I Love My Followers

Blog ini adalah blog peribadi yang berkisar tentang kehidupan seperti usaha untuk hamil, kehamilan, kelahiran, penjagaan semasa pantang, penjagaan dan pendidikan anak, kesihatan dan kecantikan, keibubapaan dan perkahwinan.
Topik-topik lain juga ada mengikut keselesaan penulis.

Friday, February 21, 2014

Kalau Nak Travel, Perlu Ada Banyak Duit Ke?

Saya rasa, semua orang pun ada fikiran macam saya, iaitu kalau nak pergi bercuti, mesti nak kena ada banyak duit. Kalau takde duit, tak bolehlah nak pergi bercuti. Huhuhu... Betul tak?


Saya ada tanya tentang perkara ni kat seorang rakan blogger iaitu Cik Nufa, dan ini reply oleh beliau. Saya rasa ada jawapan dan banyak tips yang sangat bagus dalam reply beliau. So, saya kongsikan di sini untuk panduan kita semua ya.




Cik NUFA said...
Salam Uni :)

15hb tu CN baru je smpai langkawi. Kalau tahu awal, blh jgk berkenalan dgn Uni dkt langkawi hari tu. hehe.. :)

CN tak sbr nk baca next entry Uni :)

Psl Uni tnya pendpt CN tntg nak travel perlu byk duit ke. Bg CN secara peribadi, tak perlu byk duit pn nak travel sbb travel tak semestinya kt perlu spend byk duit. Terutamanya kalau travel dlm malaysia. kalau nak keluar negara tu, of course kena btl2 planning :) tp itu pn tak semestinya travel overseas perlu beribu2 utk travel. blh jadi jgk less than rm3000 or less than that kt dh blh travel overseas.

manager dkt ofis CN kerja bg 1 tips kalau nak travel. 'just go first, book the ticket. duit belanja tu, slowly kumpul, in shaa Allah bl tiba nak travel, ada rezeki Allah bg.'

itu yg CN buat utk langkawi trip haritu. hehe... CN book flight 2 months before. kebetulan masa tu murah, terus je book (tanpa btl2 planning. hee). 1 way CN dpt harga tak sampai RM40 pn :) CN book utk pergi sahaja dlu utk 2 org. bln seterusnya, baru book utk flight blk pula. duit belanja? CN bajet utk spend RM400 je sbb mmg tak plan nak beli apa2 sgt, so CN buat tabung travel. Every month CN ambil sikit duit utk masuk dlm tabung travel. so tiba masa utk travel, semua siap :) Bajet 400 tu CN kira sekali utk contingency money, in case ada apa2 berlaku ke kan :) CN byk juga save masa travel langkawi.. nnt CN share dlm blog eh ^^

agak2 ada planning atau rasa mcm nak travel lg, start menabung. plan nak ke mana, agak2nya bl nak travel. survey2 flight ke, tmpt tggl, pengangkutan dan lain2. blh jgk dptkn rujukan dr blogger lain yg dh ada pengalaman ke tmpt yg kt rasa/plan nk pergi tu. so dr situ pn kt blh tahu apa patut disediakan, agak2 berapa byk duit yg diperlukan...

1 lg sbb CN kata nak travel tak perlu byk duit sbbnya tak semestinya kt perlu spend few days dkt satu2 tmpt tu, baru dikira kt travel.kt blh juga buat tour around tmpt kt tggl ke (mgkn ada tmpt2 yg blm berkesempatan utk pergi ke).mgkn tmpt2 tu tak memerlukn kt utk spend byk duit ke.. mcm cthnya kalau pergi mana2, kebetulan ada saudara mara ke tggl dkt situ, so kt blh la tmpg rmh saudara ke. blh jimat utk tmpt tggl. hee...atau mgkn jgk kebetulan ada rombongan sekolah anak ke atau family day company ke yg di support half ke oleh mereka, so dkt situ pn kt dh blh jimat byk... mcm next week, CN nak join free tour around KL. hehe... kalau Uni ada baca entry CN psl gunung ledang, itu pn kebetulan kwn2 sekolah buat mini reunion, so CN cuma byr RM20 je utk mkanan. pengangkutan tmpg kwn2.. hehe..

bg CN yg penting, bl kt rasa nak travel, kt plan dan menabung sikit2.. kalau travel date kt jauh lg, so kt ada byk masa utk buat persiapan. 

kt blh mula dgn travel dkt2 dlu, so bl tu nnt kt dh ada experience nak buat apa. nnt blh la plan utk travel jauh sikit ke :)

pjg plk komen CN ni.. hehe...

4 comments:

awanungu said...

Yup betul tuh. tak semestinya nak travel perlu banyak duit. Bergantung kepada tempat yang kita tuju.
Kena pandai berbajet. Macam saya pernah beli tiket kapal terbang ke kota kinabalu 10 bulan awal semata2 nak dptkan harga murah. Memang murah RM60 pergi dan balik dan hotel hanya sekitar RM100 seorang untuk dua malam (kongsi 3 orang).
Cuma kalau beli awal nih banyak risiko kalau ada hal2 yg tak dpt dielakkan.

Mar Mansor said...

saya selalu pikir,,kalau nak travel kena ada duit byk..huhu..sedihnye saya..

Cik NUFA said...

Tq Uni sudi share tips CN yg tak seberapa ni :) hopefully ia dpt membantu serba sedikit :)

nini said...

Sangat setuju,,sebab honeymoon kami dalam rm 800 sahaja 2 orang....bajet gile...hihi

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Like Page Superb Vitamin For Life :)

Hubungi Saya

Name

Email *

Message *