I Love My Followers

Blog ini adalah blog peribadi yang berkisar tentang kehidupan seperti usaha untuk hamil, kehamilan, kelahiran, penjagaan semasa pantang, penjagaan dan pendidikan anak, kesihatan dan kecantikan, keibubapaan dan perkahwinan.
Topik-topik lain juga ada mengikut keselesaan penulis.

Monday, February 10, 2014

Saya Sudah Jatuh Cinta Dengan Lipstik Nutrimetics

Semenjak dah masuk usia 3 series ni kan, saya perasan yang saya agak mengambil kisah sedikit dengan produk kecantikan yang saya gunakan. Kalau dulu, cukuplah sebatang lipstik saja yang saya gunakan. Pagi petang siang malam, kenduri kahwin, pergi kerja, pergi jalan-jalan - semua pakai lipstik yang sama aje, sebatang tu ajelah. Dapat pulak pasangan yang tak cerewet bab-bab ni, so saya pun bedal jelah, satu lipstik sudah mencukupi. Hahahaha...


Tapi, itu dulu. Sekarang tidak lagi. Dalam beg toilettries saya sekarang sudah ada beberapa batang lipstik daripada beberapa jenama seperti Maybelline dan In 2 It (Ish, 2 jenama je pun, yelah sebelum ni pakai Maybelinne aje. Hahahaha...). Yang terbaru, lipstik jenama Nutrimetics.


Permulaannya, saya suka-suka aje beli saja nak try-try. Saya beli yang "Tea Rose". Bila dah cuba, terus suka sebab lipstik ni sangat moist dan tidak mengeringkan bibir. Untuk makluman, saya sangat particular kalau bibir kering, so sebelum pakai lipstik, saya akan sapu lip balm dulu kat bibir. Dulu masa remaja, time bulan puasa, mesti bibir kering sampai berdarah-darah. Sejak dari tu, saya tobat taknak bibir kering, dan terus mula guna lip balm. Alhamdulillah, tiada lagi masalah bibir kering sampailah sekarang.


Yang bestnya lipstik Nutrimetics ni, adalah disebabkan dia sendiri tu dah moist (lembap), maka saya tak perlu pun pakai lip balm. Bibir masih kekal lembap dan tidak kering. Sukanya! Sukanya! Sukanya! Lipstik ni mengandungi Apricot oil, Lavender oil dan vitamin E. Patutlah sangat best! Tapi saya tetap guna lip balm jugak biar kasi double moist dan berseri-seri gitu bibirnya. Boleh gitu? Hahahahaha...


Minggu lepas, saya beli lagi lipstik Nutrimetics yang "Fuchsia Love". Tengok dalam katalog macam ok. Bila sekali tengok, alamak pink menyala rupanya! Tapi saya belum guna lagi lipstik ni. Harap-harap warnanya sesuai dengan bibir saya ni.


Anyway, saya dah jatuh cinta dengan lipstik Nutrimetics! :)


p/s : Gambar lipstik akan diupload kemudian.

4 comments:

Rai Ourkizuna said...

aku masih lagi duk dalam usaha nak perabih sebatang lipstick.. hahaha.. mana taknya.. pegi opis bibir nude je.. bila keluar ada event je pakai pun..

Mar Mansor said...

sebatang lipstick ku sudah abis..betul ke best lipstick nutrimetic tu?nak jugak la..tp nak beli kat mana ekk?? (thinking)

Rinah said...

baru berjinak-jinak pakai lipstick. sebelum ini guna lip balm maybelline ja :D
macam best plak lipstick Nutrimetrics.

Uni Aqilah said...

rai - aku ni kalau tak pakai lipstik, rasa muka macam pucat semacam.

mar - memang best lipstik ni. Sekarang nutrimetics under tupperware. kalau nak beli lipstik ni, cari je sapa-sapa yang jual produk tupperware. boleh beli kat diorang. kalau mar rajin boleh pergi ke stokis tupperware kat taman molek. beli kat sana. boleh guna id saya 636570. leh dapat member's price. :)

rinah - memang best lipstik ni. cubalah. pasti rinah suka.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Like Page Superb Vitamin For Life :)

Hubungi Saya

Name

Email *

Message *