I Love My Followers

Blog ini adalah blog peribadi yang berkisar tentang kehidupan seperti usaha untuk hamil, kehamilan, kelahiran, penjagaan semasa pantang, penjagaan dan pendidikan anak, kesihatan dan kecantikan, keibubapaan dan perkahwinan.
Topik-topik lain juga ada mengikut keselesaan penulis.

Wednesday, February 26, 2014

Tanggungjawab Baru di Tahun Baru

Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah.


Susulan daripada entry yang lalu, kini akhirnya terjawablah sudah segalanya.


Bermula awal tahun ini, saya diberikan kepercayaan untuk menggalas tanggungjawab yang lebih sedikit di tempat kerja. Tidak ingin mendabik dada, saya merasakan rezeki yang saya perolehi ini adalah berkat doa yang tidak putus-putus daripada suami, mama dan abah saya, serta rezeki anak-anak kesayangan saya.


Tanggungjawab pastinya semakin bertambah. Namun, sedikit olahan daripada kata-kata PM - Kerjaya didahulukan, keluarga diutamakan. Saya akan cuba menyeimbangkan keluarga dan kerjaya sebaik yang mungkin. :)


Apabila memo pengumuman ini diedarkan di ofis, kawan-kawan pun bersilih ganti mengucapkan tahniah. Namun di sebalik itu, ada juga yang seolah-olah tidak berpuas hati dengan rezeki yang saya perolehi.


Ada yang memerli dan ada juga yang seolahnya melancarkan "perang dingin" sebagai tanda tidak berpuas hati, malah ada juga yang mempersoalkan sudah berapa lama saya bekerja di sini sehingga saya dapat apa yang saya dapat sekarang ini.


Sentapkah saya?


Kecil hatikah saya?


Tidak. Tidak. Dan tidak.


Saya sudah melalui pelbagai asam garam dunia pekerjaan. Pernah bekerja dalam kumpulan, pernah bekerja berseorangan, pernah menggalas tugas sebagai ketua jabatan, pernah menyelia anak-anak buah yang memiliki 1001 macam ragam, pernah outstation hingga rasa lembek badan, pernah balik kerja sehingga lewat malam, pernah berurusan dengan pelbagai jenis orang dan pernah macam-macam lagi.


Jadi, saya tidak rasa sentap atau kecil hati dengan orang-orang yang tidak berpuas hati dengan saya, sebab saya pernah berhadapan dengan situasi / orang yang lebih "kejam" daripada itu. Sejujurnya, saya sangat kesian dengan mereka yang ada perasaan tidak puas hati ini. Takkan ke mana pun.


Beginilah. Saya punya kerjaya yang baik. Punya keluarga yang sangat menyayangi dan menyokong saya. Punya kumpulan rakan-rakan yang memahami dan juga menyokong saya. Paling penting, punya Allah yang sentiasa bersama saya. Itu sudah cukup bagi saya.


Tanggungjawab yang diberikan ini, adalah sebagai tanda kepercayaan, penghargaan dan penghormatan kepada saya. Saya akan pikul tanggungjawab ini sebaiknya, kerana ia adalah amanah dan kerana ia menunjukkan bahawa saya layak untuknya.


Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah. Terima kasih ya Allah.


:)

2 comments:

Rinah said...

Alhamdulillah. Sis Uni naik pangkat rupanya.
Tak sia-sia bertahan :)

Mar Mansor said...

tahniah uni..murah rezeki uni..smoga terus suksek ok..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Like Page Superb Vitamin For Life :)

Hubungi Saya

Name

Email *

Message *