I Love My Followers

Blog ini adalah blog peribadi yang berkisar tentang kehidupan seperti usaha untuk hamil, kehamilan, kelahiran, penjagaan semasa pantang, penjagaan dan pendidikan anak, kesihatan dan kecantikan, keibubapaan dan perkahwinan.
Topik-topik lain juga ada mengikut keselesaan penulis.

Monday, February 10, 2014

Mama, Uni Sayang Mama!

Ada 1 situasi yang betul-betul membuatkan saya rasa begitu sayang, sayang sangat kepada Mama saya. Bukan kata selama ni saya tak sayang, saya memang sayang, cuma situasi inilah yang betul-betul merubah pandangan dan perspektif saya terhadap seorang insan yang saya panggil Mama.


Semasa saya sedang berjuang di bilik bersalin untuk melahirkan Haziq pada 15 Ogos 2010, setiap kali sakit contraction menyerang, bukan nama suami yang saya panggil, tapi saya panggil Mama, Mama dan Mama. (Nasib baiklah suami saya tidak ambil hati, dia sangat memahami).


Masa tu, saya rasa macam saya ni dah antara hidup dan mati, perjuangan saya untuk melahirkan seorang umat Nabi Muhammad ini terasa sangat mencabar diri. Di saat saya rasa betapa sakitnya rasa bersalin, saya betul-betul perlukan Mama saya. Saya terbayang, macam ni lah agaknya Mama saya berjuang untuk melahirkan saya dulu. Huhuhu...


Keluar je dari bilik bersalin tu, saya dibawa ke wad dengan katil bergerak tu. Masa tu saya nampak Mama di koridor. Saya terus menangis. Saya rasa nak sangat peluk Mama saya, saya rasa nak menangis sepuas-puasnya dalam pelukan Mama saya. Saya rasa macam saya ni banyak sangat dosa dengan Mama saya. Bila saya sendiri dah melahirkan seorang anak, barulah saya tahu dan faham betapa Allah menyatakan bahawa syurga itu di bawah telapak kaki seorang ibu.


Dan akhirnya, bila saya dapat peluk Mama saya, saya menangis sepuas-puasnya. Saya luahkan, saya ucapkan yang saya mintak ampun maaf atas segala dosa-dosa saya selama ini. Bila saya dah melalui sakit bersalin, tiada apa lagi yang ada di fikiran saya melainkan, kalaulah Mama tak kuat untuk melahirkan aku, maka takdelah aku kat dunia ni. Terasa begitu besarnya pengorbanan Mama kepada saya selama ini.


Alhamdulillah, kelahiran Haziq mengubah cara saya terhadap Mama. Saya juga bersyukur, sebab rumah saya dengan rumah Mama boleh dikatakan dekat sahaja walaupun berlainan taman. Senanglah saya pergi menziarahi Mama, berbual-bual dengan Mama, bercerita itu ini dengan Mama, mengadu dan minta pandangan dan pendapat Mama tentang satu-satu perkara dan yang paling utama, dapat mencium tangan Mama dan memeluk Mama erat-erat setiap kali berjumpa. Saya sayang Mama saya sangat-sangat.


Baru-baru ini, Haziq mula bersekolah. Mama ada berpesan sesuatu kepada saya :


"Selamat menempuh alam keibubapaan. Banyak yang perlu dipelajari dalam mendidik anak-anak. Kepimpinan melalui tauladan, yang baik diambil, yang tak baik diperbaiki atau dibuang. Apa-apa pun, didiklah anak-anak ke arah agama, cintakan Allah, cintakan Rasulnya, cintakan Al-Quran dan cintakan solat. Untuk itu, ibu bapa hendaklah berusaha keras ke arah tersebut".


Mama cakap, bila anak mula bersekolah, inilah permulaan kepada "real parenting". Sebab selama ini anak hanya duduk dengan kita, dunia anak hanyalah kita. Tapi bila dia mula bersekolah, dia akan didedahkan kepada banyak perkara baru.


Satu lagi pesan Mama sebaik sahaja saya mula bernikah dulu adalah - rajin-rajinkan bangun sembahyang malam (qiamullail). Besar fadilatnya, besar ganjarannya. Tapi saya amat jarang sekali bangun sembahyang malam pada masa itu.


Namun sejak melahirkan Haziq barulah saya mula berusaha ke arah tersebut. Mungkin juga berkat doa Mama saya, sekarang saya dah mula senang untuk bangun sembahyang malam walaupun tidak kerap seperti Mama. Boleh dikatakan Mama saya bangun sembahyang malam tiap-tiap malam. Dalam pukul 4.00 - 4.30 am, lampu biliknya sudah menyala. Dengar bunyi di bilik air. Lepas tu senyap, Mama sedang sembahyang. Tak lama selepas tu, dengar pula Mama mengalunkan ayat-ayat suci Al-Quran. Allahuakbar! Saya ingin jadi seperti Mama.


"Ya Allah Ya Tuhanku, Kau lindungilah ibuku di mana jua dia berada. Limpahkanlah rahmah, kasih sayang, rezeki yang berkat dan kesihatan yang baik untuk ibuku Ya Allah. Kasihanilah dia sebagaimana dia telah mengasihani aku sewaktu aku kecil. Permudahkanlah setiap urusannya, permudahkanlah apa yang sukar baginya. Amin Ya Rabbal 'Alamin..."


Mama, Uni sayang Mama!

3 comments:

Rai Ourkizuna said...

Allah..sayunya baca post ni uni.. tetiba rindu kat mak aku.. T_T

Uni Aqilah said...

rai ourkizuna - huhuhuhu...

Mar Mansor said...

in sha Allah..kita cuba perlahan2 untuk ke arah itu..
teringat mak saya..mak y melahirkan saya, y menjaga saya hingga besar, bsengkang mata bila anak2 demam, y menjaga saya juga ketika saya dalam pantang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Like Page Superb Vitamin For Life :)

Hubungi Saya

Name

Email *

Message *