I Love My Followers

Blog ini adalah blog peribadi yang berkisar tentang kehidupan seperti usaha untuk hamil, kehamilan, kelahiran, penjagaan semasa pantang, penjagaan dan pendidikan anak, kesihatan dan kecantikan, keibubapaan dan perkahwinan.
Topik-topik lain juga ada mengikut keselesaan penulis.

Wednesday, February 26, 2014

Menyesuaikan Diri Dengan Desktop Baru

Pagi tadi IT Dept. datang install desktop baru untuk saya. Katanya, setiap staff memang akan dapat desktop baru setiap 3 tahun. Saya tak tau pulak pasal ni, desktop yang saya gunakan ni dah lebih pun dari usia 3 tahun, patutlah lambat sangat loading nya. Hehehehe...


Proses install ni belum siap lagi. Semua soft copy / work-related-document takleh dikacau sebab tengah buat apa ntah (saya pun tak tau nak cakap sebab tak berapa celik IT. hihihihi...). Yang boleh dibuka sekarang ni internet sahaja.


Saya tengah dalam menyesuaikan diri dengan desktop baru. Ada sahaja yang nampak lain di mata saya, tiba-tiba teringat pulak kat desktop yang lama. Nak godek-godek ni saya tak pandai sangat. Takut lain jadinya.


Tapi rasanya tetap kena godek jugak kot, sebab keselesaan semasa membuat kerja tu penting. Brightness / contrast screen perlu diambil kira, sharpness, preset mode bla bla bla supaya mata tak sakit bila mengadap screen lama-lama.

2 comments:

Mar Mansor said...

wah seronoknya uni..setiap staff tukar deskstop baru setiap 3 tahun ye..
saya punye desktop lebih 3 tahun..rasanye lebih 5 tahun kot..
selalu meroyan sbb pc lembab..sabar ajelah

Rai Ourkizuna said...

sementara nak adapt dengan benda baru kan.. OS berubah tak? kalau OS pun upgrade agak parah la.. banyak pulak nak kena belajar bagai kan..haha

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Like Page Superb Vitamin For Life :)

Hubungi Saya

Name

Email *

Message *