa yang kat gerai makan Oriental Village tu laaaaaaagi sedap. Laksa Power ni macam terlebih asam, 


Char Kuey Teow udang


Yang char kuey teow udang ni boleh dikatakan sedap jugak. Yelah, kalau dah habis licin sepinggan tu mestilah sedap, ye tak? Hahahaha...


Cendol ni pun sedap jugak


Suasana di sini


Seronok makan kat bawah pokok


Anak-anak dah kepenatan. Masa untuk pulang ke hotel


Saya rasa gembira sebab dapat jugak makan kat sini. Tapi yang hairannya, takde pun orang mandi / main air kat sini? Atau kami yang salah tempat? 


Apapun, memandangkan anak-anak dah kepenatan dan masing-masing mula meragam, maka kami terus je bertolak semula ke hotel. :)








Langkawi Day 2 : Jalan-Jalan Sekitar Area Pantai Cenang

14 Februari 2014


Keluar je dari Coco Valley, mulut ni terasa nak mengunyah. Ada nampak satu gerai goreng pisang kat deret-deret kedai kat Pantai Cenang tu, tapi susah pulak nak park kereta. Jadi tak jadi beli.


Jadi kami sekadar jalan-jalan sekitar area Pantai Cenang. Ini bukan kat kawasan pantai tu tau. Kat sini, mat saleh memang ramai, diorang jalan selamba je pakai 1 pc and 2 pcs (lelaki pakai suar pendek yang pendek macam spender, yang pompuan pulak selamba pakai bikini jalan-jalan kat tepi jalan area Pantai Cenang tu).


Ish, tak sanggup pulak nak tengok. Malu jugak kalau anak-anak tengok orang berpakaian begitu kan. Nasib baik jugaklah tak pilih hotel kat kawasan sini. Kalau tak jenuh nak menjawab bila Haziq tanya,


"Mama, kenapa orang tu tak pakai baju dengan seluar? Malu kan?"


Kat Pantai Cenang ni, kami jumpa Restoran Haji Jelani. Berdasarkan review oleh kebanyakan blogger, tempat makan kat sini best, tapi kami takde peluang pulak nak makan kat situ.


Restoran Haji Jelani betul-betul kat simpang tiga


Cenang Mall


Telaga Seafood Restaurant


Langkawi Tailor


Nawa Sari & Spa


Cenang Supermarket


Meritus Pelangi - macam best je tempat ni


Next destination : Misi mencari Laksa Power yang ramai blogger cakap sedap sangat. Mesti nak cuba!

Langkawi Day 2 : Coco Valley Rupanya Sebelah Underwater World Je

14 Februari 2014


Maskot M&M bergantungan di Coco Valley


Keluar je dari Underwater World tu, terus masuk ke Coco Valley. Kat sini ada jual macam-macam jenis coklat, pinggan mangkuk, kain baju dan macam-macam lagi lah. Saya pun mula lah rambang mata, tapi dah set memang nak beli coklat kat Kompleks HIG je.


Kat sini saya cuma beli satu set sudu garfu kecil dan 3 pcs fridge magnet.

Pasni kalau pergi Langkawi memang nak beli sudu garfu banyak-banyak


Fridge magnet wajib dibeli sebagai tanda kenangan sudah sampai ke satu-satu tempat


Rupa-rupanya Coco Valley ni terletak betul-betul bersebelahan dengan Underwater World. Macam bersambung gitu, sebab keluar ke dari Underwater World memang akan terus masuk ke Coco Valley.


Best jalan-jalan kat sini

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Like Page Superb Vitamin For Life :)

Like Page Love Natuwrel :)

Hubungi Saya

Name

Email *

Message *