I Love My Followers

Blog ini adalah blog peribadi yang berkisar tentang kehidupan seperti usaha untuk hamil, kehamilan, kelahiran, penjagaan semasa pantang, penjagaan dan pendidikan anak, kesihatan dan kecantikan, keibubapaan dan perkahwinan.
Topik-topik lain juga ada mengikut keselesaan penulis.

Monday, February 10, 2014

Kerusi dan Meja Belajar Kanak-Kanak

Bulan lepas, saya ada pergi ke satu kedai ni. Best sangat kedai dia. Kedai ni menjual segala peralatan kerusi dan meja belajar untuk kanak-kanak. Segala peralatan untuk tadika, taska dan sekolah pun ada jual kat sini. Orang kedainya pun peramah sangat-sangat tau.



Rambang mataku tengok barang-barang kalerful ni


Saya suka kerusi yang belakang tu, yang ikut susunan hijau-merah-biru-hijau-merah tu. Harganya RM37 untuk 1 unit. Kerusinya tegap dan kukuh, kita yang dewasa duduk pun boleh. Pastu kerusinya tak bergerak means tak licinlah.


Kerusi yang kat depannya tu murah sikit, tak silap saya RM17 untuk satu unit. Saya dah ada 2 unit kerusi macam tu kat rumah. Memanglah tak berapa best. Sebab ia licin, kalau budak duduk, ia senang bergerak so ada possibility kerusi terbalik so anak pun akan jatuh. Kalau kita orang dewasa duduk, kerusinya akan mengembang dan lama-lama boleh patah. Plastik murah agaknya.


Kat sebelah tu pulak ada 2 jenis meja belajar untuk budak. Yang saya suka tu harganya RM199. Tapi lupa pulak nak ambil gambar. Memang berkenan sangat dengan meja tu, plannya nak beli satu meja dan 2 kerusi untuk Haziq dan Aimi. So total dalam RM273. Tapi pada masa kami pergi ke kedai tu, kami tengah takde bajet untuk beli kerusi meja. So sekadar pergi untuk survey apa yang kami nak aje. Dah ada duitnya nanti, baru boleh beli. Pastinya, takmo hutang-hutang. :)


Ok, yang ni pulak mainan gelungsur siap dengan basketball kat tepinya. Harga dalam RM500++ atau RM600++. Saya berkenan pulak tengok benda ni, tapi tulah, takde amaun sebanyak tu. Pulak lagi, kalau beli pun, nak letak kat mana dalam rumah tu? Dah takde ruang yang besar dah. Jadi kami, cuci mata jelah. :)


Bestnya kan?


Bincang punya bincang, kami sepakat akan datang beli semula bila dah ada duitnya nanti atau bila dah ada keperluan yang mendesak nanti. Setakat ni ok lagi, kalau tak beli lagi pun ok lagi.


Kalau ada sesapa nak pergi ke kedai ni, ini alamatnya :




6 comments:

Rai Ourkizuna said...

gelongsor tu buat cuci mata je lah.. nak letak kat laman pun takde laman rumah..hehehe

Hafiza AizZawa said...

barang kanak2 semua colorful.. kita yg dewase nie pulak yg tertarik dgn mende2 cm nie..

Mar Mansor said...

oo kat skudai ke..ingatkan area masai...
boleh tahan harga gelongsor tu..tp kalau beli pon umh saya takde ruang y luas..

eMMe said...

kat KL takde jual ke?

~MaMa RX SToRYMoRY~ said...

Gelongsor kanak-kanak 2-3tahun rm130
Tidak termasuk postage
Whatsapp fakhru 0139233431

Cik Rad said...

kerusi yg sis berknan ty kat giant ada jual.. rm34.99 xsilap.. smlm baru je lepas beli 2.. memang dah aim lama dah.. hihi.. mmg kukuh..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Like Page Superb Vitamin For Life :)

Like Page Love Natuwrel :)

Hubungi Saya

Name

Email *

Message *