I Love My Followers

Blog ini adalah blog peribadi yang berkisar tentang kehidupan seperti usaha untuk hamil, kehamilan, kelahiran, penjagaan semasa pantang, penjagaan dan pendidikan anak, kesihatan dan kecantikan, keibubapaan dan perkahwinan.
Topik-topik lain juga ada mengikut keselesaan penulis.

Wednesday, February 26, 2014

Pilih Hotel Asia Langkawi

Pilih punya pilih, akhirnya saya pilih Hotel Asia untuk penginapan kami sekeluarga di Langkawi selepas 'terpengaruh' dengan banyak komen yang best-best tentang hotel ni. Tanpa membuang masa, saya pun teruslah call Hotel Asia tu untuk booking. Macam biasa, tak beli secara online sebab saya takde kad kredit. :)


Hotel Asia Langkawi (04-9692288)


Ini antara sebab kenapa saya memilih Hotel Asia (berdasarkan good review daripada mereka yang pernah menginap di situ) :

1) Terletak di Kuah. Memang saya cari hotel area Kuah.

2) Hotelnya bersih, kemas dan cantik.

3) Sink dan cermin kat luar bilik air. Jadi boleh jimatkan masa. Kalau sorang mandi dalam bilik air, sorang lagi boleh cuci muka dan gosok gigi kat luar bilik air sambil tunggu turn untuk mandi.

4) Suasana bilik yang bersih dan mendamaikan. (Kadang-kadang ada bilik hotel tu, gambarnya macam scary semacam. Saya memang avoid bilik hotel yang macam ni).

5) Staff yang mesra.


Masa call tu, saya pilih bilik Executive Triple Room, iaitu mempunyai 1 katil single dan 1 katil queen. Harga untuk satu malam adalah RM128 (tanpa breakfast). Jadi saya terus book untuk 2 malam iaitu RM256. Untuk booking saya perlu bayar deposit RM50 dan deposit ini saya bayar melalui online transfer Maybank2u.


Untuk makluman, hotel ini mempunyai 3 tingkat dan tiada lif. Bilik hotel yang saya book pula berada di 1st floor.


Wah, semakin tak sabar rasanya nak pergi bercuti ke Langkawi. Tiket flight dah setel, hotel pun dah setel, tinggal satu je lagi, iaitu kereta sewa! :)

5 comments:

Mar Mansor said...

banyak juga duit nak kena spend utk ke langkawi nih..

Rai Ourkizuna said...

oklah kan rate harga tu.. aku pun kalau nak cari tempat tinggal nak cari yg bilik airnya selesa sikit.. biar spend lebih takpe..

lama gila weh tak pegi langkawi

awanungu said...

ada tak gambar bilik hotel tuh?

Cik NUFA said...

Kalau ke langkawi dan memilih utk bermalam d homestay, boleh ke ASFA Homestay Langkawi, area tanjung rhu.. dlm blog CN ada entry tentang homestay ni :)

Ayu Zan said...

nice info. nnt bole rujuk akak bila n k g sana

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Like Page Superb Vitamin For Life :)

Like Page Love Natuwrel :)

Hubungi Saya

Name

Email *

Message *